Bab 36

36.6K 1.4K 10
                                    

"Umi nak datang sini hujung minggu ni. Dia kata dah lama tak jumpa kita", ujar Ziyyad lalu menyisip sedikit air oren sejuk.

Eliya mengangguk kecil. "Bagus jugak umi datang. Boleh bawak umi jalan-jalan". Baju yg sudah dilipat diletakkan ke dalam raga. Baju kemeja Ziyyad disangkut pada hanger untuk diletakkan di dalam almari.

"Nanti sayang kemaslah bilik sayang tu. Semua barang sayang letak kat bilik abang. Kita kan dah tidur sebilik sekarang. Bilik tu bagi umi". Gelas kosong yg tadi penuh dengan air oren diletakkan di atas meja. Dia menukar saluran televisyen. Tiada rancangan yg menarik perhatiannya.

Selesai menguruskan pakaian, Eliya bangun lalu duduk di atas sofa bersebelahan dengan Ziyyad. Dia merampas remote dari tangan suaminya. Seperti biasa, drama Korea yg akan menjadi pilihan Eliya.

Ziyyad mengeluh. "Asyik-asyik drama Korea. Abang pun minat jugak tapi tak adalah nak tengok selalu. Cuba tengok abang ni haa. Tak cukup handsome ke?".

"Tak". Balas Eliya pendek. Matanya sudah terpaku pada skrin televisyen. Ziyyad melambai-lambaikan tangannya di depan muka Eliya. "Cik adik, suami awak kat sini. Tak payah tengok sangatlah jejaka Korea tu".

Eliya menepis tangan Ziyyad. Ziyyad mula geram dengan sikap Eliya yg tidak menghiraukannya. Satu ciuman hinggap di pipi Eliya.

"Abang! Apa ni?! Malu lah".

"Nak malu apa? Bukannya ada orang tengok pun". Ziyyad tersengeh melihat muka Eliya yg sudah bertukar warna.

Eliya menghadiahkan jelingan tajam kepada suaminya. Entah kenapa mesej yg diterima oleh Ziyyad daripada seorang perempuan yg tidak dikenalinya itu mengganggu fikiran Eliya.

Eliya memberanikan diri untuk bertanya. "Abang, siapa yg hantar mesej tu tadi?". Kelihatan Ziyyad sedikit gugup.

"Err tu kawan abang. Lelaki", bohong Ziyyad.

"Lelaki? Habis tu dia bahasakan diri dia Ikha tu kenapa? Sayang ingat abang akan jujur dengan sayang. Tak sangka abang tipu". Eliya berasa kecewa dengan Ziyyad. Dia berdiri untuk berlalu ke biliknya.

From: Unknown

Hai Zed! Dah lama tak jumpa kan? Ikha kat Sabah ni okey je. Cuma rindu kat Zed. Nanti Ikha datang semenanjung 😁.

Mesej itu cukup membuat Eliya tidak senang duduk. Siapa pula gadis itu? Kenapa Ziyyad sanggup berbohong? Kenapa Ziyyad nak rahsiakan daripada dirinya? Air mata Eliya menuruni pipinya. Dia memang mudah cemburu.

Fikirannya kusut. Dia merasakan Ikha seorang yg istimewa bagi Ziyyad sama seperti Dina. Dia sendiri pening memikirkan semua itu.

Ziyyad mundar-mandir di dalam biliknya. Dia menggaru hidung mancungnya yg tidak gatal itu. 'Macam mana aku nak explain ni? Patut ke aku berterus terang?'.

Langkah diatur ke depan bilik Eliya. Tangisan Eliya jelas kedengaran di sebalik pintu. Semakin serba salah pula Ziyyad kerana membuat Eliya menangis.

"Sayang, buka pintu ni. Abang janji abang cerita semua tu. Okey?".

Senyap.

"Sayang, janganlah macam ni. Kesian abang. Sayang dengar dulu penjelasan abang".

Senyap.

Ziyyad mengeluh kecil. Susahnya hendak memujuk Eliya. Tadi di elok-elok sahaja. Memang sukar untuk memahami perempuan.

Bunyi tombol pintu dipulas menyentak Ziyyad. Dia segera memeluk Eliya. "Sayang, abang minta maaf. Abang tak ada niat nak tipu sayang. Abang takut sayang cemburu".

