Bab 38

36.1K 1.4K 16
                                    

Pukul 7:10 malam kereta Eliya selamat terparkir di halaman rumah. Eliya cuba menahan sakit kepalanya yg semakin menjadi-jadi. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia bermanja dengan Ziyyad.

Barang-barang di dalam bonet kereta diambil. Semua barang adalah milik cikgu Shida. Memang shopping sakan! Eliya menghempaskan badannya di atas sofa. Letih, letih, letih. Kalau boleh dia hendak tidur sekarang juga.

Azan maghrib berkumandang. Cikgu Shida menepuk bahu Eliya yg hampir terlelap. "Liya, solat mahgrib dulu". Eliya mengangguk. Dia ke bilik untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat.

Kelibat Ziyyad tidak kelihatan. Dia mendengus kecil. Hubungan mereka semakin renggang. Pintu bilik dikuak menangkap pendengaran Eliya.

"Eh sayang. Sorry abang tertidur dalam bilik umi tadi. Baru bangun". Rambut Ziyyad kusut. Jelas menunjukkan yg dia baru bangun daripada lena.

Eliya hanya diam. Dia tidak tahu hendak berkata apa. Dia masuk ke tandas tanpa menghiraukan Ziyyad.

'Dingin je bini aku ni', omel Ziyyad di dalam hati. Dia menggaru hidungnya yg tidak gatal. Biarkanlah, mungkin letih selepas seharian keluar bersama uminya.

Mereka solat maghrib berjemaah. Usai solat, Eliya ke dapur untuk memasak. Malam-malam begini biasanya mereka tidak makan makanan berat. Terdetik di hatinya untuk membuat ais krim goreng. Mesti umi suka.

Ziyyad mendekati Eliya. "Sayang buat ais krim goreng ya? Sedapnya! Lama abang tak makan".

"Ha'ah. Mana tau lepas ni abang dah tak dapat merasa".

"Sayang, apa pulak cakap macam tu? Mengarutlah". Ziyyad menelan liur. Memang sah Eliya marah dengan dirinya.

"Yelah. Abang lepas ni mesti asyik lepak dengan bakal madu sayang kan? Maklumlah Ikha tu lagi penting daripada sayang", ujar Eliya tanpa perasaan.

Gulp! Eliya tahu pasal Ikha? Ziyyad tersenyum kelat. "Abang dengan Ikha err...".

Pantas Eliya memotong, "Tak payah jelaskan. Sayang dah tahu. Abang keluar dengan Ikha selama ni kan? Untunglah dapat keluar dengan kekasih hati". Hambik kau! Geramnya. Kalau boleh dia nak lenyek muka Ziyyad biar jadi inti ais krim goreng. Ops, bukan ais krim tapi roti berinti Ziyyad yg digoreng panas-panas.

"Sayang, abang minta maaf. Ikha tak ada kawan kat sini. Abang je yg dia kenal. Tak salah kan abang tolong dia?".

"Tak salah abang cakap? Kalau orang lain nampak macam mana? Husband Eliya keluar dengan perempuan lain. Wow, menarik", sindir Eliya. Sakit hati betul dengan dia ni.

Ziyyad menggaru hidungnya. "Sayang ni cemburu buta lah. Abang kan dah cakap abang tolong dia as friend. Kenapa susah sangat nak faham?".

Ya Allah, tabahkanlah hati hambaMu ini. Eliya diam. Malas mahu bercakap. Ziyyad tidak faham juga dengan situasi yg dihadapinya. Dia meletakkan ais krim goreng ke dalam pinggan dan dibawa ke meja.

Eliya menuju ke bilik cikgu Shida. "Umi, Liya ada buat ais krim goreng. Jom makan sama-sama".

"Mesti sedap kan?", cikgu Shida tersenyum. Dia membuntuti langkah Eliya ke dapur.

Ziyyad sudah lama menjamah ais krim goreng buatan isterinya. Eliya hanya menjeling. 'Pandai pulak makan yg aku buat. Ingatkan dah tak sudi nak merasa sebab kenyang dating dengan Ikha'.

