Bab 25

38.7K 1.6K 152
                                    

"Jadi jalan mana yg perlu kita pilih? Jalan A, jalan B atau jalan C? Cepat kawan-kawan". Suara Dora yg keluar dari pembesar suara dikuatkan lagi.

"Dora, listen to me. Kau kena pilih jalan A". Amsyar menjawab dengan penuh yakin.

Arsyad pula dengan jawapannya. "Jalan C, Dora. Kau kena percayakan aku. Jalan tu boleh bawak hubungan kita kepada hubungan yg lebih serius".

"Ya! Jalan B. Jawapan anda tepat!".

Amsyar dan Arysad terguling-guling di depan televisyen. Jawapan mereka salah. Eliya tergelak melihat gelagat adik-adiknya. Ziyyad yg tidak memahami apa yg adik-adik iparnya lakukan hanya mendiamkan diri.

Suara Dora berbunyi lagi. "Alamak! Swiper si pengacau dah datang. Kita kena halang dia kawan-kawan".

"Kan aku dah cakap! Asal kau ni Dora? Degil punya pompuan. Ish, stress betul aku dengan Dora ni. Malas ah layan!". Amsyar menutup televisyen. Mukanya betul-betul tertekan. Arsyad pula dengan muka masam mencuka masuk ke biliknya.

Ziyyad yg semakin pelik dengan mereka terus bertanya kepada Eliya. "Diorang boleh jadi stress sampai macam ni tengok cerita kartun? Seriously?".

Eliya masih ketawa. Dia mengangguk perlahan. "Ha'ah. Sejak dari dulu lagi diorang tak boleh move on dengan Dora The Explorer ni".

Pelik. Ziyyad mengerutkan dahinya. Mungkin Eliya juga pelik begitu?

Amsyar melaung nama Ziyyad dari dalam biliknya. Ziyyad terus meluru ke bilik Amsyar kerana bimbang sesuatu terjadi.

Elok Amsyar terbaring di atas katil dengan kakinya seolah-olah duduk bersila. Dia tersengeh melihat abang iparnya.

"Abang, Am nak bagi benda ni. Am beli kat Korea khas untuk abang. Kalau abang pakai ni cair kakak tau", tangan Amsyar menghulurkan jaket hoodie kepada Ziyyad. Made in Korea, mestilah cantik.

"Abang suka gaya hipster macam ni. Kasanitaa".

Meletus ketawa Amsyar. Tergolek-golek dia sehingga jatuh terduduk di tepi katil. Tangannya ditepuk-tepuk beberapa kali. Ziyyad menggaru hidungnya.

"Mana abang belajar bahasa Korea ni? Ya Allah, kelakar lah. Kamsahamnida lah abang. Sebut betul-betul". Amsyar menyambung gelaknya.

"Abang tak biasa cakap Korea lah. Ni first time tau. Dah lah gelakkan abang. Malu".

"Okey okey. Abang cakap saranghaeyo kat akak. Mesti dia mengamuk punya". Amsyar mengangkat keningnya.

Ziyyad menggaru hidung sekali lagi. "Maksud dia apa?".

"Awak busuk", tipu Amsyar. Dia menambah lagi. "Abang cakap nanti kita berbuka puasa. Mama tak tahu pun maksud saranghaeyo tu. Kita kenakan akak okey?".

***

"Eliya, saranghaeyo", ucap Ziyyad selepas mereka selesai berbuka. Puan Hasmah membulatkan matanya. Amsyar dan Arsyad sudah lama ketawa mengekek.

Eliya yg sedang minum air hampir tersedak. "Apa abang cakap?". Muka Eliya mula merona merah.

Ziyyad menyangka Eliya malu kerana dia kata Eliya busuk. Puan Hasmah tersenyum manis. 'Kenapa mama seyum pulak ni? Mama faham ke?'.

"Sweet kamu ni Ziyyad. Cakap I love you dalam bahasa Korea ye kat anak mama. Wah, jealousnya".

Ternganga mulut Ziyyad. Dia mencubit lengan Amsyar yg duduk di sebelahnya. Amsyar ketawa sambil menepuk bahu abang iparnya.

Eliya yg malu itu terus mengangkat pinggan mangkuk yg kotor dan dibawa ke sinki. Selepas itu, dia ke bilik untuk solat Maghrib.