"Abang ingat, dengan abang tipu macam tu masalah ni selesai lah? Abang boleh sorok hubungan abang tu?", sindir Eliya. Dia cuba meronta agar dilepaskan.

"Meh ikut abang duduk kat luar. Abang nak cerita ni. Nak dengar tak?".

Eliya akur. Tangannya dipimpin oleh Ziyyad ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Matanya langsung tidak memandang Ziyyad. Jari kasar Ziyyad menyapu sisa air mata di pipi Eliya.

"Okey macam ni, Ikha tu err girlfriend abang yg pertama. Kitorang couple masa mula-mula abang pindah kat Pahang. Lepas tu dia kena ikut family dia pergi Sabah. Hubungan kitorang setakat tu je". Ziyyad memendekkan cerita. Dia cuba melihat reaksi isterinya.

Air mata Eliya terus mengalir. 'Dah kenapa pulak?'. Ziyyad pelik. Tadi Eliya sendiri yg mahu dia berterus terang.

"Ramainya girlfriend abang. Habis tu sayang ni siapa?". Tangisan Eliya semakin kuat.

'Ya Allah, kenapa bini aku jadi macam ni? Haa sudah. Aku nak buat apa ni?'. Ziyyad menjadi kelam-kabut. Dia cuba memegang tangan Eliya tetapi Eliya sempat mengalihkan tangannya.

"Sayang isteri abanglah. Cinta terakhir abang. Sayang nak pergi syurga dengan abang tak? Nak kan? In shaa Allah kita pergi sama-sama. Sayang je yg ada dalam fikiran abang sekarang. Dalam hati abang pun".

Eliya berhenti menangis. Entah kenapa dia sendiri berasa meluat dengan perangai manjanya. "Abang, sayang minta maaf. Mungkin emosi sayang tak stabil".

"Tak stabil? Sayang mengandung ke?!", tanya Ziyyad dengan teruja.

"Eh bukanlah. Abang kena faham perempuan ni. Memang semua macam ni". Eliya cuba mempertahankan dirinya.

Ziyyad tergelak. "Yelah. Sayang jangan cemburu lagi eh? Kita lupakan pasal Ikha".

***

"Awalnya kamu kemas baju".

"Tak sabar ni mak nak pergi rumah Ziyyad. Rindu sangat dah dekat menantu".

Nenek menolong cikgu Shida mengemaskan barang-barangnya. Padahal ada tiga hari lagi sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur.

"Mak, nanti tolong Ida masak sambal udang petai ye. Tu makanan kesukaan Liya. Ida nak buat kejutan untuk dia", ujar cikgu Shida.

"Amboi, kamu ni. Dah dapat menantu lupa pulak dengan anak sendiri".

"Mana ada. Ziyyad tu pandai-pandailah Ida ambik hati dia kat sana. Ida sayang dua-dua anak Ida tu".

Nenek menggelengkan kepala. Selesai mengemas barang, cikgu Shida mencapai telefon bimbitnya. Nombor Ziyyad didail.

"Assalamualaikum. Ziyyad sihat?"

"Waalaikumussalam. Aikk, semalam baru kita bercakap kat telefon ni? Ziyyad sihat je umi". Ziyyad menyusun buku-buku pelajarnya agar kemas.

"Alaa umi saja je tanya. Ziyyad kat sekolah ke tu?", soal cikgu Shida lagi.

"Umi, mestilah Ziyyad kat sekolah time macam ni. Ada apa ni umi? Mesti umi nak bagitahu sesuatu kan?".

"Umi sebenarnya tak sabar nak pergi rumah Ziyyad", balas cikgu Shida pendek.

Ziyyad ketawa mendegar jawapan uminya. "Apalah umi ni. Tak lama dah. Eh umi tak mengajar ke hari ni?".

"Tak. Umi rasa pening sikit. Sebab tu umi ambik cuti".

"Umi kena jaga kesihatan tu. Ke umi dah excited sangat nak datang KL ni?", tebak Ziyyad.

Kedengaran suara ketawa cikgu Shida di hujung talian. "Umi sakit betul-betul. Tunggu umi datang tau".

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now