Bab 13

38.4K 1.8K 92
                                    

Jarum jam menunjukkan pukul 6:15 petang. Syamimi dan Fattah mengemas kafe sebelum ditutup. Jeremy mengambil cuti seminggu kerana ada masalah keluarga. Ziyyad memberi peluang kepada Jeremy untuk menyelesaikan masalahnya.

Selepas menutup kafe, Ziyyad masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan penghawa dingin. Eliya yg berlari anak menuju ke kereta bersama ais krim di tangan tersenyum gembira.

Eliya mengeluarkan Iphone 5s dari handbag. Terus ditangkap gambar ais krim untuk dimuat naik ke akaun Instagram. Dia melihat di sebelah Ziyyad sedang menutup matanya dan tangan kiri diletakkan di atas dahi. 'Okey tangkap gambar dia senyap-senyap', ujar Eliya dalam hati.

Bahu Ziyyad digoncang oleh Eliya. Ziyyad yg tersedar terus menggosok matanya dan menggaru hidung. Dia memandu untuk pulang ke rumah.

"Malam ni ada majlis kat rumah kawan aku. Ingat tak? Lepas solat Isyak kita pergi. Kau jangan nak melengahkan masa dengan make up bagai".

"Iye, saya tak lupa ingatan lagi lah. Don't worry mr hubby, awak beruntung dapat isteri macam saya. Tak suka sangat make up ni", kata Eliya sambil menjilat ais krim yg mula mencair.

Ziyyad mengakui Eliya tidak seperti Dina yg make up tebal nak mampus. Hahaha. Eliya lebih simple jika hendak dibandingkan dengan Dina. Namun Eliya tetap cantik. Natural beauty lah katakan.

Sampai sahaja di rumah, azan Maghrib berkumandang dari surau berdekatan dengan rumah mereka. Ziyyad bersiap-siap hendak ke surau.

***

"Cepatlah! Kita dah lambat ni", laung Ziyyad dari dalam kereta. Dia mengenakan baju Polo biru laut dan seluar jeans hitam. Memang Ziyyad sentiasa kacak dan segak.

Satu mesej masuk. Ziyyad membalas mesej Dina yg sudah tidak sabar hendak bertemu dengannya.

From: Medina Azreen 💕

You kat mana baby? I still tak nampak you. Puas I cari tau.

To: Medina Azreen 💕

I kat rumah lagi ni. Eliya tu lama sangat bersiap.

Sedang ralit Ziyyad bermesej, Eliya masuk ke dalam perut kereta. Tanpa melihat ke arah Eliya, Ziyyad terus memecut kereta ke rumah Haiman. Dia hendak sampai secepat mungkin.

Eliya yg takut dengan cara Ziyyad memandu mengucap panjang. "Astaraghfirullahalazim. Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini dari sebarang perkara yg tidak diingini. Aminn", sempat Eliya berdoa dan meraup mukanya. Sebelah tangannya memegang dashboard kereta dan sebelah lagi memegang cermin kereta. Angin laju menyapa pipi Eliya.

15 minit kemudian, Ziyyad memarkir keretanya di depan rumah Haiman. Dia terus keluar dari kereta.

"Eh dia ni buta ke macam mana? Tak nampak aku ke?". Eliya geram dengan sikap Ziyyad tapi dia hanya mampu bersabar.

Ziyyad menghampiri Dina yg sedang bercakap dengan rakan-rakannya. Haiman yg perasan dengan kehadiran Ziyyad terus bertanya tentang isterinya.

"Mana bini kau weh? Nak tengok alaa", Haiman merengek manja. Dina menjuihkan bibir. Apa yg istimewa sangat tentang Eliya pun dia tidak tahu.

Eliya berjalan masuk. Dari pintu pagar dia sudah nampak Ziyyad sedang bergelak-ketawa dengan kekasih hati untill Jannah dia tu. Huh, dasar gatal!

"Tu ke bini kau? Wow, baju warna sama bro. Sweet ar korang", Haiman mengenyitkan mata ke arah Ziyyad. Ziyyad membulatkan matanya. Baju warna sama?

Ya, Eliya memakai gaun biru laut dan kepalanya dibalut dengan shawl kelabu. Ada beberapa pasang mata lelaki mula melihat ke arah Eliya. Eliya hanya berjalan menunduk ke meja panjang yg dipenuhi makanan.

