Bab 22

38.7K 1.6K 64
                                    

"Aku berbuka kat rumah hari ni. Aku nak makan tomyam", arah Ziyyad setelah dia sampai ke rumah. Selepas balik dari sekolah, dia menemani Dina ke mall. Terasa lenguh seluruh badan kerana dia terpaksa membawa beg-beg Dina dan menghabiskan masa di sana selama 3 jam.

Eliya yg perasan Ziyyad keletihan cuba menghampiri suaminya yg sedang duduk di sofa. Stokin Ziyyad ditanggalkan. 'Gila busuk kaki dia ni! Harap muka je handsome. Lain kali aku tak nak buat macam ni dah. Sumpah!'. Dia menahan nafas.

Tali leher Ziyyad pula dilonggarkan. Ziyyad yg masih memejamkan matanya membiarkan tindakan Eliya. Dia betul-betul penat. Semasa Eliya hendak mengurut kakinya, Ziyyad mencapai tangan Eliya.

"Kau pergi masak. Malam ni baru urut aku. Aku nak tepat pukul 7:15 petang makanan dah ada".

Eliya terkocoh-kocoh ke dapur. Dia mengeluarkan bahan yg diperlukan. Stokin Ziyyad sudah dilemparkan ke dalam tong sampah. Eh, tong sampah?! Eliya kembali semula ke tong sampah untuk mengambil stokin Ziyyad tetapi Ziyyad sudah tercegat dengan tangan bersilang di dada.

"Asal kau buang stokin aku? Kau ni memang nak kena". Ziyyad mengacah hendak menumbuk Eliya. Pantas Eliya mengangkat penumbuknya juga ala-ala ahli gusti.

"Kau nak lawan aku ye? Meh lah. Ingat aku takut?".

Eliya pantang dicabar okey. Terus dia menyepak peha Ziyyad. Ziyyad mengaduh kesakitan. Dia memegang pehanya yg terasa pedih.

"Abang! Sayang minta maaf. Abang cabar sayang kan? Sayang buatlah betul-betul". Mata Eliya membulat. Dia tidak menyangka sepakannya membuatkan Ziyyad sakit.

Ziyyad berjalan ke bilik sambil memegang pehanya. Dia menghalang Eliya daripada mengikutnya ke bilik. Eliya ni menyeramkan sebenarnya.

Terkedu Eliya di dapur. Dia tergelak sendiri selepas Ziyyad menghempaskan pintunya dan gedebuk! Pintu bilik Ziyyad kembali dibuka. "Aku tak jatuh!", laung Ziyyad. Eliya ketawa terbahak-bahak.

"Tak jatuh konon. Padan muka. Tu balasan sebab date dengan Dina". Pantas Eliya menyiapkan tomyam dan lauk-lauk yg lain.

Seperti yg diminta oleh Ziyyad, makanan sudah siap terhidang di atas meja tepat pukul 7:15 petang. 'Bagus, cekap dan pantas', puji Ziyyad di dalam hati.

Eliya membancuh air teh di dalam jag. Dia memasukkan ais di dalam gelas lalu dituangnya air teh dan diberikan kepada Ziyyad.

Setelah azan Maghrib berkumandang, Ziyyad menadah tangan untuk membaca doa. Eliya turut menadah tangan. Matanya tidak lari dari melihat muka Ziyyad yg comel ketika membaca doa.

Ziyyad makan dengan penuh berselera. Masakan Eliya yg sedap memang tidak boleh dinafikan. Dia hendak menambah lagi selepas menghabiskan sepinggan nasi.

"Betul ke abang nak tambah? Nanti nak solat terawih lagi", tanya Eliya untuk meminta kepastian.

"Tak apalah. Lepas solat terawih aku nak sambung makan. Aku solat Maghrib dulu. Thanks for this delicious food". Ziyyad bangun dari kerusinya menuju ke sinki. Dia merasakan tangan Eliya melingkar di pinggangnya.

"Sama-sama abang. Esok sayang masak lagi sedap okey?". Eliya meleraikan pelukannya. Dia sempat mencium pipi Ziyyad sebelum Ziyyad ke bilik.

Eliya menyanyi kecil semasa membasuh pinggan mangkuk. Nasib baik Ziyyad boleh menerima masakannya. Sejak dari kecil, Eliya memang selalu mengambil tugas mamanya untuk memasak. Dia tahu mamanya letih kerana sibuk menjahit. Puan Hasmah memang mengambil upah menjahit baju.

Usai dia mengemas dapur, telefon bimbit diambil dari dalam bilik. Dia ingin bertanya khabar mamanya.

"Assalamualaikum mama. Mama tak pergi masjid ke?", soal Eliya sebaik sahaja Puan Hasmah menjawab panggilan.

"Waalaikumussalam. Mama pergi nanti solat Isyak. Kakak dah solat?".

"Oh, macam tu. Kakak tak boleh lah. Tengah cuti sekarang. Am dengan Syad tengah buat apa?".

