Bab 18

36.8K 1.6K 108
                                    

Kereta Ziyyad yg baru muncul di depan kafe menarik senyuman Eliya. Entah kenapa dia rasa rindu dengan Ziyyad. Perangai Ziyyad yg agak sweet semalam membuatkan Eliya semakin jatuh cinta.

Senyuman Eliya mati apabila Ziyyad berjalan bersama Dina memasuki kafe. Eliya yg berada di kaunter terus masuk ke dapur. Syamimi perasan dengan perubahan Eliya terus mendekatinya. Eliya terduduk.

"Kenapa ni kak Liya?", soal Syamimi. Air mata yg mula bertakung membuatkan Syamimi semakin resah.

Ikhmal masuk ke dapur diikuti oleh Fattah. "Hm saya tak faham betul dengan perangai bos", Fattah berkata dengan tidak puas hati.

Eliya menahan daripada menumpahkan air matanya. Tiba-tiba Ziyyad masuk ke ruangan dapur. Dia melihat Eliya tanpa perasaan.

"Korang semua keluar kejap. Pergi layan pelanggan", arah Ziyyad tegas.

Pintu dapur ditutup. Eliya yg sedang duduk di atas lantai menatap Ziyyad. Tangannya ditarik supaya berdiri. Eliya akur dirinya ditarik kasar begitu.

"Kau tak payahlah nak menangis bagai. Dina tu girlfriend aku. Kitorang dah lama tau. Masa kat universiti lagi. Kau kena faham aku cintakan dia".

Semangat Eliya melayang entah ke mana. Dia kembali terduduk mendengar luahan Ziyyad. Air matanya tidak dapat dibendung lagi.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Sepatutnya awak layan saya macam orang lain layan isteri diorang. Sampai hati awak. Hari tu bukan main awak berjanji dengan saya. Tapi hari ni? Awak buat balik perangai awak". Dalam tangis Eliya bersuara. Terasa sakit hatinya apabila Ziyyad tersenyum sinis.

"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!", jeritan kecil Ziyyad mengejutkan Eliya.

Ziyyad terus membuka pintu dan pergi ke pangkuan Dina. Dia stress dengan fitnah yg baru saja ditaburkan oleh pelajarnya. Sekarang, Eliya pula menambah tekanannya.

"You buat apa kat dapur tu? Siap tutup pintu lagi", soal Dina sebaik saja Ziyyad melabuhkan punggungnya di kerusi.

"I bagi dia sedar sikit diri dia tu siapa. Malaslah I nak layan dia. You tau kan I stress dengan masalah I kat sekolah".

"Ye, I faham. I akan selalu ada untuk you. Just tell me everything, I'm all ears". Dina menayangkan giginya. Senyuman manis Ziyyad sungguh membuatkan hatinya berbunga. Dia tahu Ziyyad cintakan dia.

"Malam ni kita pergi makan tempat biasa okey. I nak spend time dengan you". Ziyyad menghirup coffee panas sedikit sebelum dia kembali berbual dengan Dina.

Eliya yg masih menangis mengepal tangannya. Dia tidak sangka Ziyyad sanggup melakukannya sampai begitu sekali. Dia cuba mengumpul kekuatan. "Kau benci aku ye Ziyyad? Takpe kau tunggu nanti kau yg akan gilakan aku".

Satu mesej masuk dari iPhone milik Eliya. Dia membuka mesej dan tersenyum. "Yeay Tania dah sampai!".

Eliya membasuh mukanya sebelum keluar mendapatkan Tania. Tania yg sedang berjalan masuk berhenti apabila melihat Ziyyad sedang bermesra dengan seorang perempuan.

Pantas Eliya menarik tangan Tania untuk duduk di salah satu meja. Dia memeluk Tania semahu-mahunya.

"Aku rindu gila kat kau weh! Hm pasal Ziyyad tu nanti aku story. Kau nak minum apa ni?".

"Liya, kau okey ke? Aku memang nak kau story apa yg Ziyyad buat kat kau. Mata kau yg bengkak tu aku dah tahu kau nangis. Aku nak hot chocolate". Tania mengangkat keningnya. Dia mendesak supaya Eliya menceritakan apa yg berlaku.

"That girl is his girlfriend since they in university. Dia banyak luangkan masa dia dengan Dina tu. Dia layan Dina lebih daripada aku. Padahal aku ni isteri dia beb".

