Bab 32

38.5K 1.5K 51
                                    

"Sayang, jom kita pergi picnic nak?", cadang Ziyyad semasa menolong Eliya memasak di dapur kafe.

Eliya mengangkat keningnya. "Picnic kat mana?".

Ziyyad mencapai tangan Eliya. Dia mengucup beberapa kali. "Kat taman. Nanti hujung minggu ni".

"Okey. Abang nak bawak bekal apa?", soal Eliya.

"Hm, abang nak nasi goreng special yg sayang buat hari tu. Rasa rindu pulak dengan nasi goreng tu".

"Ada-ada je lah abang ni. Nasi goreng je rindu, sayang tak", rajuk Eliya. Dia menarik tangannya yg berada di dalam genggaman tangan Ziyyad.

Ziyyad tergelak. Dia menarik hidung Eliya sehingga merah. Eliya memukul lengan suaminya.

"Sayang kan ada depan mata abang. Kalau sayang jauh baru abang rindu".

"Yelah tu". Eliya masih dalam mood merajuk. Dia sengaja hendak bermanja dengan Ziyyad.

"Alolo isteri abang ni. Peluk meh". Ziyyad mendepakan tangannya.

"Bos ada orang order err...", tersekat ayat Fattah apabila melihat Eliya yg hampir memeluk Ziyyad.

"Sorry bos. Ni ada orang order. Bos tengok dalam kertas ni". Fattah menghulurkan kertas kecil di tangannya.

Eliya yg tersipu malu menyambut kertas yg dihulurkan. Ziyyad hanya memerhati tingkah-laku Eliya. Semakin merah muka Eliya apabila diperhatikan begitu.

"Abang, janganlah pandang lama sangat. Malu ni".

"Kenapa? Alaa baru nak tengok bidadari cantik kat depan mata abang ni. Dia marah pulak", ujar Ziyyad.

"Abang jangan lebih-lebih. Picnic tu kita dua je ke?". Eliya sengaja mengalihkan topik.

"Tak. Abang ada ajak Haiman. Katanya nak kenalkan girlfriend dia".

Eliya mengangguk kecil. Siapa agaknya si buah hati Haiman. Haiman pun agak kacak. Eliya mengakuinya namun Ziyyad tetap kacak bila-bila masa dan di mana-mana jua baginya. Dia kena setia. Kehkeh.

Eliya ke depan dan menjengket sedikit lalu mencium pipi Ziyyad. Ziyyad membulatkan matanya.

"Tiba-tiba ni kenapa jadi berani macam ni?", tanya Ziyyad yg masih lagi terpinga-pinga.

"Saja. Dah lah, sayang nak ke depan kejap. Ni dah siap yg pelanggan tu order".

Ziyyad menggosok pipinya. 'Yahoo!', jeritnya di dalam hati. Entah apa yg Eliya lakukan sehingga dia boleh jadi mabuk cinta.

***

"Tak sangka Ziyyad tu anak you".

"I lagi tak sangka you girlfriend anak I".

"Huh, anak you tu tak macam you langsung. Tak nak berkorban demi cinta", ujar Dina sambil menguis-nguis makanan di dalam pinggan.

"Biarlah, dia dah ada isteri kan. I ada untuk you". Encik Khairi menatap bakal isterinya. Dina mengeluh kecil.

"You pun ada isteri tapi you sanggup ceraikan dia demi I. I tau you lelaki terbaik untuk I". Dina yakin benar bahawa Encik Khairi ialah jodohnya. Sudah lama dia menjalinkan hubungan dengan ayah Ziyyad ini tetapi dirahsiakan.

Encik Khairi yg memulakan perkenalan mereka. Gadis cantik seperti Dina sudah pasti disukai ramai. Cara Dina juga menambat hati Encik Khairi yg mudah terusik. Dia tidak mahu gadis itu terlepas ke tangan lelaki lain.

Dia juga tidak menyangka perkenalan singkat mereka telah membawa mereka sampai ke sini. Lebih kurang seminggu lagi mereka akan dinikahkan. Isteri lamanya sudah tidak dipedulikan lagi. Dia hanya mahukan Dina.

