Bab 11

38.9K 1.8K 139
                                    

Usai solat Isyak, Eliya mencapai telefon bimbit dan keluar dari biliknya. Dapur adalah destinasi pertama yg dituju. Bekas ais krim diambil. Dia bergerak mengambil sudu.

Sampai di ruang tamu, televisyen dihidupkan. Kebetulan Gag Concert sedang ditayangkan. Eliya tergelak melihat aksi pelawak-pelawak dari Korea itu. Nada dering berbunyi menandakan chat masuk. Eliya segera membuka WhatsApp miliknya.

Group : Amran+Hasmah Family 💕

Lovely Brother Am: Akak tengah buat apa? Sweet² dengan suami ke? Ngehngeh 😜

Eliya: Mana ada! Tengah tengok Gag Concert laa. Tumbuk kang

Lovely Brother Syad: Eee akak ni nak tumbuk orang tapi dia duk jauh buuu sama dia buuuuu

Lovely Brother Am: Buuuu akak hodoh+nerd

Eliya: Hoi korang ni jahatlah!

Eliya membuka gambar yg baru dihantar oleh Amsyar. Gambar Amsyar, Arsyad dan Puan Hasmah selfie direnung penuh rindu oleh Eliya. Dia membuka aplikasi kamera untuk menangkap selfie.

Tiba-tiba...

"Arghhhhhhh! Pencuri pencuri!", jerit Eliya nyaring. Terkejut dia melihat ada lembaga di belakangnya semasa hendak menangkap gambar.

Lembaga itu terus menutup mulut Eliya. "Jangan jeritlah. Nanti jiran dengar".

Eliya menarik tangan Ziyyad yg menutup mulutnya. Dia mendengus geram. Boleh pula Ziyyad senyap-senyap melihat apa yg disembangkan dia dengan adik-adiknya.

"Kenapa awak boleh ada kat belakang saya? Sibuk je. Pergi main jauh-jauh! Tak pun pergi keluar makan dengan Dina", hambur Eliya. Marah ni marah.

"Agak-agaklah nak keluar makan. Dah dekat pukul 11 malam ni. Asal tak tidur lagi?". Ziyyad merenung Eliya yg sangat comel baginya.

"Sejak bila awak kisah pasal saya? By the way, adik saya nak datang hari Khamis ni. Dia nak hantar kereta. Habis duit saya kalau naik teksi hari-hari".

"Bersyukurlah aku tanya ni. Orang tua-tua cakap anak dara tak elok tau tidur lambat, nanti kahwin dengan lelaki tua. Okey, tapi kau tak kisah ke dia tahu kita tak tidur sebilik?".

Eliya mencebik. 'Hello, aku dah kahwin dah pun. Memang dengan lelaki tua tapi tua setahun je lah. Nasib baik handsome', Eliya bermonolog dalam hati.

"Tu orang-orang tua cakap. Janganlah jadikan benda tu betul. I don't mind but kalau dia tanya kenapa awak pandai-pandailah jawab. Tu semua kan idea awak". Eliya membetulkan tudungnya. Terasa senget tudung yg dipakai selepas Ziyyad menutup mulutnya.

"Kalau macam tu okey lah. Aku nak pergi tidur. Tak pasal-pasal aku yg kena kahwin dengan orang tua nanti. Goodnite cutie pie". Ziyyad berlalu pergi ke biliknya.

'Cutie pie? Seriously he call me what?!' Bagaikan mimpi, Eliya mencubit lengannya. Sakit! Kenapa selepas Ziyyad menghancurkan hatinya dia juga cuba membuat Eliya cair? Sedarlah Eliya, dia main-main je tu.

***

"Err Ziyyad, Am tak jadi datang so saya kena balik Selangor. Naik bas", tutur Eliya.

"Kau tak kisah ke naik bas? Nak suruh aku hantar?".

Tak payah nak berlagak baik lah si Ziyyad oi. Eliya menayangkan muka tidak berperasaan.

"It's okay, saya boleh balik sendiri. Awak kan kena pergi sekolah. Saya tak pergi kafe tau. Mungkin 3 hari".

"Okay then. Kirim salam kat Puan Hasmah dengan adik-adik kau". Kunci kereta dicapai oleh Ziyyad. Dia segera masuk ke perut kereta untuk bertolak ke sekolah.

Eliya bersiap-siap untuk bergerak ke stesen bas. Seperti biasa, dia akan menaiki teksi. Leceh betul, duit asyik habis dengan teksi je.

Bas Eliya sampai pada pukul 9:30 pagi. Dia memanjat tangga dan memilih kerusi paling depan. Senang nak turun katanya. Cehh.

