Bab 16

38.9K 1.7K 62
                                    

Tiba di hadapan rumah Ziyyad, ada seorang makhluk yg sedang berdiri memberi salam. Eliya mengeluh kuat. Buat apa si Dina ni datang?

Dina segera mendapatkan Ziyyad apabila Ziyyad turun dari kereta. Eliya hanya dipandang sekilas.

"Boleh I masuk? I nak berbual sikit dengan you. Lagipun Eliya tak kisah. Eliya, you rehat je. I just want to talk with him because I miss him so much. Give us some privacy", kata Dina tanpa rasa malu. Ziyyad mengajak Dina masuk ke rumah.

Eliya yg mula geram dengan Dina segera menarik tangan Ziyyad. "Kenapa awak ajak dia masuk? Awak tak ingat ke dia penyebab kepala saya jadi macam ni?".

"Dina tu tetamu kita. Kita kena sambut dia dengan baik. Mesti kau pernah belajar kan dulu? Tak baik kalau kita halau dia. Nanti pandai-pandailah dia balik. Kau pergi buat air". Arahan Ziyyad kedengaran menjengkelkan di telinga Eliya. Buat air?

Teko diambil dari kabinet. Eliya membancuh nescafe caramel latte yg memang sudah sedia ada di dalam bakul berdekatan dengan peti ais. Suara manja Dina betul-betul membuatkan Eliya hendak muntah pelangi.

"Nescafe caramel latte? Yg kita pergi beli sama-sama kat Tesco hari tu ke Ziyyad? You ni tak minum sampai habis ye. I dah habis lama dah sebab special. Maklumlah kita pilih sama-sama. Sweet sangat". Dengan tergedik-gedik Dina menerangkan asal usul si nescafe caramel latte tu.

"Oh, sweet lah korang. Ingat lagi tak tarikh masa beli tu bila? Ada perjanjian tak? Macam perjanjian antara siapa, pada tahun bila, siapa terlibat. Sebab I nak catat ni nak letak dalam buku teks Sejarah tingkatan 1", sindir Eliya dengan geram. Mata Dina menjeling tajam ke arah Eliya.

"You janganlah cemburu pulak Eliya. I dengan Ziyyad memang dah lama couple. You je tiba-tiba muncul entah dari mana. Baik you masuk bilik berehat. Kepala tu dah berbalut dah. Tak perlu kot nak ganggu kitorang". Muka selamba Dina dirasakan hendak ditumbuk-tumbuk dengan lesung biar habis patah gigi.

Ziyyad menggeleng kepalanya. Pening dia melihat mereka bergaduh. Seperti budak kecil.

"Kau masuk bilik. Biar aku dengan Dina je ada kat sini. We need privacy. Nanti kau jugak sakit hati", Ziyyad melihat ke arah Eliya dengan muka tidak berperasaan

Eliya mendengus geram dan laju menapak ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat. Tombol pintu dikunci. Air matanya mula mengalir perlahan. Entah kenapa dia menjadi sensitif.

"Sampai hati kau Ziyyad buat aku macam ni. Kau tipu aku. Dasar lelaki tak guna!", Eliya menumbuk-numbuk bantal. Dia menganggap bantal itu ialah Ziyyad.

Sungguh dia letih dengan perangai Ziyyad. Sekejap okey, sekejap tak. Ziyyad memang unpredictable person. Eliya terlelap di atas lantai. Mungkin dia terlalu penat. Penat dengan karenah manusia.

***

Bunyi ketukan pintu mengejutkan lena Eliya. Terdengar suara Ziyyad memanggilnya dari luar. Dia bangun perlahan-lahan kerana kepalanya berdenyut kuat.

"Aduh, sakitnya! Eh kenapa aku tidur atas lantai ni?". Telefon bimbit dicapai untuk melihat waktu sekarang. 3:30 p.m.

"Eliya! Buka pintu ni cepat. Kau buat apa tu? Tak dengar ke aku panggil?". Jeritan Ziyyad membingitkan telinga Eliya. Dia memulas tombol pintu. Terjengul kepala Ziyyad.

"Kau okey tak? Kenapa lambat buka pintu?", soal Ziyyad. Rambut serabai Eliya jelas menunjukkan dia baru bagun daripada tidur.

"Saya tertidur tadi. Nak apa?".

"Mesti kau penat. Aku nak minta maaf". Maaf, maaf, maaf. Tu je Ziyyad tahu. Eliya mula menyampah.

