Bab 17

38.5K 1.6K 182
                                    

Bunyi ketawa Ziyyad membuatkan Eliya tersedar. Dia menggosok matanya dan menggeliat. Televisyen masih terpasang. Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. 3 pagi?

"Selesa ke tidur atas bahu aku? Lenguh tau tak bahu aku ni". Ziyyad menjeling sekilas ke arah Eliya yg masih mamai.

"Bahu? Eh sejak bila saya tidur kat sini? Ni mesti saya tertidur", ujar Eliya. Televisyen sedang menayangkan drama Boys Over Flower.

"Wait, awak tengok drama ni? Oh CD saya!", Eliya membelek CD drama itu. Setahu dia, dia meletakkannya di dalam laci di bawah meja kopi.

"Ha'ah. Aku jumpa so aku tengoklah. Best gak ar drama Korea. Perempuan tu comel gila", komen Ziyyad sambil memuncungkan mulut ke arah Geum Jan Di lakonan Gu Hye Sun.

"Memanglah best. Awak je yg tak tau. Jan Di memang comel. Jun Pyo tu handsome sangat! Nak sangat jumpa dia. Adik saya, Am dah pernah jumpa dia. Jealous betul".

"Handsome kau cakap? Aku lagi handsome kot. Pebende tah rambut kerinting macam tu. Eleh, ni Jun Pyo Malaysia dah ada kat sebelah kau".

"Eee tolonglah jangan perasan. Jun Pyo saya lain, dia sweet. Bukan macam awak", Eliya menjelirkan lidah.

"Jun Pyo ni selalu marah Jan Di. Aku pun selalu marah kau. So, memang sah aku Jun Pyo Malaysia". Dengan kening terangkat, Ziyyad tersenyum sinis ke arah Eliya.

"Dah, jangan nak perasan sangatlah mr hubby. Saya nak masuk bilik. Nak sambung tidur. Bye".

Belum sempat Eliya bangun, Ziyyad menarik lengan Eliya yg menyebabkan Eliya terduduk semula.

"Temanlah aku. Kita tengok sama-sama. Tak best tengok sorang-sorang", rayu Ziyyad.

"Awak takut eh duduk sorang-sorang? Saya mengantuk ni awak. Kalau saya tertidur atas bahu awak, awak marah".

"Mana ada. Aku just perlukan kau buat masa sekarang. Hm tidur je. Aku tak kisah. Nak letak kepala atas riba aku pun tak apa".

Membuntang mata Eliya. Serious ke ni Ziyyad? Dia menampar lembut pipinya untuk memastikan dia tidak bermimpi.

Ziyyad tergelak kecil melihat isterinya. "Ni bukan mimpi. Kau janganlah tampar pipi tu. Nanti sakit". Sebelah tangan Ziyyad menggosok pipi Eliya.

Eliya menolak tangan Ziyyad. Hatinya berdegup kencang. Dia tidak boleh duduk diam kalau Ziyyad terus begini.

"Awak sambunglah tengok drama tu. Saya nak tidur. Saya masuk bilik dulu ye". Bingkas Eliya bangun tanpa mempedulikan Ziyyad. Dia mengunci pintu bilik dan membaringkan badannya di atas katil.

Pipinya dipegang. Senyuman di bibirnya tidak lekang. 'Ziyyad gosok pipi aku woi!'.

***

Kereta MyVi milik Eliya elok terparkir di depan Zed's Cafe. Seperti biasa, dia akan menyapu lantai kafe terlebih dahulu. Bunyi salam diberi mengejutkan Eliya.

"Assalamualaikum kak Liya. Awal datang hari ni?". Dia kenal suara itu. Tapi kenapa orang itu memberi salam?

Eliya berpaling melihat Jeremy. Dia teragak-agak untuk menjawab salam. Jeremy senyum melihat reaksi Eliya.

"Tak jawab salam dosa meh. By the way, saya nak mengenalkan diri saya sekali lagi. Nama saya Muhd Ikhmal".

Ternganga Eliya mendengar Jeremy memperkenalkan dirinya dengan nama itu. Jeremy peluk Islam? Air mata Eliya ditahan.

"Waalaikumussalam, Ikhmal. Nice to meet you. Tak sangka awak peluk Islam. Patutlah dah lama tak nampak awak", ujar Eliya.

"Saya ada masalah dengan family saya. Dia menentang saya daripada memeluk agam Islam. Namun saya betul-betul sudah tertarik dengan Islam, kak Liya. Fattah dengan Mimi dah banyak ajar saya lorh". Bunyi slang Cina masih pekat apabila Jeremy bercakap. Ops, Ikhmal okey.