Dalam perjalanan Eliya sempat berkenalan dengan seorang mak cik yg duduk di sebelahnya. Mak cik itu memberikan Eliya nasihat tentang rumah tangga. Entah kenapa Eliya selesa berkongsi cerita dengan mak cik itu.

Amsyar mengambil Eliya di stesen bas. Mereka berhenti di kedai makan kerana Eliya masih belum makan pagi. Dia tiada mood untuk memasak seperti biasa.

"Akak nampak letih je. Okey tak?", soal Amsyar. Amsyar memesan makanan. Dia sudah tahu apa yg hendak dimakan oleh kakaknya.

"Okey tapi tak okey. Entahlah. Malas nak fikir. Akak lapar ni. Kang tak pasal-pasal kakak telan Am. Syad balik sekolah pukul berapa?". Muka Eliya jelas menampakkan kelesuan.

"Garangnya si Eliya yg busuk ni. Hahaha. Macam biasa, pukul 1:45 petang. Pandai-pandailah dia balik naik motosikal".

"Busuk? Akak wangi okey. Am tu berlagak K-Pop lah sangat. Awek sebelah asyik usha je", Eliya menjuihkan bibirnya ke arah gadis yg dimaksudkan. Gadis itu segera menunduk apabila dia perasan Eliya pandang ke arahnya.

Amsyar malas hendak berpaling. Dia terus menyedut air minuman yg baru sampai ke meja mereka. Hilang dahaga apabila air membasahi tekak.

Selepas makan, Amsyar terus memandu pulang ke rumah. Eliya menghantar mesej kepada Ziyyad untuk memberitahu dia sudah sampai. Mesej Eliya tidak berbalas. Jangan harap Ziyyad nak reply. Eliya sudah faham benar dengan sikap suaminya.

Apabila sampai ke rumah, Eliya meluru ke arah Puan Hasmah dan memeluk mamanya itu. Rindu terhadap Puan Hasmah akhirnya dapat dilepaskan. Dia bersalam dan mencium pipi Puan Hasmah.

"Mari masuk. Mama ada buat sambal udang petai favourite akak tau". Puan Hasmah menarik tangan Eliya untuk masuk ke rumah.

Sambal udang petai tidak dapat ditolak oleh Eliya. Walaupun sudah makan, perutnya berkeroncong kembali. Nasi dicedok ke dalam pinggan. Dia tidak dapat menahan nafsu makan melihat sambal udang petai yg dimasak oleh mamanya. 'Dah lama tak makan. Yumm yumm!'.

***

Ziyyad membuka mesej. Nama 'Alien' tertera pada screen telefon bimbit. Mesej Eliya dibaca dan dibiarkan. Dia mengambil kertas-kertas untuk dibawa ke kelas.

Ketua kelas 4 Sentosa memberi salam. Ziyyad menyuruh mereka duduk. Pelajar-pelajar perempuan yg sudah semestinya gedik lagi gatal mula tersenyum dan berbisik antara satu sama lain. Cikgu paling hot dan handsome sudah semestinya sentiasa mendapat perhatian.

"Hari ni kita belajar bab 4, bab 5 dan bab 6 sekali gus. Kertas soalan ni memang berkait dengan ketiga-tiga bab. Sila ambil kertas soalan sehelai seorang", arah Ziyyad.

Ziyyad memeriksa jika pelajarnya tidak membawa buku teks. Dia paling pantang jika tidak membawa buku. Denda pasti akan dijalankan.

Sesi pengajaran Ziyyad berjalan lancar seperti biasa. Pelajar-pelajar fokus untuk cuba memahami apa yg diajar oleh cikgu kacak mereka.

"Kita berhenti di sini dahulu hari ini. Esok kita sambung". Ziyyad bingkas bangun dan keluar kelas. Telefon Ziyyad bergetar. Dia menjawab call daripada sahabatnya, Haiman.

"Ahad depan kau free tak? Aku ada buat rumah terbuka sikit tapi malam lah. Lepas Isyak kau datang eh? Bawak bini kau sekali. Aku nak tengok". Tawa Haiman kedengaran di hujung talian. Ziyyad tersenyum kecil.

"Aku free je. In shaa Allah. Jangan lupa ajak Dina tau. Dia kena ada baru best."

Ziyyad mematikan talian. Gambar wallpaper telefon bimbit miliknya ditatap. Gambar itu gambar Dina yg sedang memakai shawl warna hitam. Dina ialah perempuan yg dicintainya tetapi dia tidak akan menduakan Eliya. Dia tidak mahu Eliya merasai perit yg pernah uminya hadapi. Dia faham perasaan itu. Sungguh menyakitkan.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now