Bab 9

38.7K 1.7K 47
                                    

Alarm daripada telefon bimbit Eliya berbunyi. Pukul 5:30 pagi. Dia menggeliat malas. Semalam Ziyyad pulang lewat ke rumah. Malas Eliya hendak menunggu, dia terus masuk ke bilik dan melelapkan matanya. Tuala diambil dan dia membersihkan diri.

Sejadah dibentangkan. Bunyi azan dari surau berdekatan menandakan waktu Subuh telah masuk. Usai solat Subuh, Eliya keluar dari bilik. Dia hendak menyiapkan sarapan.

"Weh, tolong gosok baju aku", arah Ziyyad sambil melemparkan baju kemeja maroon ke arah Eliya. Segera Eliya menyambut baju tersebut.

Tanpa banyak bicara, Eliya menurut arahan Ziyyad. Suis seterika dihidupkan. Dia menggosok baju kemeja Ziyyad dengan berhati-hati.

Ziyyad masuk ke bilik yg menempatkan pakaian dengan hanya bersinglet dan berseluar slack hitam. Dia menunggu Eliya menggosok bajunya. Eliya agak terkejut dengan penampilan Ziyyad. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.

Ziyyad menyarung kemeja ke badannya. Tie hitam melengkapi penampilan Ziyyad pada hari itu. Tag nama juga tidak lupa dipakai. Jelas tertera nama 'Ziyyad Mazrul'.

Menurut kata cikgu Shida, Ziyyad merupakan cikgu subjek Perinsip Perakaunan. Pasti pelajar-pelajarnya tidak pernah bosan dengan kelas akaun. Maklumlah, cikgu kacak yg mengajar.

Sebelum ke sekolah, Ziyyad sempat berpesan kepada Eliya. "Pukul 2 petang nanti kau bersiap. Aku nak bawak kau pergi satu tempat". Ringkas sahaja pesanannya. Eliya menghulurkan tangan untuk bersalam. Tidak sempat Eliya hendak mencium tangan, Ziyyad menarik tangannya. Kecewa, tapi apakan daya.

Roti bakar dan scramble egg menjadi sarapan Eliya pada pagi itu. Pukul 9 nanti dia hendak keluar. Kebetulan Izzati, Sarah dan Aten tinggal di Kuala Lumpur. Mereka sudah bercadang untuk bertemu di salah sebuah kafe.

***

"Ya Allah, lamanya tak jumpa korang! Rindu gila weh", sambil berpelukan Eliya menutur kata. Sungguh dia rindu dengan rakan sekelasnya itu.

"Hari tu aku tak sempat nak pergi reunion. Wedding kau pun aku tak dapat pergi. Alhamdulillah, hari ni dapat jumpa", ujar Sarah dengan teruja.

"Izzati mana?", soal Eliya.

"Kejap lagi dia datang. Dia datang dengan someone special". Aten pula bersuara.

Kelihatan Izzati datang beriringan dengan seorang lelaki. Eliya kehairanan. Siapa dia tu?

"Sorry guys aku lambat. By the way, kenalkan ni tunang aku, Hafiz". Muka ceria Izzati jelas menunjukkan lelaki yg bernama Hafiz itu sangat dicintainya.

Eliya tersengeh sambil mengangkat kening. "Bila kau bertunang? Tak bagitahu pun. Auww both of you are so sweet. Loving each other".

Izzati tersipu malu. Hafiz menarik kerusi untuk diduduki oleh Izzati. Sungguh gentleman gaya Hafiz. Untung Izzati dapat bersama orang yg dicintai.

"Dah bagitahulah ni. Bukan apa, nanti kahwin baru aku kecoh satu dunia".

"Izzati dah cop aku jadi pengasuh untuk anak-anak dia. Gelojoh betul nak kahwin dia ni". Aten menggeleng kepala. Izzati menepuk bahu Aten. Malu dengan Hafiz agaknya. Hewhew.

Sarah dengan tidak sabar sudah memesan coffee. Dia memang hantu coffee. Semua jenis coffee dia telan.

Mereka berbual lama. Biasalah sudah lama tak berjumpa. Pasti banyak cerita yg hendak diberitahu.

"Kau macam mana dengan Ziyyad? Okey? Tak sangka dulu dia crush kau, sekarang dah jadi suami". Tanya Izzati dengan bersungguh-sungguh.

Eliya tersenyum kelat. Dia tidak bahagia seperti yg disangkakan. Kahwin dengan crush yg tidak mencintai kita memerlukan kesabaran yg tinggi.

"Entah. Aku tak tahu macam mana nak cerita. Tapi aku still okey je ni. Alhamdulillah".

Pukul 12:30, Eliya sampai ke rumahnya. Ops rumah Ziyyad. Dia bersiap-siap seperti yg disuruh oleh Ziyyad. Dia hanya memakai kemeja putih, seluar jeans biru dan shawl kuning mustard. P/s: Rujukan gambar di atas.

