Bab 7

39.8K 1.7K 73
                                    

Dengan sekali lafaz, Eliya sah menjadi isteri Ziyyad Mazrul. Air matanya mengalir menuruni pipi. Dia masih tidak percaya. Betullah orang kata, kalau dah jodoh pasti bersama.

Ziyyad menyarung cincin ke jari Eliya. Eliya juga melakukan benda yg sama. Dia bersalam dengan suaminya. Ziyyad seperti teragak-agak untuk mencium dahi Eliya.

"Pengantin lelaki tolong cium dahi pengantin perempuan. I nak tangkap gambar ni. Jangan lengahkan masa ye", tegur Anis. Dia sudah bersedia dengan kamera di tangan.

Dengan satu keluhan berat, akhirnya bibir Ziyyad singgah di dahi Eliya. Eliya memejam mata. Indahnya rasa ini. Lama bibir Ziyyad di situ.

"Okey done. Cantik!", puji seorang lagi photographer yg tak bertauliah. Eliya memandang ke arah Aten dan menganggukkan kepalanya.

"Gedik".

Eliya menoleh ke arah Ziyyad dengan mata membulat. 'Dia kata aku gedik?'.

***

Malam ini ialah malam pertama Ziyyad dan Eliya tidur sebilik. Eliya menanti dengan penuh debaran. Eliya cuba untuk bertenang.

Usai solat Isyak, Eliya masih lagi bertelekung. Dia menunggu kehadiran suaminya. Pintu bilik dikuak. Terjengul kepala Ziyyad. Dia menutup pintu bilik dan duduk di atas katil.

"Aku ada benda nak cakap sikit. Kau jangan buang lagi telekung tu", arah Ziyyad.

"Kenapa? Cakap je lah". Hairan dengan permintaan Ziyyad, Eliya tetap menurut.

"Kau kena pakai tudung walaupun duduk dengan aku. Pakai je tudung biasa pun asalkan tutup rambut kau. Nanti rumah aku kat KL tu kau duduk bilik lain. Tak sebilik dengan aku. One more thing, kau masak untuk diri kau je. Aku boleh makan kat luar", tutur Ziyyad dengan lancar seperti sudah disusun cantik-cantik ayat itu di dalam kepalanya.

Ternganga Eliya mendengar permintaan suaminya yg sah. Ulang lagi sekali, yg sah! Kenapa Ziyyad sanggup buat dia macam ni?

Eliya menahan daripada mengeluarkan air mata. Terasa diri dia terlalu hina di mata Ziyyad.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Benci sangat ke awak kat saya? Saya dah jadi isteri awak tau Encik Ziyyad. Pakai tudung? Huh nonsense!".

"Ikut je lah apa yg aku suruh. Bukannya susah pun en? Aku buat macam ni sebab aku tak biasa. Nampak tak langsir tu? Tu tempat tidur kau. Aku dah pasang siap-siap langsir supaya kau boleh do everything that you want there. Kau boleh bukak tudung tapi kat sana okey".

Hina sungguh rasa diri Eliya. Dia bingkas bangun dan melipat sejadah. Dia terus memasuki 'kawasan' yg sudah ditetapkan oleh Ziyyad. Air matanya tumpah jua. Dia tidak dapat menahan lagi rasa sakit di hati yg membengkak sejak dari awal bicara Ziyyad.

Esakan Eliya tidak dihiraukan oleh Ziyyad. Dia sudah menurut permintaan uminya tetapi dia tetap tidak mahu melayan Eliya dengan baik.

Lama-kelamaan tangisan Eliya sudah tidak kedengaran. 'Mesti dia dah tidur. Letih menangis lah tu', bicara Ziyyad di dalam hati.

Lampu tidur di atas meja kecil di sebelah katil dipadam. Matanya ditutup menandakan dia sudah bersedia untuk tidur.

Bunyi dengkuran Ziyyad melegakan hati Eliya. Eliya bangun dan menyelak langsir yg menjadi sempadan 'kawasan'. Eliya memasang lampu tidur di atas meja. Jelas kelihatan muka Ziyyad yg polos. Sungguh kacak. Eliya mengusap lembut pipi Ziyyad. Dia tidak mahu Ziyyad tersedar.

Eliya memasuki tandas. Dia mencuci muka dan memberus gigi. Lama dia merenung wajahnya di cermin. "Sabar Eliya, tak lama lagi mesti dia jatuh cinta dekat kau. Kau kena sabar dan kuat".