"Aku dah agak mesti korang ada problem. Ziyyad tu memang nak kena dengan aku. Apa yg kau kena buat sekarang, layan dia sebaik mungkin. Panggil dia abang sampai dia cair. Aku percaya kau boleh", nasihat Tania.

"Aku cuba. Jom story pasal kenangan dulu-dulu. Rindu geng-geng kita".

Gelak-tawa Eliya dan Tania memenuhi kafe. Ziyyad hanya memerhati ke arah isterinya. Dia tidak pernah lihat Eliya gembira seperti itu. Sampai terkeluar air matanya kerana ketawa terbahak-bahak.

***

Semasa Ziyyad hendak ke dapur, Eliya sudah tercegat di sinki. Eliya yg perasan dengan kehadiran suaminya terus berpaling lalu menayangkan senyuman semanis mungkin buat Ziyyad.

"Good morning abang. Lena tak tidur semalam? Sayang dah buat sarapan". Abang? Sayang? She's crazy!

"Asal kau ni? Tetiba je panggil aku macam tu. Geli tau tak?". Ziyyad membuat muka geli-geleman. Kerusi ditarik untuk diduduki.

Eliya tetap tersenyum manis. Pinggan dicapai dan nasi goreng dicedokkan ke dalam pinggan lalu diberikan kepada Ziyyad. Air milo panas dituang ke dalam cawan.

"Makanlah, hari ni sayang masak special untuk abang. Abang jangan tak makan tau. Nanti saya cekik abang".

"Tak apa, aku boleh keluar cari makanan sendiri. Seram sejuk aku tengok kau ni". Sungguh, dia berasa pelik dengan perubahan Eliya.

Tangan Eliya naik ke bahu Ziyyad. Dia mengurut kedua-dua belah bahu suaminya. "Abang mesti letih kan? Nasib baik hari ni cuti, kafe pun tutup. Abang tak boleh keluar. Duduk sini dan makan".

Tangan Eliya ditepis kasar. Dia tidak selesa dengan layanan Eliya.

"Kau ni kenapa? Demam ke? Jangan buat perangai macam ni lah! Tak malu ke?", sembur Ziyyad.

"Sayang okey je. Abang tu kenapa? Sayang tak nak bergaduh dengan abang. Shh, saya suapkan abang". Pantas sudu diambil dan dia menyuakan nasi goreng kepada Ziyyad.

Ziyyad tidak mahu membuka mulutnya. Eliya mula menggeletek Ziyyad yg menyebabkan Ziyyad ketawa. Terus disuapnya nasi goreng tadi. 'Sedap!', puji Ziyyad di dalam hati.

Satu lagi suapan masuk ke mulut Ziyyad. Dia terus mengunyah nasi goreng buatan isterinya. Eliya gembira kerana Ziyyad sudah tidak menolak seperti tadi.

"Abang, tak lama lagi puasa kan? Kafe abang buka ke masa puasa?".

"Buka. Ramai non-muslim datang nak lepak kat sana so aku bukalah. Kau jangan nak ponteng kerja", sambil mengunyah Ziyyad menjawab pertanyaan Eliya.

"Oh. Mana boleh sayang ponteng. No no no", Eliya menggoyangkan jarinya. Ziyyad mencubit pipi Eliya secara tidak sengaja.

"Kau comel". Pujian Ziyyad dibalas dengan senyuman malu-malu kucing Eliya.

Usai makan, Eliya bangun untuk membasuh pinggan. Dia sempat berbisik ke telinga Ziyyad, "I love you". Pipi Ziyyad dicium. Ziyyad terkejut dengan tindakan Eliya.

"Kau demam ke? Aku tanya betul-betul ni. Tolong jawab", rayu Ziyyad.

Eliya tergelak dengan kata-kata Ziyyad. "Sayang demam? Cuba abang sentuh dahi sayang. Tak panas kan?", tangan Ziyyad ditarik dan dilekapkan di dahinya.

"Habis tu? Asal kau jadi macam ni?".

"Macam mana? Sayang layan abang biasa je. Sayang nak pergi sidai kain jap. Jom teman sayang", ajak Eliya. Namun sepantas kilat Ziyyad berlari masuk ke biliknya.

Dia merasakan degupan jantungnya laju. Sama seperti mula-mula dia berkenalan dengan Dina. Bahaya jika Eliya terus melayannya begitu. Dia boleh jatuh hati kepada Eliya nanti! Tapi apa salahnya kan?

Crush Series : Crush Aku Suami AkuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora