Bab 29

37.7K 1.6K 55
                                    

Kafe Ziyyad dibuka seperti biasa. Hari ini Ziyyad akan ke sekolah untuk mengajar kerana cuti raya sudah habis. Eliya menggosok baju kemeja milik Ziyyad dengan cermat.

Eliya sempat menangkap suara Ziyyad bercakap dengan telefon. "You ni kenapa? Suka hati I lah nak buat apa pun dengan dia. Dia isteri I tau". "Ye, jumpa you malam esok". Ziyyad menamatkan panggilan.

Eliya mengetuk perlahan pintu bilik Ziyyad. Ziyyad terus membuka dan menarik Eliya masuk ke bilik. Dia tahu Eliya sudah mendengar perbualannya dengan Dina.

Pipi Eliya dipegang. "Kau percayakan aku kan? Aku tak akan kahwin dengan Dina atau sesiapa pun. Kau je isteri aku".

Eliya tersenyum kelat. Dia menghulurkan kemeja ke arah Ziyyad. Ziyyad terus menyarung ke badannya. Sebelum bertolak ke sekolah, dia sempat mencium dahi Eliya. Eliya juga bersalam dengan suaminya. Perkara yg sudah lama dia hendak lakukan.

Sampai sahaja di kafe, Syamimi, Ikhmal dan Fattah sudah ada. Eliya meluru masuk ke dalam kafe. Dia agak lambat hari ini.

"Kenapa kak Liya lambat? Mesti susah nak berenggang dengan bos kan? Sweet sangat gambar kak Liya dengan bos dalam Instagram", Fattah memulakan bicara.

Eliya tersenyum malu. "Mana ada. Tak jumpa kasut tadi. Memang kitorang sweet. Alhamdulillah, bos korang dah berubah sikit".

Syamimi pula menyampuk, "Wah! Yeke? Alhamdulillah. Saya memang dah agak dah, bos mesti jatuh cinta kat akak".

"Bos jatuh cinta dengan kak Liya, saya jatuh cinta dengan awak". Ikhmal juga bersuara. Muka Syamimi sudah merona merah.

"Sejak bila Ikhmal jadi macam ni? Cepat-cepatlah kahwin ye. By the way, Selamat Hari Raya guys!". Eliya mengeluarkan sampul duit raya dari beg tangannya.

"Ni duit raya untuk kitorang ke?", tanya Ikhmal dengan penuh teruja.

"Yelah. Disebabkan korang ni akak anggap adik-adik lagi so akak bagi lah duit raya". Mereka mengucapkan terima kasih kepada Eliya.

Pelanggan mula memasuki kafe. Eliya tidak berhenti memasak di dapur. Ada sahaja yg memesan masakan panas. Air tangan Eliya memang disukai ramai.

Dibeleknya kad jemputan perkahwinan daripada Sarah. Sarah akan melangsungkan perkahwinannya di Kuala Lumpur. Amir yg dulu sekelas dengan mereka adalah bakal suami Sarah.

Eliya meletakkan kad itu ke dalam beg tangannya. Dia ke kaunter depan. Seorang lelaki berdiri di depan Eliya. "Mocha and cheese cake please".

"Am! Ya Allah, budak ni buat apa kat sini? Bila Am sampai? Baru tiga hari je tak jumpa tengok-tengok Am datang KL", tegur Eliya. Terkejut dia melihat susuk tubuh adiknya itu.

Amsyar ketawa. "Kawan Am dari Korea datang Malaysia. Am pergi ambik dia kat airport tadi. Ni haa orangnya".

Kawan Amsyar melambaikan tangannya. Dia tunduk hormat dan memperkenalkan dirinya. "Annyeonghaseyo. I'm Lee Jung Shin. Nice to meet you nuna Eliya".

"Annyeonghaseyo. Nice to meet you too. Have a sit. What do you want to order?", soal Eliya peramah.

"Green tea and strawberry cake", balas Lee Jung Shin. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya.

Amsyar dan Lee Jung Shin ralit bercakap. Eliya tidak faham apa yg dibualkan. Syamimi terus mendapatkan Eliya setelah Eliya ke kaunter.

"Akak! Orang Korea ke tu? Kenapa sorang lagi tu pandai cakap melayu?", tanya Syamimi dengan teruja.

Eliya menyuruh Fattah untuk menyediakan pesanan. Dia tersenyum mendengar soalan Syamimi. "Sorang lagi tu adik akak, Amsyar. Dia belajar kat Korea sebelum ni. Tu kawan dia dari Korea lah".