"Diorang tengah mengaji. Eh, dah siap rasanya tu. Kakak nak cakap dengan diorang ke?".

"Boleh je", balas Eliya pendek. Puan Hasmah memberikan telefonnya kepada Amsyar. Amsyar menekan loud speaker. Dia dengan Arsyad sudah bersiap sedia untuk mengenakan Eliya.

"Hai kakak yg cantik! Perut dah ada isi ke?". Bunyi ketawa Amsyar dan Arsyad di hujung talian membuat Eliya geram.

"Ada! Lemak-lemak tepu. Korang nak ke? Akak nak dermakan ni".

"Hahaha. Mana ada orang derma lemak. Teruklah kakak ni. Mama, kakak nak derma lemak!". Bunyi ketawa adik-adiknya sedikit sebanyak membuatkan rindunya semakin membuak-buak.

"Tak payahlah cakap kat mama. Dah lah, malas akak nak layan korang. Bye jejaka-jejaka kampung". Eliya terus menutup talian.

"Kau cakap dengan siapa?". Suara garau Ziyyad mengejutkan Eliya.

"Mama, Am dengan Syad. Abang nak pergi masjid dah?".

"Hm. Stokin aku tu kau buang je. Aku dah tak nak pakai". Ziyyad menjeling tajam ke arah Eliya. Eliya tergelak kecil.

"Sayang pun tak nak pegang dah stokin abang. Busuk sangat. Eee geli", muka geli-geleman ditayangkan. Ziyyad mendengus geram.

"Suka hati kau lah. Macamlah kaki kau tu wangi sangat. Bau petai". Terus Ziyyad keluar rumah tanpa menoleh ke arah Eliya.

Eliya menepuk dahinya. Kelakar jugak Ziyyad kadang-kadang. Dia menatap gambar perkahwinan mereka yg digantung di dinding berdekatan televisyen. Muka Ziyyad masam mencuka kot. Muka Eliya je excited kemain.

***

Keesokan paginya Ziyyad ke sekolah seperti biasa. Sudah seminggu umat Islam berpuasa. Eliya juga sudah boleh berpuasa bersama suaminya.

Zed's Cafe dibuka pada pukul 8 pagi. Eliya sudah bersedia menerima pelanggan. Kebanyakan pelanggan Cina yg datang ke kafe. Ikhmal dan Syamimi datang bersama pada pagi itu.

"Wah, dah pandai datang sekali ye", usik Fattah yg sedang menyiapkan hidangan.

"Mestilah. Tak lama lagi kitorang dah nak bertunang meh", balas Ikhmal dengan senyuman penuh lebar. Syamimi pula menunduk malu.

"Betul ke? Jangan lupa ajak akak okey. Tak sabarnya nak tengok korang kahwin", ujar Eliya dengan gembira.

Ikhmal mengangguk laju. Mereka tergelak dengan aksi Ikhmal. Fattah menepuk bahu Ikhmal sambil mengucapkan tahniah.

"Awak tak ada makwe ke Fattah?", soal Eliya tiba-tiba.

"Saya? Tak ada lagi kak. Saya suka perempuan yg gangster sikit. Tak kisahlah dia tua daripada saya pun".

Nama Ain terlintas di fikiran Eliya. Eliya tersengeh nakal. "Akak ada tau kawan yg gangster. Fattah nak kenal tak?".

"Yeke kak? Saya on je". Fattah tersenyum malu. Dia meneruskan kerjanya.

Eliya mendail nombor Ain. "Weh Ain, kau boleh datang kafe aku tak? Aku nak kenalkan kau dengan someone".

"Okey cun. Aku tunggu kau". Eliya mematikan talian.

Tidak lama selepas itu, Ain tiba di kafe Ziyyad. Dia hanya memakai t-shirt lengan panjang, seluar trek dan tudung bawal crepe. Simple dan santai.

Fattah ingin mengambil pesanan tetapi ditolak oleh Ain. "Saya puasa lah awak. Saya datang sini sebab Eliya cakap dia nak kenalkan saya dengan seseorang", ujar Ain.

"Dan orang itu dia ni lah. Fattah, awak kenal-kenal dulu dengan Ain. Biar akak ambil pesanan okey". Buku nota dan pen dirampas dari tangan Fattah.

Fattah duduk di depan Ain. Mula-mula mereka berasa agak kekok tetapi Ain pandai melawak. Mereka sudah selesa setelah beberapa minit berbual. Ain menghampiri Eliya sebelum dia pulang.

"Thanks bro. Aku puas hati dengan budak tu. Kau tunggu esok lusa sampai kad kahwin kat tangan kau. Cau dulu!".

Eliya ketawa dan mengangguk kepalanya. Dia menghantar Ain hingga ke pintu kereta. Ain sempat mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta semata-mata untuk memberikan flying kiss kepada Fattah. Gangster tapi gedik!

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now