Bab 20

38.3K 1.5K 50
                                    

"Kau tak nak pergi solat terawih ke?", soal Ziyyad. Dia menyarung baju melayu maroon ke badannya.

"Err sayang tak boleh".

"Tak boleh? Oh, okey faham. Kau duduk elok-elok kat rumah". Ziyyad mengambil kunci kereta. Dia sempat memberitahu Eliya bahawa dia akan lambat sampai ke rumah. Eliya hanya mengangguk.

Eliya mengemas di dapur. Ziyyad kata dia tak suka makan nasi semasa sahur. Otaknya ligat berfikir makanan apa yg hendak dimasak nanti. Kimchi? Uish, budak tu tak akan makan benda macam tu! Bihun goreng je lah.

Bihun diambil dari kabinet. Dia hendak menyiapkan bahan-bahan yg akan digunakan supaya kerjanya lebih mudah pada pagi esok.

Eliya melabuhkan punggung di atas sofa. Televisyen dipasang. Tiada rancangan yg menarik minatnya. Tiba-tiba telefon bimbit Ziyyad berbunyi.

Nama 'Medina Azreen 💕' terpampang di screen. Eliya mencebik bibirnya. Dina tidak pernah faham bahawa Ziyyad sudah menjadi suaminya.

"Hai miss Dinasour! Ziyyad pergi masjid okey. Kenapa call dia?".

"Kenapa you jawab call I? Ergh, I tahu dia pergi masjid sebab I pun solat terawih kat masjid ni. I ingat dia bawak handphone. Tak apalah, nanti I cakap sendiri kat dia lepas ni I nak keluar". Talian terus ditutup.

Patutlah Ziyyad kata dia balik lambat sedikit. Rupanya nak pergi date dengan minah gedik tu. Bulan puasa kot, hormatlah sikit.

Eliya mencari namanya di dalam contact Ziyyad tetapi tiada. Nama 'Alien' seolah-olah dirasakan dirinya. Ya, betul dan tepat. Eliya menukar nama contact Dina kepada 'Alien' supaya apabila Dina call, Ziyyad akan ingat dirinya. Kahkah.

***

Ziyyad menutup pintu rumahnya. Terkejut dia melihat Eliya yg tercegat di depan pintu.

"Asal kau tak tidur lagi? Dah lewat ni", tegur Ziyyad.

"Tahu pun dah lewat. Abang pergi date dengan Dina kat mana hah?". Tangan Eliya disilang. Api cemburu menguasai dirinya.

"Bila aku keluar dengan dia? Aku lepak dengan Haiman kot. Dah lah aku nak tidur. Penat tengok muka kau". Ziyyad menolak bahu Eliya. Eliya mula hilang sabar.

Dia memaut lengan Ziyyad. "Abang jangan nak tipu sayang. Tadi Dina call sayang, dia cakap dia nak keluar dengan abang".

"Buat apa aku tipu kau? Kalau dapat emas ke, berbaloi jugak lah aku tipu. Cuba fikir. Ish, tepi". Tangan Eliya dicubit. Eliya mengaduh sakit.

Eliya berlari ke tandas secara tiba-tiba. Entah kenapa perutnya asyik memulas. Ziyyad mengerutkan dahi melihat isterinya.

"Weh, kau kenapa? Okey tak?", soal Ziyyad sambil tangannya mengetuk pintu tandas dapur.

"Sayang sakit perut. Dari tadi lagi. Salah makan kot".

Ziyyad menunggu Eliya sehingga dia selesai. Ditariknya tangan Eliya menuju ke bilik isterinya. Minyak panas diambil dari atas almari Eliya.

"Kau baring, aku sapu minyak ni. Tahan sikit". Eliya terkejut dengan arahan suaminya.

"Biar betul? Abang nak sapu?", tanya Eliya dengan mata membulat meminta kepastian.

"Iye. Cepatlah baring. Jangan degil sangat boleh tak?".

Eliya meletakkan kepalanya di atas bantal. Ziyyad mula mengurut perut isterinya. Kadang-kadang Eliya akan ke tandas kerana tidak dapat menahan sakit perut yg dialaminya.