Usai bersolat, Eliya membaringkan badannya di atas katil. Ziyyad yg baru keluar tandas sudah siap mandi dan berpakaian lengkap.

Eliya hampir pengsan melihat penampilan Ziyyad. Badannya disarungkan jaket hoodie dan dia memakai kain pelikat. Rambutnya yg masih basah menutup mata Ziyyad. Subhanallah, handsome!

"Kau tengok aku lama-lama mesti nak cakap aku handsome kan? Ni Ziyyad Mazrul lah, always handsome".

"Eleh, puji diri sendiri nampak. Tak malu ke?", perli Eliya. Tapi jauh di dasar hati dia sudah jatuh cinta dengan Ziyyad! Gaya K-Pop kot.

Eliya mengeluarkan t-shirt putih dari begnya. Dia mengangkat t-shirt itu. "Tengok ni, Am bagi kat saya t-shirt Kim Woo Bin. Siap ada tanda tangan lagi tau".

Ziyyad mencebik. Gambar Kim Woo Bin pada baju itu dipandang dengan penuh jengkel. 'Handsome aku lagi. Jauh sangat'.

Cermin di dalam bilik Eliya ditatap. Dia mengambil sikat rambut dan menyikat rambutnya ke belakang. Perfume Dashing Cool disembur ke badannya. Sejak dari dulu lagi dia menggemari wangian ini.

Wangian perfume Ziyyad merebak ke seluruh bilik. Eliya melihat Ziyyad dengan mata bercahaya. 'Cool betul suami aku!', jerit Eliya di dalam hati.

"Esok aku nak pergi mall. Nak cari baju raya sehelai dua. Aku ada ajak mama tapi dia tak nak pergi. Am dengan Syad ikut kita".

***

Lagu 'Balik Kampung' berkumandang di dalam kereta. Amsyar dan Arsyad menyanyi dengan kuat. Bingit telinga Eliya mendengarnya. Ziyyad juga turut menyanyi mengikut adik-adik iparnya yg pelik itu.

"Balik kampung, u woo woo balik kampung! Arghhhh arghhhh!", Arsyad menjerit di tepi telinga Eliya. Eliya sempat menampar pipi adiknya itu.

"Bosanlah Syad! Puasa ke tak hah? Cuba istighfar. Ni duk menjerit je". Eliya menutup telinganya.

Ketiga-tiga jejaka di dalam kereta itu ketawa. Eliya mendengus geram. Memang nak kena!

"Abang Am, jom usik budak kecik tu. Kita buat muka menyeramkan", ajak Arsyad. Mereka menoleh ke kereta sebelah.

Amsyar yg memakai cermin mata menterbalikkan cermin matanya. Sengaja dipakai kerana trend katanya. Dia menjulingkan mata sambil menepuk-nepuk tangannya. Budak itu hanya melihat tanpa perasaan.

"Abang, budak tu tak ada perasaanlah". Arsyad menjuihkan bibirnya.

Eliya menggeleng kepala. Terus ditegur adik-adiknya. "Tak baik usik orang. Bulan puasa ni. Nak tambah dosa ke adik-adik sayang?".

Amsyar dan Arsyad mengangkat tangan tanda mengalah. Mereka mula mendiamkan diri.

Sampai di mall, mereka berempat ke butik pakaian perempuan. Eliya memilih beberapa helai baju untuknya dan Puan Hasmah. Selesai membeli, mereka singgah ke butik pakaian lelaki pula.

Ramai gadis-gadis berbisik melihat Amsyar. Gaya Amsyar yg semestinya ala-ala Korea memang menarik perhatian orang ramai. Dia memakai jeans hitam, baju kemeja putih dan cardigan hitam yg dilipat hingga ke siku.

Arsyad pula hanya memakai t-shirt Polo dan seluar slack coklat. Ziyyad, uish! Dia pakai macam mana pun tetap membuat Eliya cair.

Akhirnya mereka pulang dengan penuh keletihan. Eliya sudah lama tertidur di dalam kereta. Ziyyad yg mengangkat Eliya hingga ke bilik. Dia mengusap lembut pipi isterinya.

Satu beg kertas diletakkan di tepi Eliya. Ziyyad sempat membeli hadiah misteri itu kepada Eliya. Specially for his wife.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora