Bab 4

39.8K 1.7K 34
                                    

Kedengaran orang memberi salam di luar dengan ketukan pintu bertalu-talu. Puan Hasmah terkocoh-kocoh membuka pintu bersama senduk di tangan.

Puan Hasmah seperti hendak memukul kepala anak lelakinya yg pulang lewat petang itu dengan senduk. Entah ke mana dia pergi. Arsyad tersengeh dan meminta maaf.

"Sorry ma, Syad pergi rumah Johan tadi. Ada study group sikit. Syad dah solat Zohor dengan Asar kat masjid dekat dengan rumah dia. Mama jangan risau ye".

"Yelah. Mama percayakan Syad. Belajar rajin-rajin lepas tu boleh sambung belajar dekat luar negara macam abang Am tu". Sungguh Puan Hasmah merindui Amsyar. Sudah 2 tahun dia tidak pulang ke tanah air. Tahun ini adalah tahun terakhir dia di Korea.

"Buat apa pergi Korea? Baik belajar kat sini je. Awek melayu pun cun tau ma. Awek Korea banyak plastik", Arsyad mencebik mulutnya. Dia memang tidak menggemari budaya K-Pop seperti Eliya dan Amsyar.

Puan Hasmah menarik telinga Arsyad. "Mama suruh belajar, bukan cari awek. Syad ni makin gatal eh? Dah ada girlfriend ke sekarang?", soal Puan Hasmah.

"Mana ada ma. Syad ni baik tau. Tak percaya tanya Johan". Arsyad menggosok telinganya yg pedih.

Eliya terdengar pergaduhan manja antara umi dan adiknya keluar dari bilik. Dia memukul belakang Arsyad dan menjelir lidah ke arahnya. Arsyad cuba untuk memukul kakaknya semula tetapi Eliya cepat menyembunyikan diri di belakang Puan Hasmah.

"Hei korang ni memang tak ada kerja lain ke? Mama nak pergi masak ni. Ya Allah, mama ketuk dengan senduk ni baru tahu".

Eliya dan Arsyad ketawa melihat mama mereka mengangkat senduk. Arsyad merampas senduk dan berlari ke dapur diikuti oleh Puan Hasmah yg mengejarnya di belakang.

"Ma, janganlah lari. Mama tu dah lah tak larat. Biar kakak kerjakan si Syad tu".

Walaupun sudah 8 tahun hidup tanpa kasih sayang seorang ayah, Eliya dan adik-adiknya tabah mengharungi hari-hari mereka. Puan Hasmah redha dengan pemergian suami yg disayanginya. Sekali sekala mereka akan ke tanah perkuburan untuk membaca Yasin dan membersihkan kubur antara orang yg paling penting dalam hidup mereka itu.

Usai makan malam, Eliya sibuk membaca novel. Syad menjeling ke arah kakaknya. "Kak, ajarlah Syad addmath ni. Tak fahamlah. Serious tak faham langsung", kepala Arsyad digarunya. Dia meletakkan pensel dan mengeluh.

"Senang je ni. Syad tu yg fikir susah, memanglah susah". Addmath mengingatkan Eliya kepada cikgu Shida. Cikgu Shida banyak membantu dia. Tiba-tiba dia teringatkan Ziyyad Mazrul. 'Kat mana dia sekarang ye?'.

Arsyad perasan kakaknya mengelamun jauh. Dia memetik jari di depan muka Eliya menyebabkan Eliya tersentak.

Telefon Eliya berbunyi. Eliya segera melihat di screen telefon bimbitnya. Nama 'Lovely Brother Am' tertera menarik senyum Eliya. Sudah lama dia tidak bercakap dengan adik lelakinya itu.

"Assalamualaikum kak. Buka skype tu. Kita video call lagi best. Am rindu mama ni. Cepatlah", Amsyar merengek manja. Menyampah Eliya mendengar suara Amsyar versi gedik tu.

"Waalaikumussalam. Ye, kejap.". Laptop di atas katil dicapai oleh Eliya. Eliya membawa laptop ke ruang tamu dan diletakkan di atas meja kopi. Eliya memanggil mamanya. Arsyad turut teruja ingin melepaskan rindu. Dia tidak menghiraukan kerja rumah tadi.

