Bab 26

38K 1.5K 55
                                    

Eliya tersedar daripada lenanya. Dia menggosok-gosok kelopak matanya yg masih terasa berat. Tangannya seperti tersentuh sesuatu semasa dia menggeliat.

Beg kertas yg elok berada di tepinya dibelek. "Apa benda ni?". Dia menghulurkan tangan ke dalam beg kertas itu untuk mengambil isinya.

Di dalamnya terdapat dua helai shawl dan sepasang kasut. Eliya membuka kotak kasut. 'Nike roshe run!'. Ada sekeping nota yg terselit di situ.

Hai Eliya,
Aku harap kau suka hadiah tu. Kasut tu nanti kau pakai masa nak pergi kerja eh? Nampak hipster sikit. Shawl tu aku pilih warna pastel sebab kau kan cute.

Ikhlas, ZM

Eliya tersengeh sendiri membaca nota Ziyyad. Tak habis-habis dengan hipster dia tu. Kasut dan shawl dimasukkan kembali ke dalam beg kertas. Eliya meluru keluar dari bilik.

Ziyyad yg sedang membantu Puan Hasmah membuat kuih raya menjadi tumpuan Eliya. Walaupun agak kekok, Ziyyad tetap menolong mamanya. Entah kenapa Eliya rasa Ziyyad nampak seperti suami mithali. Hewhew.

Tempat di sebelah Ziyyad diambil oleh Eliya. Ziyyad tersenyum melihat isterinya. "Dah bangun? Tidur lagi lama-lama. Nasib baik dah solat Zohor dengan Asar", tegur Ziyyad.

Eliya memegang tangan Ziyyad. Mulutnya tidak henti tersenyum. Dia berbisik ke telinga suaminya, "Terima kasih". Ziyyad mengangguk kepala.

Puan Hasmah yg melihat anaknya berkepit manja dengan menantunya itu terus menegur. "Amboi kakak. Tadi bukan main tidur. Tengok suami kakak yg tolong mama".

"Nak buat macam mana. Kakak letih. Kakak janji kakak tolong mama okey? Malam ni nak berbuka lauk apa ma?".

"Mama nak buat tomyam, daging masak merah dengan telur dadar. Udang celup tepung satu lagi". Eliya mendengar dengan penuh khusyuk. Semua lauk yg disebut oleh mamanya menggugat iman.

***

Langsir rumah Puan Hasmah sudah ditukar baru. Lampu lip-lap dipasang di luar rumah. Pelita juga dipasang di halaman. Esok umat Islam akan menyambut hari raya. Hari ini ialah hari terakhir mereka berpuasa.

Amsyar yg keletihan terbaring lesu di atas sofa. Eliya dan Arsyad sibuk menyusun kuih raya di dalam balang kaca. Rumah mereka sudah dihias dengan cantik.

"Abang Ziyyad mana?", soal Arsyad.

"Ada kat dalam bilik. Dia letih sangat kot. Dari tadi lagi dia dengan Am duk hias rumah mama ni", balas Eliya.

Puan Hasmah sibuk membuat kuih raya. Masih ada beberapa lagi jenis kuih yg masih di dalam proses. Dia memang suka membuat kuih dengan air tangannya sendiri.

Eliya masuk ke biliknya untuk menjenguk Ziyyad. Ziyyad meletakkan tangannya di atas dahi dengan mata yg terpejam. Eliya duduk berhampiran suaminya.

Tangan Ziyyad diambil dan dicium beberapa kali. Ziyyad yg terasa dirinya diganggu perlahan-lahan membuka mata.

"Kau dah siap ke susun kuih tu? Aku letih ni. Aku nak rehat", ujar Ziyyad dalam suara yg sedikit serak.

"Dah. Sayang just nak tengok keadaan abang. Abang rehatlah. Malam ni abang nak makan apa?".

"Hm, ais krim goreng?", cadang Ziyyad. Dia dapat tahu daripada Amsyar tentang ais krim goreng homemade yg sering menjadi kesukaan mereka sekeluarga.

Eliya mengerutkan dahinya kemudian dia ketawa. "Abang nak makan ais krim goreng? Okey, sayang buat. Mesti abang suka benda tu lepas ni".

Jarum jam menunjukkan pukul 7:25 malam. Mereka sekeluarga sudah berkumpul di dapur. Sebentar lagi azan Maghrib akan berkumandang.

Eliya menuangkan air ke dalam gelas. Dia mencedok lauk-pauk ke dalam pinggan Ziyyad. Amsyar melihat kelakuan kakaknya. "Gatal akak ni. Abang Ziyyad tak suruh pun", tegur Amsyar.