"Esok umi dah nak balik. Anak-anak umi jaga diri ya. Ziyyad, jaga Liya elok-elok. Liya ni tanggungjawab Ziyyad. Jangan buat dia sakit hati", tutur cikgu Shida lembut. Ziyyad hampir tersedak. Baru saja dia sakitkan hati Eliya.

"In shaa Allah, umi. Makanlah". Ziyyad menolak pinggan yg berisi ais krim goreng ke hadapan cikgu Shida. Cikgu Shida menggigit sedikit dan dia memuji Eliya.

"Pandai Liya buat. Patutlah berselera Ziyyad makan".

"Berselera ke? Hm, berselara sangat". Dia memberi jelingan maut kepada suaminya.

***

"Termenung je kak. Ingat kat suami ke?", usik Syamimi yg datang dari belakang Eliya.

Eliya senyum. "Mana ada. Buat apa ingat kat dia? Buang masa".

Syamimi menggeleng kepala. "Mesti gaduh kan? Biasalah tu. Nanti bos okey punya. Kak Liya nak minum apa-apa tak? Saya buatkan".

"Tak nak. Akak pening sikit ni. Mimi tolong ak...". Eliya pantas berlari anak ke tandas. Buekkk! (Bunyi muntah 😅).

Syamimi yg mengikut Eliya mengurut belakang Eliya. "Kak tak apa-apa ke? Pergi klinik jom?".

"Kak okey", balas Eliya lemah.

"Akak pregnant ke? Betul kan saya teka ni?", ujar Syamimi teruja.

"Jangan kuat sangat. Nanti orang dengar". Eliya membasuh mulutnya. Dia mengambil tisu dan mengelap mukanya.

"Tahniah kak! Dah agak dah. Berapa bulan?".

"Baru dua bulan. Jangan bagitahu bos tau. Akak nak rahsiakan benda ni".

Syamimi menggaru kepalanya. "Kenapa tak bagitahu bos? Mesti bos suka kalau dia dengar berita ni".

"Tak sedia lagi nak cakap. Nanti akak cakap kat dia sendiri". Eliya keluar tandas bersama Syamimi. Dia menyuruh Syamimi mengambil minyak angin di dalam beg tangannya.

Eliya mengurut kepalanya yg terasa pening. Pening sangat. Jam baru menunjukkan pukul 10 pagi. Ziyyad menghantar cikgu Shida pulang ke Pahang awal pagi tadi.

"Kak, ni ada sorang pelanggan nak mushroom soup. Kak okey ke?", soal Fattah.

"Biar aku yg buat. Kak Liya tak berapa sihat", Syamimi bersuara dari dapur. Fattah mengangguk perlahan.

"Kalau akak nak minta tolong apa-apa, bagitahu saya", pesan Fattah sebelum ke kaunter. Eliya hanya memberikan senyuman. Dia terharu dengan pekerjanya yg sangat prihatin.

Telefon Eliya berdering. Nama Ziyyad terpapar di skrin. "Waailakumussalam. Sayang kat kafe lah. Kenapa?".

"Abang dah nak bertolak balik ni. Err Ikha nak datang kafe kita so sayang layan dia baik-baik eh?".

"Nak datang? Bila?". Berapi pula rasa telinga ni.

"Mungkin lepas ni. Dia call abang tadi. Sayang jangan cari gaduh pulak". WHAT?! Boleh gila berjumpa dengan bakal madu. Sabar je lah.

"Hm tengoklah macam mana. Kalau sayang sihat, sayang cari gaduh. Nasib baik sayang pening. Dah lah, malas nak cakap dengan abang". Talian terus dimatikan.

Asyik-asyik Ikha. Kalau boleh tumbuk muka minah tu best jugak. Lagipun boring ni tak ada kerja nak buat. Boleh excercise sikit.

Eliya meregangkan tangannya. Bersedia hendak bergaduh. Sakit kepala sudah hilang. Yang ada cuma sakit hati dengan minah gedik dan suaminya sendiri. 'Dua-dua kalau kenapa penyepak aku ni boleh pengsan seminggu'.

"Boleh saya tanya? Eliya yg mana satu? Saya nak jumpa". Eliya menangkap suara seorang perempuan dari kaunter. Sah tu Ikha, siaplah kau. Bertukar menjadi ultraman sekarang!

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now