Entah pukul berapa, Ziyyad tertidur di samping Eliya. Alarm dari telefon Eliya berbunyi. Eliya melihat di sebelahnya Ziyyad sedang tidur lena. Dia tersenyum melihat wajah polos Ziyyad.

Eliya ke bilik air untuk membasuh muka. Dia perlu memasak makanan untuk Ziyyad bersahur. Seperti yg dirancang, bihun goreng siap dimasak dan dia mengejutkan Ziyyad untuk bersahur.

"Abang, bangun sahur". Eliya menggoncang bahu Ziyyad perlahan-lahan. Ziyyad mula terpisat-pisat.

"Pukul berapa ni?".

"Pukul 5. Cepatlah bangun. Nanti bihun sejuk dah tak sedap". Tangan Ziyyad ditarik lembut. Ziyyad hanya menurut Eliya kerana dia masih dalam keadaan mamai.

Eliya membasahkan mula Ziyyad dengan sehelai tuala kecil. Mata Ziyyad sedikit segar apabila diperlakukan begitu.

"Sedap bihun kau masak", puji Ziyyad ikhlas. Sudah lama dia tidak makan bihun goreng buatan uminya. Buatan Eliya pun jadilah.

Eliya tersenyum mendengar pujian Ziyyad. Dia terus menyuap Ziyyad makan. Dia suka apabila Ziyyad tidak menolak. Dia yakin, Ziyyad akan jatuh cinta kepadanya tidak lama lagi. Perasan!

Azan Subuh mula berkumandang. Ziyyad yg sudah selesai mandi terus bersolat Subuh. Eliya pula menggosok kemeja dan seluar Ziyyad kerana hari ini hari Isnin. Ziyyad akan mengajar di sekolah.

Kafe Ziyyad tetap dibuka. Eliya terpaksa bekerja walaupun dia berasa sedikit malas. Nasib baik perutnya sudah tidak meragam.

"Aku pergi dulu. Kau pergi kafe okey. Jangan ponteng", arah Ziyyad.

Eliya mengangguk. Dia mencapai tangan Ziyyad untuk bersalam. Ziyyad terkejut dengan tindakan Eliya. Eliya tidak pernah bersalam dengannya selepas mereka dinikahkan.

Kereta Ziyyad hilang dari pandangan Eliya. Dia mula bersiap untuk ke kafe. Dia sempat menjamah bihun goreng sebelum bertolak. Segan pula jika hendak makan di kafe.

Eliya memandu keretanya menuju ke kafe. Dalam perjalanan dia asyik berfikir menu untuk berbuka puasa. Dia tidak mahu Ziyyad berbuka puasa di luar dengan Dina. Dia tak akan biarkan perkara itu terjadi!

Telefon Ziyyad berdering menandakan ada panggilan masuk. 'Alien? Buat apa budak ni call aku? Aku baru je sampai kat sekolah'.

"Kau nak apa? Ish, suka ganggu aku. Kau pergi buat kerja kat kafe lah", hambur Ziyyad. Dia menggaru hidungnya seperti biasa.

"Baby? Bila masa I kerja kat kafe you?". Suara Dina menghairankan Ziyyad. Dia melihat semula nombor telefon. Rupa-rupanya nombor Dina tapi nama yg ditulis ialah nama 'Alien'. Sah kerja Eliya.

"Sorry, Eliya tukar nama contact you. Sempat lagi budak tu kenakan I". Ziyyad menggelengkan kepalanya.

"Wife you tu kan memang benci I. Mesti banyak lagi rancangan dia untuk lenyapkan I dari hidup you". Dina mula rasa geram dengan Eliya.

"Sabar Dina. Pandailah I marah dia nanti. Nanti I call you balik. I ada kelas ni. Bye".

Dina mendengus geram. Dia melempar telefon bimbitnya ke atas sofa.

"Kau ingat kau dah menang Eliya? Aku dah cakap, Ziyyad cintakan aku je. Dia akan sokong aku. Sedar diri tu sikit".

Crush Series : Crush Aku Suami AkuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang