Bab 3

42.5K 1.9K 128
                                    

Ziyyad menghampiri meja cikgu Shida. Dia bersalam dan duduk di sebelahnya. Cikgu Shida mengusap pipi anak tunggalnya itu. Ziyyad Mazrul ialah madu dan racun dalam kehidupan cikgu Shida. Susah dan senang Ziyyad sentiasa mendampingi dirinya. Ziyyad ialah seorang anak yg baik.

Hubungan cikgu Shida dan suaminya agak renggang kerana suaminya berhasrat untuk berkahwin lagi. Dia tidak dapat menerima dirinya perlu berkongsi suami dengan wanita lain. Dia sayangkan Encik Khairi tetapi dia tidak menyangka suaminya akan berlaku curang.

Ziyyad menggenggam tangan uminya. Dia tahu umi perlukan kekuatan. Walaupun umi tidak menunjukkan kesedihan di depannya, dia tahu betapa terseksa umi menanggung perit.

"Anak umi dah makan?", soal cikgu Shida. Ziyyad menggeleng. Cikgu Shida mengeluarkan RM10 daripada beg tangan. Wang itu dihulurkan kepada Ziyyad.

"Tak apa umi, duit Ziyyad ada lagi yg semalam. Nanti Ziyyad beli makanan. Umi nak air tak?".

"Umi dah minum tadi. Pergi masuk kelas. Umi tak nak anak umi ponteng. Lagipun kamu dah nak SPM tak lama lagi", senyuman di bibir cikgu Shida semakin lebar. Dia tidak menyangka anak lelakinya sudah meningkat usia.

Sekali lagi Ziyyad bersalaman dengan uminya. Eliya hanya memerhati dari jauh. 'Inilah lelaki idaman aku, hormat parents'. Eliya tersengeh sendiri.

Cikgu Shida yg ternampak kelibat Eliya memanggil dirinya. Eliya segera ke tempat 'bakal ibu mertua'.

Kertas latihan Addmath dihulurkan kepada Eliya. Cikgu Shida bersiap untuk ke kelas 4 Alfa. Sekarang ialah masanya. Eliya hanya membuntuti langkah cikgu Shida di belakang.

Daniel memberi salam sejurus cikgu Shida memasuki kelas. Cikgu Shida melihat wajah pelajarnya satu per satu. Sebak menyelubungi dadanya. Dia tidak sampai hati hendak menyampaikan berita sedih itu.

"Cikgu nak bagitahu kamu semua sesuatu dan cikgu harap kamu semua terima", air mata mula bertakung. Cikgu Shida sangat rapat dengan pelajar-pelajar 4 Alfa. Banyak kenangan yg dilalui sepanjang dia mengajar mereka.

Hati Eliya berdebar. Dia dapat merasakan ada sesuatu yg dapat menggugurkan jantungnya. Eliya memejam mata menunggu kata daripada cikgu Shida.

"Cikgu akan berpindah. Agak jauh dari sini. Cikgu balik ke kampung halaman cikgu, Pahang".

Dush! Bagaikan ditumbuk, Eliya tidak dapat lagi menahan air matanya daripada tumpah. Dia menangis. Air mata laju menuruni pipi. Begitu juga dengan rakan-rakan sekelasnya.

Tania menepuk bahu Eliya menyuruhnya bersabar. Dia tahu perasaan Eliya pada masa sekarang.

Eliya seperti hilang arah. Dia tidak dapat lagi bertemu dengan Ziyyad Mazrul. Dia tidak dapat lagi bermanja dengan cikgu Shida.

Cikgu Shida memeluk pelajar perempuan seorang demi seorang. Apabila tiba giliran Eliya, dia memeluk dengan penuh kasih sayang. Dia sudah menganggap Eliya seperti anaknya sendiri.

***

Satu beg kertas dibimbit oleh Eliya. Hari ini ialah hari terakhir cikgu Shida berada di sekolah ini. Dia mencari cikgu Shida di bilik guru.

Cikgu Shida perasan dengan kehadiran Eliya. Dia tersenyum dan melambai ke arahnya. Eliya turut sama melambai. Dia mendekati meja cikgu Shida.

"Ini je hadiah yg mampu Liya bagi kepada umi. Liya harap umi suka", cikgu Shida sudah biasa dengan panggilan umi. Cikgu Shida mengetahui rahsia Eliya yg menyukai Ziyyad. Dia juga suka dengan Eliya. Eliya sentiasa pandai menambat hatinya.

"Terima kasih sayang. Anak umi belajar rajin-rajin tau. Banggakan mama dan papa Liya", semangat yg diberikan oleh cikgu Shida membuatkan Eliya hampir melepaskan tangisannya.

"Baiklah umi. Liya janji Liya akan banggakan papa,mama dan umi. Umi boleh janji dengan Liya sesuatu?".

"Apa dia sayang? Untuk anak umi ni semua boleh".

"Liya nak umi jaga Ziyyad untuk Liya. Liya nak kahwin dengan Ziyyad. Liya suka sangat dekat dia. Umi janji ye? Jangan bagi Ziyyad kahwin dengan orang lain".

Janji yg diucapkan oleh Eliya membuat cikgu Shida ketawa. Ingatkan nak janji apalah tadi. Cikgu Shida mengangguk dan mencium dahi Eliya. Berat hatinya untuk meninggalkan Eliya.

Dia sangat rapat dengan Eliya. Eliya sentiasa menemaninya ke suatu tempat jika Ziyyad tidak mahu pergi namun dirahsiakan kerana Eliya malu jika Ziyyad mengetahuinya.

***

Berita perpindahan cikgu Shida betul-betul menyedihkan Eliya. Puan Hasmah tahu bahwa Eliya memang rapat dengan cikgu itu.

"Kakak nak pergi rumah cikgu tu ke? Naiklah motosikal yg papa baru beli kat kakak tu", Encik Amran melemparkan kunci ke arah Eliya.

"Wait, papa beli motosikal? Untuk kakak?", soal Eliya teruja. Dia segera melihat ke luar tingkap. Memang betul apa yg dikatakan oleh papanya.

Eliya memeluk Encik Amran. Dia sangat terharu. Sudah lama dia menginginkan motosikal tetapi dia tidak mahu menyusahkan papanya.

Rumah cikgu Shida dipenuhi dengan pelajarnya dan beberapa orang cikgu lain yg datang membantu untuk memunggah barang. Eliya memberi salam dan masuk ke dalam rumah.

Cikgu Shida memeluk Eliya erat seperti tidak mahu dilepaskannya. Ziyyad menjeling ke arah mereka. 'Eh budak traffic light tu lah'. Ziyyad tidak mengendahkan Eliya.

Eliya sempat melihat ke arah Ziyyad. Ziyyad memakai sluar jeans hitam dan baju t-shirt kelabu. Sungguh kacak di mata Eliya. Rambut panjang yg menutup dahi Ziyyad membuatkannya lebih kelihatan seperti artis K-Pop. Tingginya juga mencecah 179cm. Eliya sempat bertanya kepada cikgu Shida pada suatu masa dahulu.

Pukul 7 malam, Eliya memarkir motosikalnya di garaj. Dia memasuki rumah dan melabuhkan punggung di atas sofa empuk. Dia memicit kepalanya yg pening. 'Ziyyad, kita tak akan jumpa lagi'. Air mata yg ditahan kembali menuruni pipi.

Telefon rumah berbunyi. Puan Hasmah hendak menjawabnya tetapi Eliya terlebih dahulu memegang gagang telefon. Eliya diam. Puan Hasmah mula berasa tidak sedap hati.

"Kenapa ni kakak? Cakap dekat mama cepat", Puan Hasmah memaksa Eliya memberitahunya namun hanya air mata deras mengalir. Esakan Eliya semakin kuat.

Eliya jatuh terduduk. Berita yg baru disampaikan betul-betul menyentak tangkai jantungnya. Puan Hasmah yg baru mengetahui berita itu mengucap panjang. Dia seolah-olah hendak pengsan.

Amsyar memegang bahu mamanya. Arsyad pula memeluk Eliya. Air mata Arsyad turut laju menuruni pipi. Dia tidak menyangka akan kehilangan ayah pada usia yg sangat muda.

Kunci motosikal digenggam erat oleh Eliya. Ini adalah hadiah terakhir yg diberikan oleh papanya. 'Kenapa papa buat kakak macam ni? Kakak nak basuh motosikal bersama papa, kakak nak bawa papa jalan-jalan, kakak nak pergi beli ais krim dengan papa tapi papa pergi tinggalkan kami semua. Belum sempat kakak membanggakan papa, papa pergi jauh dan takkan kembali'.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now