"Mama! Am rindu mama sangat. Mama sabar ye. Sebulan lagi Am duduk sini lepas tu Am balik Malaysia dah. Kita boleh berkumpul ramai-ramai", tangan Amsyar memegang screen laptop miliknya apabila dia melihat wajah Puan Hasmah. Air matanya hampir terkeluar. Selepas papa meninggal, hanya mama sahaja tempat dia bermanja.

"Mama pun rindukan kamu. Kamu jaga diri tau kat negara orang tu. Jaga solat. Mama tunggu kepulangan kamu". Puan Hasmah mengelap pipinya yg sudah basah dek air mata dengan hujung lengan baju.

Eliya dan Arsyad turut berasa sedih. Mereka biasanya beraya bersama namun pada tahun lepas dan dua tahun lepas mereka tidak dapat berkumpul seperti biasa.

Jam di dinding menunjukkan pukul 10 malam. Eliya memeriksa WhatsApp. Tania menghantar chat menyatakan dia hendak berjumpa dengan Eliya pada esok hari. Eliya bersetuju. Dia meletakkan telefon bimbit di atas meja dan menutup lampu tidur. Matanya ditutup. Dia terlena dengan mudah kerana agak letih.

***

"Ada apa kau nak jumpa aku?", soal Eliya. Air kopi diteguk. Dia meletakkan semula setelah Tania membuka mulut.

"Kau tau tak ada reunion nanti? Reunion untuk 4 Alfa batch kita. Diorang cadang nak buat kat sekolah. Mesti best kan boleh ingat balik zaman dulu-dulu".

"Yeke? Bila tu? Aku okey je. Dah lama tak jumpa kawan-kawan kita". Eliya tersengeh. Rindunya pada kenangan dulu!

"Hujung minggu ni. Hari Sabtu pukul 8 malam. Ada BBQ. Kau datang eh? Aku jemput kau kat rumah. By the way, aku kena gerak dah ni. Tak ada siapa jaga klinik tu".

Eliya faham dengan pekerjaan Tania sebagai doktor di salah satu klinik berdekatan sini. Eliya pula bekerja di sebuah syarikat penerbitan buku. Tempat kerjanya tidak jauh dari klinik Tania. Mereka selalu keluar makan bersama.

Semasa hendak menuju ke kereta, Eliya terlanggar bahu seorang lelaki namun lelaki itu cepat-cepat pergi dan tidak mempedulikannya. 'Sama macam Ziyyad dulu'. Eliya menggeleng kepalanya.

Dalam drama, dia biasa melihat hero yg berlanggar bahu dengan heroin akan menolongnya mengutip barang dan bertentang mata. Kisah Eliya lain. Lelaki yg melanggarnya tidak sekali pun memandang ke arah Eliya.

Eliya menghidupkan enjin kereta. Dia berehat sebentar bersama kitkat. Ehh? Hewhew. Penghawa dingin menyapa lembut pipi Eliya. Kurang sedikit rasa panas.

Kereta Eliya laju membelah jalan. Lagu di radio menarik dirinya untuk menyanyi bersama. Lagu Potret yg dinyanyikan oleh Akim meniti di bibir Eliya. Liriknya sudah dihafal kerana lagu ini merupakan salah satu lagu kegemarannya.

***

Ziyyad bergesa masuk ke tandas awam. Perutnya asyik memulas dari pagi. Selepas sudah selesai, dia kembali ke kereta. Uminya sudah lama dibuai mimpi. Mungkin letih kerana perjalanan mereka agak jauh.

Ziyyad sanggup ke Selangor untuk menemani cikgu Shida ke reunion bekas pelajarnya. Ziyyad hanya menurut. Siapa lagi hendak menemani uminya jika tidak dia? Ayah dan uminya sudah lama bercerai. Keputusan Encik Khairi untuk berkahwin lagi telah menyebabkan rumah tangga ibu bapanya musnah. Encik Khairi telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now