"Sayang, you betulkan nak kahwin dengan I?", soal Encik Khairi.

Dina memberikan senyuman seraya berkata, "I dah pilih you untuk jadi imam I. I tak main-main ni, Khai".

Yes! Encik Khairi sentiasa mendapat apa yg dimahukan. Wajahnya yg masih kacak walaupun sudah berumur memudahkan kerjanya. Sungguh mudah dia memikat dan membuang perempuan dalam hidupnya. Entah bila dia hendak sedar dari kesilapan yg dia lakukan.

Kadang-kadang dia juga memikirkan Ziyyad. Ziyyad ialah anak sulungnya dari hasil perkahwinan pertama. Dia berkahwin dengan janda beranak dua selepas menceraikan Cikgu Shida dan sekarang Dina pula akan menggantikan tempat-tempat bekas isterinya.

***

Telefon bimbit milik Amsyar berdering. Amsyar terkocoh-kocoh mendapatkan telefonnya. "Laa, akak call rupanya".

"Assalamualaikum. Mama mana? Rindu ni", kedengaran suara manja Eliya di hujung talian.

"Waalaikumussalam. Asal call Am? Call je lah nombor mama. Mama tengah tengok drama favourite dia tu haa. Jangan kacau".

"Ish, suka hati akak lah. Bagi phone kat mama jap", ujar Eliya.

Amsyar berjalan malas ke ruang tamu. Dia menghulurkam telefon bimbitnya kepada Puan Hasmah. "Waalaikumussalam, kak. Mama sihat je. Alhamdulillah. Kakak sihat? Dah ada isi ke perut tu?".

Eliya mengetap bibir kerana geram. "Mama ni kan kalau tak usik memang tak sah. Kakak nak lepas rindu ni. Rindu nak peluk mama".

"Kakak peluk je suami kakak tu. Dah kahwin pun nak manja-manja dengan mama lagi", usik Puan Hasmah.

"Mestilah, ma. Kakak kan anak mama. Mama tak nak datang KL ke?".

"Buat apa mama pergi sana? Mama banyak kerja nak kena buat. Dengan adik kamu ni yg tak nak cari kerja lagi memang tak boleh cuti lah mama". Puan Hasmah menjeling ke arah anak terunanya. Amsyar tersengeh lalu mengangkat peace. Jung Shin yg masih tinggal di rumah mereka tidak faham dengan apa yg dicakap oleh Puan Hasmah.

"Mama tarik je telinga Am tu. Pemalas betul. Okey lah ma, kakak nak sambung kerja ni. Nanti kita sambung borak okey. Love you so much! Kirim salam dekat Am dengan Syad". Eliya mematikan talian. Terkejut dia apabila Ziyyad tercegat di muka pintu dapur kafe.

"Bila abang ada kat situ?", tanya Eliya. Hampir luruh jantungnya melihat prince charming di depan matanya.

"Baru je. Siap berlove you bagai eh dengan mama. Dengan abang tak nak cakap?".

Eliya tergelak kecil. "Abang ni, dengan mama pun jealous. I love you, Ziyyad Mazrul".

Ziyyad tersengeh lebar selebar-lebarnya. Amboi, happy betul tu. "I love you too, Nur Eliya". Ziyyad mengenyitkan matanya.

Eliya seperti hendak jatuh. 'Mama! Handsomenya menantu mama ni. Ya Allah, cair kakak'.

"Kenapa diam? Kenyit mata sikit dah cair. Apalah sayang ni. Cepat buat kerja. Abang potong gaji nanti", ugut Ziyyad.

"Okey bos! Jangan potong gaji, kesian sayang tau", rayu Eliya dengan mata bulatnya. Sengaja hendak buat muka comel di depan Ziyyad.

"Yelah. Kalah jugak abang dengan kecomelan sayang ni. Jangan buat muka macam ni depan orang lain. Abang je boleh tengok".

"Kalau sayang nak buat jugak?".

"Nampak ni? Berdarah hidung sayang nanti". Ziyyad menunjukkan penumbuknya. Ganas!

"Tak baik tau abang nak pukul sayang. Sayang nak merajuklah".

"Gurau je lah. Dah, buat kerja".

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now