Bab 8

38K 1.7K 179
                                    

Mereka sampai di KL pukul 7 malam. Ziyyad memarkir kereta di garaj. Rumah Ziyyad agak besar tetapi hanya 1 tingkat. Luar kawasan rumahnya bersih. Rumput tumbuh subur menghijaukan lantai tanah.

Eliya mengeluarkan beg-beg daripada bonet kereta. Tak ketinggalan juga koleksi kasutnya. Ziyyad mengangkat beg miliknya sahaja. Dia membiarkan Eliya mengangkat beg milik isterinya itu sendiri.

Kunci dimasukkan ke tombol pintu. Dengan bismillah, Ziyyad memulakan dengan langkah kanan memasuki rumah. Lampu dipasang menerangi rumah banglo Ziyyad.

Eliya dapat melihat dengan jelas rumah Ziyyad yg kemas dan teratur. Rumah Ziyyad berkonsepkan hipster. Lantai kayu, cat dinding putih serta kebanyakan perabot kayu berwarna putih dan hitam. Gambar-gambar lukisan dan quote digantung di setiap dinding.

"Bilik kau kat hujung sana. Aku dah kemas hari tu. Nanti kau kemaslah yg mana patut. Sabun dah ada kat bilik mandi tapi syampu dengan berus gigi tak ada lagi. Esok kau pergi beli. Aku dah letak duit belanja atas meja", kata Ziyyad sambil menuding jari ke arah bilik yg dimaksudkan.

Eliya hanya mengangguk. Nasib baik dia sudah membawa peralatan mandinya sendiri. Kalau tak, memang tak berus gigi lah jawabnya!

Langkah diatur menuju ke bilik. Dengan sekali pulas, pintu bilik Eliya sudah terbuka. Ada katil kayu berwarna putih, meja study dan rak buku yg kosong. Ya, bilik itu memang kosong. Cadar bercorak petak-petak hitam elok terpasang di tilam.

Punggung Eliya dihenyek di atas katil. Dia memerhati segenap ruang. Matanya tertancap pada duit di atas meja study. 'RM800? Hm boleh tahan banyak. Shopping!'.

Malam itu Eliya sibuk mengemas bilik tidurnya. Bilik yg kosong itu sudah dipenuhi dengan barang-barang milik Eliya. Selepas berpuas hati, Eliya mencapai tuala di dalam begnya. Dia ingin membersihkan badan sebelum menelefon mamanya.

Baju lengan panjang disarung ke badan. Seluar tidur corak polka dot disarung ke kaki pula. Eliya nampak comel memakai gabungan warna merah jambu dan biru.

Telefon bimbit dicapai. Nama mama dicari dalam contact. Kedengaran suara Puan Hasmah di hujung talian.

"Assalamualaikum anak mama. Anak mama sihat? Mama rindu kakak sangat-sangat tau. Am dengan Syad pun sama".

"Waalaikumussalam mama. Alhamdulillah, kakak sihat je tapi badan rasa letih. Biasalah perjalanan jauh. Alolo tahu pun rindu kakak. Nanti kakak balik ye". Eliya cuba mengawal suaranya yg mula serak. Kali terakhir dia berjauhan dengan Puan Hasmah semasa dia menuntut di universiti.

"Balik jangan tak balik. Kakak dah makan ke? Pergilah masak. Masak untuk Ziyyad sekali. Kakak kan pandai masak, mesti dia suka", ujar Puan Hasmah.

Kalaulah Puan Hasmah tahu tentang permintaan Ziyyad, sudah pasti Puan Hasmah tidak akan berkata demikian.

"Belum lagi ma. Tak apalah, kakak nak pergi tengok barang apa yg ada kat dapur tu. Kirim salam dekat adik-adik. Assalamualaikum". Belum sempat Eliya menutup talian, terdengar adik-adiknya menjerit 'Nak anak saudara' dengan serentak. Ish budak-budak ni, nasib baik jauh. Kalau tak memang kena geletek.

Tudung hitam disarung di kepala. Permintaan Ziyyad sentiasa berlegar di fikiran Eliya. Semasa dia hendak ke dapur, terdengar suara Ziyyad seperti sedang bercakap. Mungkin sedang call uminya.

