Bab 2

48.5K 1.9K 71
                                    

"Disebabkan markah kamu semua yg agak teruk, saya nak kamu semua ke padang sekarang".

Eliya memandang muka cikgu Saleha yg bengis itu. Dia tahu cikgu Saleha sangat marah kerana ramai yg tidak lulus pada peperiksaan kali ini. Namun begitu, satu kelas yg terpaksa menanggung akibat!

Mereka bergerak ke padang diikuti oleh cikgu Saleha. Cuaca di luar agak panas. Eliya menjeling jam tangannya. Jarum jam menunjukkan sekarang sudah pukul 11 pagi. Dia mengibas-ngibas tangannya kerana tidak tahan panas.

Cikgu Saleha berdiri di depan pelajarnya. Dia menyuruh mereka untuk berlari sebanyak 10 pusingan di padang yg luas itu. Beberapa orang pelajar mengeluh dan ada yg merungut. Cikgu Saleha berkeras untuk meneruskan denda.

"Habislah kita. Nanti budak-budak lain tengok malu aku", Tania menutup mukanya. Dahlah cuaca panas, kena lari padang pulak tu!

"Sabar je lah. Memang patut pun kita kena denda. At least nanti kita lebih berusaha untuk dapatkan markah yg lebih cemerlang".

Eliya dan rakan-rakan sekelasnya mula berlari. Cikgu Saleha tersenyum puas setelah pelajarnya patuh dengan arahan yg diberikan. 'Baru padan muka korang semua!'.

Cikgu Faiz melalui kawasan padang ketika itu. Dia agak terkejut melihat pelajar 4 Alfa berlari dengan nafas yg tercungap-cungap. Dia segera memasuki padang dan dia ternampak cikgu Saleha sedang bercekak pinggang.

"Assalamualaikum cikgu. Kenapa dengan budak-budak ni? Cikgu denda mereka ke?".

"Waalaikumussalam. Ehh, cikgu Faiz! Dah lama ke sampai? Saya saja je bawak budak-budak ni segarkan otak diorang. Maklumlah asyik belajar dalam kelas aje", cikgu Saleha menayangkan senyuman yg paling manis untuk lelaki yg muda 5 tahun daripadanya itu. Ya, dia menaruh minat terhadap cikgu Faiz yg hot dan masih bujang serta digilai ramai pelajar perempuan.

Tania berhenti berlari. Dia menggeleng kepala melihat cikgu Saleha yg tiba-tiba bertukar menjadi gadis melayu yg kononnya lemah-lembut. Cikgu Saleha menyuruh pelajarnya berhenti berlari.

"Kalau macam tu, cikgu pergi dulu. Saya nak ke kereta sekejap. Ada barang tertinggal. Nanti saya ke kantin," cikgu Faiz menerima pelawaan cikgu Saleha untuk makan bersama. Cikgu Saleha meninggalkan cikgu Faiz dengan hati yg berbunga.

"Nasib baik cikgu datang. Masih ada 6 pusingan lagi. Bersyukur sangat. Terima kasih cikgu", Arif memeluk cikgu Faiz. Cikgu Faiz menolak lembut badan gempal milik Arif.

"Apa ni peluk cikgu. Badan kamu tu melekit tau tak? Dah pergi masuk kelas cepat".

4 Alfa tergelak dengan aksi spontan Arif tadi. Arif memang selalu membuat perangai peliknya. Arif, Danial dan Amir memang terkenal dengan sikap lucu mereka.

Eliya dan Tania berjalan beriringan menuju ke kelas. Ziyyad terlanggar bahu Eliya kerana dia tergesa-gesa untuk ke makmal. Buku dan pencil case milik Ziyyad jatuh ke lantai. Ziyyad tidak mempedulikan orang yg dilanggarnya. Dia terus mengutip barangnya dan berlalu pergi.

Eliya kaku. Tania menggoncang bahu Eliya namun cepat Eliya menepis. "Janganlah pegang bahu aku. Hilang nanti bau Ziyyad".

"Bau Ziyyad apa? Kau tu dah lah berpeluh. Bau peluh kau yg busuk tu adalah", Tania menepuk dahinya dan tergelak dek sikap rakannya yg seperti tidak siuman.

"Mana ada busuk. Cuba kau hidu baju aku ni. Ada bau dia!", Eliya hampir melompat. Dia nekad untuk mencari perfume yg sama dipakai oleh Ziyyad.

"Eh ni macam bau abang aku. Abang aku pakai yg jenama dashing tu. Yg Cool rasanya. Tulisan dia warna biru".