Tepat jam 2, Ziyyad hanya menekan hon kereta apabila dia menunggu Eliya di depan pagar. Eliya tergesa-gesa mengunci pagar dan memasuki perut kereta Ziyyad.

"Kita nak pergi mana? Boleh tak lepas pergi ke tempat awak tu kita pergi supermarket kejap? Saya nak beli barang", Eliya bersuara.

Ziyyad meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan Eliya. Dia malas hendak melayan.

Sampai di depan Zed's Cafe, Ziyyad memarkir keretanya di tempat khas. "This is my cafe. I'm the owner but orang lain yg jaga. From now on, you have to handle this cafe".

Mulut Eliya melopong. Tapi bagus juga memandangkan dia tidak ada pekerjaan pada masa sekarang. Eliya bersetuju dengan tawaran kerja daripada suaminya.

Ziyyad keluar daripada kereta. Dia memanggil Eliya untuk turun bersama. Eliya menurut tanpa bantahan.

Tiga orang pekerja dipanggil oleh Ziyyad. Ziyyad memperkenalkan Eliya kepada mereka.

"Meet my wife, Nur Eliya. Dia akan jadi bos kat sini so you guys kena ikut arahan dia". Eliya terharu kerana Ziyyad memperkenalkan dirinya sebagai isteri. Berbunga rasa di hati.

"Eliya, ni Fattah dan yg ni Jeremy. The only girl is Syamimi". Mereka bertiga menghadiahkan senyuman kepada majikan baru mereka. Eliya membalas senyuman dan bersalam dengan Syamimi.

Ziyyad meminta diri untuk ke supermarket. Eliya sempat melihat Ziyyad bertegur-sapa dengan beberapa orang pelanggan yg memakai uniform sekolah. Mungkin pelajarnya, teka Eliya.

***

Troli ditolak oleh Ziyyad. Mereka memasuki supermarket yg besar itu. Eliya sudah membuat list barang-barang yg hendak dibelinya untuk mengelakkan pembaziran.

Eliya mengambil sebatang carrot dan meletakkannya di hidung Ziyyad. Ziyyad agak terkejut dengan tindakan Eliya.

"Kau buat apa ni?".

"Jadikan awak snow man. Kan hidung diorang carrot", ujar Eliya sambil ketawa. Comelnya Ziyyad!

Ziyyad merampas carrot tersebut dan melemparkannya ke dalam bakul yg asal. Dia mendengus geram. Sempat lagi Eliya mengenakannya.

Eliya takut dengan reaksi muka Ziyyad. Biasanya dia memang buat begitu dengan adik-adiknya. Tapi dia silap. Dia tidak sepatutnya bergurau begitu dengan Ziyyad.

Selepas membuat pembayaran, plastik yg mengisikan barang-barang tadi diangkat oleh Ziyyad. Dia meletakkannya ke dalam bonet kereta. Eliya hilang. Dia menoleh ke kiri dan kanan tetapi Eliya tiada.

"Ke mana pulak budak ni? Menyusahkanlah!", bentak Ziyyad marah.

Tidak lama kemudian kelihatan Eliya berlari anak menuju ke kereta. Di tangannya ada dua kon ais krim. Satu perisa coklat dan satu lagi perisa vanila.

"Kau pergi mana hah?! Kalau kau hilang tadi aku nak cakap apa kat umi dengan mama kau?!".

Eliya takut sengan sikap bengis Ziyyad. Dia menghulurkan ais krim perisa coklat kepada Ziyyad berharap suaminya itu akan tenang. Ziyyad menepis kasar tangan Eliya. Nasib baik ais krim tak jatuh.

Dalam perjalanan mereka hanya diam tidak bercakap. Kedua-dua ais krim dihabiskan oleh Eliya.

"Kau ni macam budak-budak. Sempat lagi pergi beli ais krim. Dah lah makan comot". Suara Ziyyad sudah tidak kedengaran tegang lagi. Eliya segera menyapu tepi bibirnya.

"Bukan kat situ, sinilah". Tangan Ziyyad laju mencapai tisu yg memang sudah ada di keretanya dan mengelap kesan ais krim di pipi Eliya. Walaupun sudah cliche babak sebegini, Eliya tetap berdebar dengan tingkah-laku Ziyyad.

Seperti memahami apa yg dirasakan oleh Eliya, Ziyyad melempar tisu tadi ke arah Eliya. "Lap sendiri".

Ziyyad memasuki rumah bersama plastik-plastik di tangan. Eliya tersengeh di dalam kereta seorang diri. Dia tahu Ziyyad sebenarnya sudah terbuka hati sedikit. Sedikit pun jadilah. Hahaha.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now