"Dina nak keluar makan kat mana malam ni? Kita pergi restoran Jepun nak? I dah lama tak makan sushi", rengek Ziyyad manja.

Dina? Who is she? His girlfriend? Eliya terus berteka-teki. Telinganya ditekap pada pintu supaya dia dapat dengar dengan lebih jelas.

"Okey baby. I nak mandi lepas tu solat Isyak baru I bertolak ke sana. Pakai cantik-cantik tau. Tapi you always pretty to me".

Zapp! Bagai dihiris pisau, sakit hati Eliya tidak dapat ditahan. Sampai hati Ziyyad curang dengannya. Dia sudah menjadi isteri Ziyyad tetapi Ziyyad tetap mencari orang lain untuk dijadikan teman. Air mata mula menitis.

Tidak semena-mena Eliya jatuh terduduk di depan pintu bilik Ziyyad. Tangisnya semakin kuat sehingga terhenjut-henjut bahu.

Be strong Liya and don't give up. Bagaikan memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri, Eliya bingkas bangun sebelum Ziyyad perasan dengan kehadirannya.

Dia menuju ke dapur. Gelas diambil daripada rak dan dituang air masak. Selepas berasa sedikit tenang, Eliya membuka peti sejuk. Tidak banyak barang di dalamnya. Udang dikeluarkan. Dia bercadang untuk menggoreng udang sahaja kerana bahan-bahan juga tidak mencukupi.

Beberapa bahan diambil. Kunyit, garam dan bawang putih ditumbuk di dalam lesung. Kuali dipanaskan di atas dapur dan dia meletakkan udang yg sudah ditos ke dalam kuali. Selepas udang masak bersama kunyit tadi, bawang besar dan cili dimasukkan. Nasi juga tidak lupa ditanak.

Bau udang goreng merebak hingga ke luar. Perut Ziyyad berkeroncong. Bau udang itu menambat seleranya. Namun, dia sudah berjanji tidak akan makan masakan Eliya.

Bunyi pintu ditutup menarik perhatian Eliya. Ziyyad sudah pergi, pergi ke pangkuan Dina yg entah siapa itu. Eliya menahan sebak di dada.

Nasi dihabiskan dan dia mencuci pinggan. 'Milo tak ada, teh pun tak ada'. Eliya mencari sesuatu untuk dibuat air. Dia menjumpai beberapa paket Nescafe Caramel Latte di dalam bakul berdekatan dengan peti ais. Satu paket diambil. Dia mula membancuh air.

Televisyen dihidupkan. Eliya duduk di atas sofa milik Ziyyad. Mug berisi Nescafe panas itu dibiarkan di atas meja kopi. Tangannya ligat menukar siaran Korea.

Eliya mula teruja melihat Song Joong Ki. Drama Descendant of the Sun membuatkan mood Eliya kembali ceria. Muka putih bersih Song Joong Ki ditatap penuh cinta. Eh? Hahaha. Lupakan Ziyyad buat sementara waktu. Itu lebih baik.

***

Setibanya Ziyyad di restoran Jepun, kelibat Dina masih belum kelihatan. Dia mendail nombor Dina.

Dina terkocoh-kocoh memasuki restoran tersebut dan tersenyum apabila melihat sang jejaka yg dicintainya. Dia menghampiri Ziyyad.

"Hai Ziyyad. I kat belakang you ni", Dina tergelak kecil.

"Hai Dina! Sorry, I didn't notice you. You look so georgous tonight". Puji Ziyyad ikhlas.

Kembang-kempis hidung Dina menerima pujian Ziyyad. Buruk bebenor kalau dilihat betul-betul.

Meja paling hujung dipilih. Waiter mengambil pesanan. Melihat waiter lelaki itu mengingatkan Ziyyad kepada Eliya. Tengah buat apa ye dia sekarang?

"Jauh you mengelamun. Ingat kat bini ke?", perli Dina. Ada nada cemburu di situ. Layak ke dia cemburu? Not at all!

"Mana ada. You kan dah ada kat depan mata I sekarang. Buat apa I cari dia? Lebih baik layan you".

Tipulah kalau dia tak risaukan keselamatan Eliya. Rasa menyesal pula meninggalkan Eliya berseorangan. Dia berharap Eliya dalam keadaan selamat.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now