"Alhamdulillah. Akak gembira sangat. Macam mana penerimaan family awak?", soal Eliya ingin tahu lebih lanjut. Cerita Ikhmal sungguh menarik baginya.

"Mula-mula mereka marah tetapi saya tetap dengan keputusan saya. Akhirnya mereka mengalah. Saya memang keras kepala meh. Hehe".

Bunyi suara Syamimi memberi salam dari luar disambut oleh Eliya dan Ikhmal. Syamimi menghampiri mereka.

"Good morning kak Liya! Lama tak nampak kak Liya. Rindu tau. Good morning too, Ikhmal". Senyuman Syamimi nampak pelik pada pandangan Eliya.

"Kak Liya rasa korang berdua ni ada simpan rahsia. Korang couple ke?", teka Eliya. Muka merah Syamimi telah menjawab persoalan Eliya.

***

Kaki dihayunkan ke bilik pengetua. Ziyyad mengetuk pintu sebelum masuk. Muka tegang pengetua mendebarkan Ziyyad.

"Cikgu, saya mendapat aduan daripada pelajar perempuan cikgu yg mengatakan cikgu cuba untuk sentuh dia. Betul ke?".

"Astarghfirullahalazim. Saya rasa saya difitnah ni Tuan. Sumpah saya tak pernah berniat pun untuk menyentuh pelajar saya. Saya dah ada isteri pun". Jelas Ziyyad bersungguh-sungguh. Siapa yg cuba memfitnah dia ni?

"Saya pun berharap berita tu tak betul. Saya harap cikgu boleh ubah sikap cikgu. Memang cikgu dah beristeri tapi tu bukan penghalang untuk cikgu menggatal dengan pelajar cikgu kan?". Sakit hati Ziyyad apabila dituduh begitu. Dia mendengus geram.

"Saya sayang isteri saya, saya tak akan pernah curang dengan dia lagi-lagi dengan pelajar saya sendiri. Tuan tak boleh nak tuduh saya tanpa selidik terlebih dahulu. Maaf, saya terpaksa keluar". Ziyyad tidak tahu sama ada dia menipu atau tak. Kerusi ditolak ke belakang dan Ziyyad melangkah pergi.

Tiba di kelas 4 Sentosa, dia menepuk meja guru dengan kuat. Terdiam pelajar-pelajarnya. Mukanya merah menahan marah.

"Siapa yg sebar fitnah pasal cikgu? Mengaku cepat!", tengking Ziyyad. Tiada seorang pun yg mengaku.

"Baik mengaku sekarang sebelum saya dapat tahu. Mengaku sekarang atau menyesal kemudian".

Fasha berdiri sambil menundukkan kepalanya memandang lantai. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk melihat muka cikgunya.

"Oh, awak rupanya Fasha. Kenapa awak buat saya macam ni? Awak tahu tak benda ni salah?! Saya boleh dibuang kerja tau tak?!". Suara Ziyyad semakin meninggi.

"Sebab...sebab saya cintakan cikgu! Cikgu tak pernah pandang saya. Hina sangat ke saya ni cikgu? Saya cuma nak cikgu sayangkan saya. Itu je. Saya ingat, dengan menyebarkan fitnah ni cikgu akan lebih prihatin terhadap saya". Dengan berani Fasha meluahkan perasaanya di depan semua orang di dalam kelas.

Ziyyad meraup mukanya. "Fasha, awak masih kecil. Banyak lagi masa untuk awak cari lelaki yg baik untuk dicintai. Percayalah cakap saya. Nanti di universiti awak akan berjumpa dengan ramai lagi lelaki. Sekarang ni masa untuk awak belajar dan dapatkan keputusan cemerlang yg boleh membuatkan ibu dan ayah awak bangga".

Fasha mula menangis. Dia menolak meja sehingga mejanya jatuh ke lantai. "Saya benci cikgu!", bentak Fasha dengan marah.

"Saya dah rakam semua yg awak cakap tadi, Fasha. Tolong jangan buat benda mengarut macam ni lagi. Please, I'm begging you". Suara Ziyyad mula mengendur. Fasha berlari ke luar kelas dengan esakan yg semakin kuat.

Ziyyad tidak menyangka dia akan difitnah begitu oleh pelajarnya sendiri. Patutlah Fasha selalu cuba untuk menarik perhatiannya. Sekali lagi dia meraup mukanya. Nombor Dina dicari. Hanya Dina yg dapat menenangkan dirinya.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now