Syamimi mengangguk faham. "Tak sangka akak ada adik macam orang Korea. Handsome sangat". Tiba-tiba Ikhmal a.k.a Jeremy datang. "Jangan nak menggatal. Saya pun macam Korea".

"Dengar tu Mimi. Awak tu dah nak kahwin dah dengan Ikhmal. Behave yourself".

"Mana ada menggatal. Saya cuma puji adik kak Liya je". Syamimi mempertahankan dirinya.

Pelanggan di dalam kafe Ziyyad mula perasan dengan kehadiran 'dua orang Korea' di situ. Ada yg berbisik teruja dan ada yg melambai sambil tersenyum penuh makna.

Kebetulan Ziyyad yg pulang dari sekolah terus ke kafe. Nasib baik Amsyar masih di kafe. Sempat dia berjumpa dengan abang iparnya itu.

Amsyar bersalam dengan Ziyyad. Lee Jung Shin hanya memberikan tundukan hormat. "Kawan Am? Mesti kakak kamu tu excited dapat jumpa orang Korea".

"Ha'ah. Kakak memang minat Korea. Tapi abang jangan risau. Akak tu tetap simpan abang dalam hati dia. Hanya abang".

Ziyyad tersenyum. Dia segera menjenguk Eliya yg berada di dapur. Terus dipeluknya Eliya daripada belakang. Entah kenapa dia rasa rindu dengan isterinya.

"Eh kenapa ni? Nanti orang nampaklah". Eliya cuba melepaskan pelukan Ziyyad tetapi gagal.

"Biarlah orang nampak. Aku rindu kau ni". Pengakuan jujur Ziyyad membuatkan Eliya terkejut. Tidak pernah Ziyyad menyatakan rindu padanya.

Dia membiarkan Ziyyad memeluknya. Setelah beberapa minit, Ziyyad melepaskan Eliya. Dia memusingkan bahu Eliya supaya menghadapnya.

"Kau mesti suka kan dengan kawan Am tu? Macamlah aku tak tahu".

"Mestilah. Orang Korea kot", balas Eliya bersahaja.

Riak muka Ziyyad berubah. Dia hendak keluar dari situ tetapi lengannya dipaut oleh Eliya.

"Sayang tipu je lah. Abang je yg sayang minat, cinta, suka, rindu dan semualah".

Ziyyad tersengeh lalu diberikan satu ciuman di dahi Eliya. Rasa bahagia mula meresap ke dalam diri Eliya. Dia suka Ziyyad begini.

"Amboi dua orang ni tak reti nak tunggu balik rumah ke?". Amsyar yg kebetulan datang menjenguk tak sengaja terlihat drama cinta itu.

Eliya tersentak lalu terus menjarakkan dirinya daripada Ziyyad. Amsyar galak mentertawakan kakaknya.

"Apalah Am ni, kacau je". Ziyyad membuat muka kecewa. Amsyar menunjukkan penumbuknya.

"Am tak kacau. Nak cakap ni Am nak kena gerak dah. Kesian Jung Shin nak rehat. Nak bawak dia balik rumah mama".

"Balik rumah mama? Tak nak singgah rumah akak dulu?", soal Eliya.

"Lain kali lah kak. Sambung drama cinta tadi. Am tak ganggu dah". Eliya menjengilkan matanya. Malu!

Selepas kereta Amsyar meluncur laju meninggalkan kafe, Eliya masuk semula ke dalam kafe. Ziyyad yg baru selesai solat tersenyum melihat Eliya.

"Kenapa kau ajak Am singgah rumah? Nak suruh Jung Shin tidur kat sini lah tu".

"Mana ada. Abang cemburu ke? Eee tak malu", ujar Eliya. Dia mencuit manja dagu Ziyyad.

"Memang aku cemburu pun. Kau isteri aku kot. Aku takut mamat Korea tu usha kau". Ziyyad merenung ke dalam mata Eliya.

Eliya tergelak mendengar kata-kata Ziyyad. "Eleh, abang pun tak pandang sayang apatah lagi Jung Shin".

"Kau cantik, baik, pandai buat orang gembira. Aku je buta selama ni tak nampak. Sekarang aku dah nampak dan aku tak akan lepaskan kau". Ziyyad mengenggam tangan Eliya. Eliya berdebar dengan perubahan sikap Ziyyad.

Boleh pengsan dia kalau Ziyyad romantik macam ni. 'Oh my prince charming, I love you!'.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now