"Serious ke weh? Balik ni jugak aku pergi cari perfume tu".

***

Hari ini Puan Hasmah yg mengambil Eliya dan Amsyar dari sekolah. Suaminya agak sibuk kerana sekarang banyak kes kebakaran hutan yg berlaku. Bekerja sebagai bomba memang susah hendak melekat di rumah.

Arsyad sudah berdiri di depan pintu menunggu kepulangan kakak dan abangnya. Dia segera memeluk Eliya. Dia agak manja dengan Eliya walaupun usianya sudah mencecah 8 tahun. Maklumlah, anak bongsu.

Amsyar merupakan anak kedua. Umurnya cuma berbeza setahun daripada Eliya. Amsyar sangat sibuk kebelakangan ini kerana peperiksaan penting dalam hidupnya akan ditempuhi dalam masa 3 bulan lagi. Dia hendak memastikan supaya dia dapat ke MRSM. Sudah lama dia menyimpan hasrat namun tiada rezeki semasa UPSR dahulu walaupun keputusannya cemerlang, 5A.

Eliya menolak adiknya masuk ke rumah. "Rimaslah. Kakak baru balik ni. Panas".

"Alaa, Syad nak lepas rindu je. Kesian Syad demam tau. Akak kena jaga Syad. Tak kira", Arsyad memuncungkan mulutnya. Pelekat cool fever yg berada di atas dahi Arysad dipicit-picit oleh Eliya.

"Mengadalah adik akak sorang ni. Tepi, akak nak mandi dulu. Solat lepas tu makan dan nak tidur".

"Janganlah tidur kak! Teman Syad main game. Kejap je. Boleh?".

Eliya cuma mengangguk. Dia malas hendak melayan Arsyad. Kadang-kadang manjanya melampau.

"Kak, nanti Am nak pinjam buku motivasi yg akak beli hari tu. Macam menarik je", Amsyar meminta izin. Buku itu sering dibaca oleh kakaknya. Dia juga pelik.

"Yelah tapi letak balik kat tempat asal. Akak nak baca nanti".

"Bukan akak dah baca banyak kali ke?", soal Amsyar curiga.

"Suka hati akak lah. Tu buku akak bukan buku Am pun", Eliya menarik muka masam.

Amsyar hanya tersengeh dan menarik hidung kakaknya sebelum ke bilik Eliya untuk mengambil buku. Dia agak tinggi daripada Eliya. Eliya terpaksa mendongak untuk melihat wajahnya. Amsyar menjelirkan lidah dan segera ke rak buku. Buku yg kemas di atas rak menarik perhatian Amsyar. Buku yg hendak dipinjamnya terselit di antara buku-buku pelajaran. 'Pandai akak sorok'.

Semasa Amsyar menarik keluar buku tersebut, sekeping gambar jatuh ke lantai. Amsyar mengutip gambar tersebut dan melihat seorang lelaki berpakaian sekolah. Dia cukup kenal lelaki ini. 'Abang Ziyyad!', desis hati Amsyar.

Rupa-rupanya Eliya menaruh hati pada senior mereka. Amsyar mendapat satu idea. Dia menyimpan gambar itu ke dalam poket seluarnya. Tidak lama kemudian Eliya membuka pintu bilik.

"Hah, dah jumpa ke buku tu? Kalau dah keluarlah".

"Dah, but I found something special and now I know your big secret dear sister", Amsyar menepuk tangan dan ketawa. Pelik. Eliya malas hendak melayan karenah adiknya. Katil menarik tubuh Eliya untuk rebah di atasnya.

"Big secret? What is it?", soal Eliya curiga.

"Akak suka dia ni en?", tangan Amsyar melayang-layangkan gambar yg dijumpai.

Muka Eliya merah. Malu! Bagaimana dia boleh tersalah letak gambar Ziyyad pun dia tidak ingat. Yg dia tahu sekarang ialah malu.

"Hoi apa ni selongkar barang akak. Meh sini gambar tu", Eliya cuba merampas tetapi ketinggian Amsyar mengatasinya.

Amsyar lari ke luar sebelum dia digeletek oleh kakaknya. Eliya memang tidak ada belas kasihan apabila dia menggeletek orang. Amsyar dan Arsyad sentiasa menjadi mangsa Eliya.

Eliya mengejar adiknya namun tidak berjaya. Puan Hasmah menegur mereka berdua yg berpengarai tidak matang itu. Asyik bergaduh saja. Eliya mencium pipi mamanya. Itulah kelemahan Puan Hasmah. Dia akan berhenti membebel apabila dicium oleh anak kesayangannya.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now