***

"Kami gerak dulu ye umi. Takut tak sempat sampai pulak". Cikgu Shida mengangguk dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan anak lelakinya itu.

Genap sudah seminggu mereka menjadi suami isteri. Ziyyad terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana dia mengajar di salah sebuah sekolah di sana.

Eliya yg berat untuk meninggalkan mamanya terpaksa mengikut Ziyyad ke Kuala Lumpur. Ziyyad menyuruh dia berhenti kerja di syarikat penerbitan buku tersebut. Dia terpaksa akur kerana dia sudah menjadi isteri orang sekarang. Ke mana Ziyyad berada, dia perlu ada di sisi.

"Ziyyad jaga Liya baik-baik. Umi percayakan Ziyyad. Nanti cuti baliklah ke Pahang. Umi sentiasa menunggu kedatangan anak-anak umi". Kepala Eliya diusap manja. Eliya mencium pipi cikgu Shida sebelum masuk ke dalam kereta.

Doa naik kenderaan dibaca dan kereta Ziyyad meluncur laju meninggalkan rumah cikgu Shida. Ziyyad fokus memandu. Dia tidak menghiraukan Eliya di tepi.

Eliya mula berasa bosan. Dia membuka radio. Lagu Lay Back nyanyian K.Will berkumandang. Eliya turut menyanyi bersama. Peduli apa dia dengan Ziyyad yg sombong tu.

Tangan Ziyyad menutup radio. Jelas dia tidak suka dengan tindakan Eliya. Menganggu dia memandu saja.

"Kau tu kalau suara sedap tak apa jugak nak nyanyi. Ni macam apa entah. Baik kau tidur. Shh, diam dan tidur".

Membahang muka Eliya apabila ditegur begitu. Eliya meminta maaf. Matanya dipejam rapat berharap dia akan terlelap.

Selepas 2 jam perjalanan, Ziyyad mengambil keputusan untuk berhenti makan. Dia mengambil kunci kereta dan mencucuk bahu Eliya.

Eliya terpisat-pisat bangun. Matanya digosok beberapa kali. Dia sempat mengelap di tepi bibir takut-takut air liur basi terkeluar.

"Kita kat mana ni?", soal Eliya yg masih mamai.

"Kat kedai makan. Aku lapar". Ziyyad keluar dari perut keretanya. Eliya membuntuti langkah Ziyyad hingga ke meja.

Makanan dipesan apabila waiter tiba bersama sehelai kertas dan pen. Waiter lelaki itu sempat mengenyitkan mata kepada Eliya. Ziyyad hanya mendengus melihat sikap gatal lelaki itu. Jealous? No and never!

"Best ke makanan kat sini?".

"Manalah aku tahu. Ni first time aku datang sini. Boleh pulak tanya soalan bodoh macam tu".

"Oh. Saya tanya je. I'm sorry". Eliya menundukkan kepalanya. Telefon bimbit yg berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Tergelak Eliya membuka mesej Amsyar yg disertakan gambar Arsyad. Amsyar sudah pulang ke Malaysia 5 hari sebelum pernikahannya berlangsung. Sekali tengok, adiknya tak ubah seperti Park Chanyeol. Gaya Amsyar sudah bertukar sepenuhnya menjadi ala-ala artis K-Pop.

From: Lovely Brother Am

Already miss you dear sister. Tengok gambar Syad tidur ni. Kelakar kan? Buruk betul!

To: Lovely Brother Am

Miss you more little brother. Eee buruknya! Nanti akak buat profile picture whatsapp akak hahaha

Laju tangannya menukar gambar Arsyad. Adik-adiknya tak pernah berhenti membuat dia ketawa.

Ziyyad memerhati tingkah-laku Eliya. 'Minah ni ada boyfriend ke? Tersengeh je tengok phone tu'. Ziyyad berdehem untuk menyentakkan Eliya.

Telefon bimbit disimpan semula. Makanan yg dipesan sudah sampai ke meja. Eliya makan dengan penuh berselera. Ziyyad asyik memerhati Eliya. Walaupun cuma berselendang biasa, Eliya nampak menarik. P/s: Sila rujuk gambar di atas hewhew. Mungkin sebab itu waiter tadi cuba mengurat Eliya.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now