"Memang tugas akak okey. Nanti Am ada isteri mesti isteri Am cedokkan lauk untuk Am".

"Dah, dah. Nanti gaduh pulak korang berdua ni. Dah azan tu. Ziyyad, baca doa", arah Puan Hasmah. Mereka mengaminkan bacaan doa Ziyyad.

Usai makan dan solat, mereka kembali sibuk menghias apa yg patut. Eliya sudah bersedia untuk membuat ais krim goreng. Dia ditemani Puan Hasmah kerana adik-adiknya sibuk menolong Ziyyad di luar.

Arsyad sudah bersedia di depan televisyen untuk mendengar pengumuman raya. Selepas pengumuman dibuat, dia bersorak gembira.

"Yeay! Yeay! Esok raya!", jerit Arsyad kuat. Dia berlari ke biliknya untuk mengambil mercun dan bunga api.

Eliya yg sudah selesai membuat ais krim goreng membawanya ke ruang tamu. Dia memanggil Ziyyad dan Amsyar. Arsyad sudah hilang entah ke mana.

"Makanlah abang Ziyyad. Ais krim goreng akak memang terbaik. Masa Am kat Korea rindu sangat nak makan benda ni", ujar Amsyar.

Tangan Ziyyad mencapai ais krim goreng. Dengan sekali gigit, dia dapat merasakan panas roti yg digoreng selepas itu ais krim yg sejuk mula mencair di dalam mulutnya.

"Sayang! Sedapnya!", jerit Ziyyad dengan menunjukkan ibu jarinya. Pandai dia cover panggil sayang depan family Eliya. Ceh!

"Sedap kan? Abang makanlah lagi. Memang sayang goreng ni untuk abang".

Amsyar mencebik. "Ingat sweet? Am tak nak makan dah sebab akak goreng untuk abang Ziyyad je. Bye, nak pergi join Syad".

Eliya hanya tersenyum. Hatinya sudah dipenuhi bunga-bunga cinta. Tak sangka Ziyyad memujinya di depan Puan Hasmah. Puan Hasmah menggosok tangan Eliya.

Ziyyad menghabiskan semua ais krim goreng yg masih berbaki. Selesai makan, dia mengajak Eliya untuk bermain bunga api di luar.

"Jom sayang. Mama tak nak ikut pergi kat luar ke?".

Puan Hasmah menggeleng. Dia menolak dengan alasan mahu melihat drama raya di televisyen. Puan Hasmah memang penggemar drama-drama Melayu.

Eliya menyarung tudung. Dia membuntuti langkah Ziyyad ke luar. Bunyi mercun menggegarkan langit. Bunga api di langit memeriahkan lagi malam raya. Amsyar dan Arsyad turut sama bermain mercun.

"Bak sini bunga api", minta Eliya. Arsyad memberikan bunga api kepada kakaknya.

Eliya tersengeh melihat Ziyyad yg menggaru hidungnya. "Abang nak main bunga api ke mercun?", soal Eliya.

"Mestilah aku nak main mercun. Tapi aku nak main bunga api dengan kau malam ni. Ini kan first time kita sambut raya as married couple. Let's celebrate it".

Eliya sudah cair dengan Ziyyad. Kalau boleh dia nak menjerit tetapi ditahannya. Dia menghulurkan beberapa batang bunga api kepada Ziyyad.

Berkejar-kejaran Ziyyad dengan Eliya di halaman. Bunyi ketawa mereka sekali-sekala kedengaran. Terasa kembali ke zaman kanak-kanak pula.

Puan Hasmah yg menjenguk mereka tersenyum gembira. Dia tahu Ziyyad mampu untuk membahagiakan anaknya.

Pukul 11 malam mereka naik ke rumah. Bau asap mercun dan bunga api melekat di baju keempat-empat kanak-kanak dewasa itu.

Puan Hasmah sempat menegur, "Busuknya anak-anak mama. Baik korang pergi mandi".

"Nae, omma!". Amsyar dan Eliya menjawab serentak. Ziyyad terpinga-pinga kerana dia tidak tahu maksud.

Pintu bilik Eliya ditutup oleh Ziyyad. Eliya mengambil tuala dan baju tidur untuk mandi. Ziyyad memegang lengan Eliya.

"Cepat sikit. Teman aku tidur. Aku dah ngantuk sangat ni".

"Abang tak nak mandi dulu ke?", tanya Eliya.

Ziyyad menggeleng kepalanya. "Aku tukar baju je. Kau mandi wangi-wangi tau".



Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now