Haiman menepuk bahu Ziyyad sebelum berjalan mendekati Eliya. Dia tersenyum manis. Eliya terpana melihat senyuman Haiman. 'Ya Allah, handsome!', jerit Eliya dalam hati.

"You ambiklah makanan banyak mana pun. I teman you makan okey? You look so beautiful tonight, Eliya", puji Haiman ikhlas. Macam mana Ziyyad tak nampak kecantikan Eliya? Kalau dia dapat Eliya memang dia lah lelaki yg paling beruntung dalam dunia.

"I nak makan sikit je. Tadi dah makan kat rumah. Thank you. You look handsome too". Haiman mengkuti langkah Eliya ke meja.

Gelak tawa Haiman menarik perhatian Ziyyad. Matanya mencerlung melihat ke arah isterinya. Eliya nampak bersungguh-sungguh bercerita. Mulutnya tidak duduk diam. 'Aku cemburu ke? Takkan lah'.

Eliya bangun untuk ke tandas. Dia masuk ke dalam rumah Haiman melalui pintu dapur. Semasa dia hendak pergi ke mejanya semula, Dina menghalang laluan. Tangannya didepa agar Eliya tidak dapat pergi.

"You kenapa pakai baju sama warna dengan Ziyyad? Ingat sweet? You tahu kan Ziyyad cintakan I sampai bila-bila. Sedarlah diri tu sikit. You tu cuma perempuan murahan", bidas Dina dengan senyuman sinis. Dia menolak bahu Eliya menyebabkan Eliya terdorong beberapa langkah ke belakang.

"Suka hati I lah nak pakaj baju apa pun. You yakin ke Ziyyad cintakan you sampai bila-bila? Jangan nak perasan sangatlah. One more, jangan sedap mulut duk mengata orang ye", Eliya membalas kata-kata Dina.

Dina mengetap rahang. Dia menolak sekali lagi Eliya sehingga jatuh terhantuk batu yg berada di situ. Dia terus menjerit seperti orang gila kerana geram dengan kata-kata Eliya sebentar tadi.

Haiman dan Ziyyad yg terdengar jeritan Dina segera ke tempat kejadian. Ziyyad cuba menenangkan Dina. Eliya pula menyembunyikan kepalanya yg sudah mula berdarah. Dia menahan sakit akibat denyutan di kepalanya.

"Kau ni dah kenapa Eliya? Tak boleh ke kau respect dia? Dia ada buat salah kat kau ke? Ayah kau tak ajar ke cara nak hormat orang?!", tengking Ziyyad.

Haiman cuba membantu Eliya bangun tetapi ditolak oleh Eliya kerana segan. Orang ramai mula mengerumuni mereka. Eliya bangun dengan terhuyung-hayang. Ayat yg keluar dari mulut Ziyyad tadi betul-betul menyakitkan hatinya.

"Aku nak respect dia? Memang tak ar! Dia cari pasal dulu. Kau jangan berani sebut tentang papa aku kalau kau tak tahu apa-apa tentang dia! Papa aku dah tak ada! Berani kau kutuk dia! Aku benci kau Ziyyad Mazrul!", jerit Eliya sekuat hati dengan air mata deras mengalir. Dia menahan sakit kepalanya.

Eliya berlari ke luar rumah. Berlari sejauh mungkin. Dia tidak mahu lagi melihat Ziyyad. Air matanya tidak berhenti mengalir dari tubir mata. Nombor Izzati didail. Kebetulan rumah Izzati memang berdekatan sini.

"Izzati, tolong datang ambik aku. Aku kat taman yg dekat dengan area rumah kau tu. Please", rayu Eliya dengan tangisan yg masih bersisa.

Tidak lama kemudian Izzati keluar dari kereta memeluk Eliya. Dia memapah Eliya. Eliya sudah letih menangis. Darah sudah membasahi shawl yg dipakainya.

Destinasi Izzati ialah klinik. Dia perlu segera mendapatkan rawatan untuk Eliya. Eliya terkulai layu di sisi Izzati. "Thanks sebab kau sudi tolong aku".

"Kau kan kawan aku. Mestilah aku tolong. Kau tahan sikit ye. Dah nak sampai ni. Nanti kau cerita masalah kau dekat aku. Aku sedia mendengar". Kotak tisu dihulurkan kepada Eliya. Eliya mengelap darah yg masih mengalir di kepalanya.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now