"Maaf? Masa Dina ada, awak tak layan saya tapi bila Dina dah tak ada baru awak layan saya. Awak ingat saya ni patung ke? Tolonglah jangan mainkan perasaan saya". Eliya bengang dengan sikap suaminya yg sukar diramal.

Ziyyad tunduk memandang lantai. Dia memang patut dimarah. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya.

"Saya nak rehat ni. Awak pergilah cari Dina ye? Dia je boleh bahagiakan awak". Eliya menolak lembut badan Ziyyad agar keluar dari bilik tetapi Ziyyad terus membaringkan badannya di atas katil.

"Kalau aku tak nak? Malam ni aku nak tidur sini".

What?! Sah mamat ni gila. Eliya menarik lengan Ziyyad agar bangun tetapi Ziyyad tetap berdegil.

"Ziyyad, jangan mengadalah! Keluar sekarang. This is my room".

"But this is my house". Cepat-cepat Ziyyad memotong ayat Eliya. Dia membaling bantal ke arah Eliya dan tepat terkena muka. Mengekek Ziyyad ketawa.

Eliya akan gunakan kuasanya. Jangan main-main, Eliya ada super power tau. Dia menggeletek pinggang Ziyyad. Ziyyad yg tidak tahan geli terus ketawa tanpa henti. Dia bergolek-golek dan gedebuk! Jatuh katil. Suasana diam.

"Sakitlah sayang. Nak kena geletek jugak ke?". Ziyyad mendekati Eliya yg terkejut dek panggilan sayang tadi. Dia menggeletek tapak kaki Eliya tetapi tiada respon.

"Kau tak geli ke? Patutlah suka geletek orang". Ketawa Ziyyad terburai lagi. Eliya terpana melihat Ziyyad pada waktu itu. Ini first time Ziyyad ketawa disebabkan dirinya. Banya kali pulak tu.

"Sa sss saya tak geli. Awak boleh keluar tak?". Dengan tergagap-gagap Eliya mengarah suaminya untuk keluar.

"Panggil sayang sikit dah nervous. Yelah. Bye miss petai!". Hidung Eliya dicuit sebelum Ziyyad melangkah keluar bilik.

'Miss petai dia panggil aku? Melampau betul lah'.

***

Laju tangan Eliya menaip chat kepada Tania. Air diteguk sedikit demi sedikit. Selepas itu dia membilas gelas dan berdiri di hadapan sinki.

Tania Amelia: Aku nak datang KL esok. Kat mana kafe hubby kau tu? Nanti aku pergi sana.

Eliya: Serious? Tak sabarnya! Nanti aku send location. Datang tau. Aku tunggu kau. Hari tu aku balik kita tak sempat jumpa 😔

Tania Amelia: In shaa Allah. Tulah. Aku busy sangat. Kita jumpa esok okey. Bye!

Eliya berjoget di dapur sambil mulutnya terkumat-kamit menyanyi lagu. "I want nobody, nobody but you". Oleh kerana dia terlalu gembira, dia tidak perasan Ziyyad yg sudah lama memerhatikannya.

Ziyyad menahan ketawa melihat isterinya. Comel! Rambut depan Eliya menutup dahinya. Memang obses betul dengan K-Pop sampai rambut pun tiru gegadis Korea.

"I want nobody, nobody but you. Oh yeah!". Tiba-tiba Ziyyad turut menyanyi bersama. Dia meniru tarian Eliya. Merona merah muka Eliya kerana malu.

"Kenapa menari macam tu? Kelakarlah. Suara tak sedap tapi nak nyanyi jugak", tegur Ziyyad.

"Suka hati saya lah. Saya tengah happy ni. Hello, saya pernah menang pertandingan nyanyi tau tak masa sekolah menengah dulu. Awak je cakap suara saya tak sedap".

"Bila? Aku tak tahu pun. Eleh, memang tak sedap. Eee macam mana boleh menang? Mesti rasuah ni", tuduh Ziyyad. Dia menahan ketawa melihat muka Eliya.

"Masa form 5. Awak kan dah tak sekolah kat situ. Fitnahlah, awak berdosa". Eliya memuncungkan mulutnya.

"Alolo comelnya! Eh jom teman aku tengok drama Korea. Aku nak tengok heroin dia. Cantik-cantik woo".

"Gatal! Awak tengok heroin, saya tengok hero. Deal?".

Ziyyad menganggukkan kepalanya dan mengangkat peace. Eliya tersenyum melihat aksi comel Ziyyad. Kan best kalau Ziyyad baik macam ni.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now