Bab 30

40.1K 1.6K 66
                                    

Bau minyak wangi Ziyyad menusuk ke hidung Eliya. Dia yg kebetulan berada di sofa berpaling ke belakang setelah bahunya dipegang oleh Ziyyad.

"Aku nak keluar ni. Nak jumpa Dina. Kau jangan risau. Aku tak buat apa-apa".

Eliya berasa kecewa dan sedih. Entah kenapa dia susah hendak percaya dengan kata-kata Ziyyad. Dia menyangka Ziyyad sudah tidak mahu lagi berhubung dengan Dina.

"Kenapa abang nak jumpa dia?", tanya Eliya dengan suara bergetar.

Pipi Eliya diusap lembut oleh Ziyyad. "Aku nak putuskan hubungan kami dengan cara baik. Nanti tak pasal-pasal dia serang kau pulak".

"Betul ke? Abang tak tipu?".

"Betul sayang. Buat apa aku nak tipu isteri aku yg cantik ni". Rambut Eliya diselit ke belakang telinga.

Eliya tersengeh mendengar jawapan Ziyyad. Ya, dia harus percayakan suaminya. Ziyyad sudah banyak berubah.

Setelah pintu ditutup, Eliya kembali fokus menonton televisyen. Dia menepis segala sangkaan buruk terhadap Ziyyad.

Dia menonton drama Korea seperti biasa. Ziyyad pun sudah dapat menerima minatnya ini. Ziyyad sendiri menonton drama Korea. Eliya tersenyum sendiri.

Ziyyad memarkir keretanya di hadapan sebuah restoran. Kelihatan Dina sudah menunggunya di salah sebuah meja. Ziyyad menghampiri Dina lalu menarik kerusi.

Dina tersenyum sinis melihat kehadiran Ziyyad. "Ingatkan you dah tak sudi nak jumpa I. Maklumlah, dah jatuh cinta dengan isteri sendiri", sindir Dina.

"Memang I dah jatuh cinta dengan dia sebab dia lagi layak daripada you untuk I cintai. Kenapa you nak jumpa I"?

Satu sampul berisi kad diberikan oleh Dina. Ziyyad menyambutnya dan dibuka kad tersebut. "Kad perkahwinan, Khairi dan Dina. Wow! Tak sangka you dalam diam dah lama ada jantan lain".

Dina ketawa. "Mestilah. I dah bosan dengan you. Letih I tunggu you tapi you tak berusaha pun nak bersama dengan I. Boyfriend I ni sanggup ceraikan isteri lama dia demi I. Itulah pengorbanan".

Seorang lelaki yg berusia lingkungan 50-an datang ke meja tersebut. Dina menyambut kedatangan lelaki itu dengan gembira.

"Ayah?!", jerit Ziyyad. Encik Khairi juga terkejut dengan situasi itu. Dina pula terpinga-pinga.

"Ayah? Kenapa you panggil dia ayah?", soal Dina.

"Kalau kau nak tahu, bakal suami kau ni ayah aku! Ayah aku yg dah ceraikan umi aku untuk bersama orang lain. Tak sangka kau rampas dia dari isteri kedua dia. Nanti kau pulak jadi mangsa". Ziyyad meninggalkan restoran itu. Panggilan ayahnya tidak dihiraukan.

Kereta Ziyyad memecut laju. Dia hendak cepat sampai ke rumah. Hanya Eliya yg dia perlukan buat masa sekarang.

Bunyi enjin kereta di luar rumah menarik perhatian Eliya. Dia sempat mengintai di sebalik langsir sebelum membuka pintu.

Ziyyad pantas memeluk tubuh Eliya sebaik sahaja isterinya membuka pintu. Air matanya mengalir di pipi. Eliya yg terkedu membalas pelukan Ziyyad.

"Abang, kenapa menangis ni? Abang sedih ke kena berpisah dengan Dina? Sayang tak paksa abang. Kalau abang cintakan Dina say...". Jari Ziyyad diletakkan di bibir Eliya.

"Tak. Aku tak menyesal langsung. Dina nak kahwin. Aku tak sedih pasal tu. Tapi bakal suami dia tu ayah aku". Eliya terkejut mendengar penjelasan Ziyyad.

Tangan Ziyyad ditarik ke sofa. Dia menyuruh Ziyyad duduk. Eliya ke dapur untuk mengambil segelas air. Dia menyapu air mata Ziyyad dengan tangannya.

"Aku tak sangka ayah macam tu. Sampai hati ayah. Aku tak faham kenapa dia sanggup buat umi terluka. Dia boleh kahwin dengan orang lain pulak lepas dia bosan dengan isteri kedua dia tu. Aku tak nak ada ayah macam tu!".

Eliya menggosok bahu Ziyyad. "Sabar abang. Ayah tu tetap ayah abang. Abang kena hormat dia".

"Hormat? Tak ada guna aku hormat dia. Dah lah, aku malas cakap pasal ayah. Kau teman aku tidur malam ni?".

Eliya mengangguk. Senyuman Ziyyad melegakan hati Eliya. Ini adalah kali pertama dia melihat Ziyyad menangis. Pasti Ziyyad sangat menyayangi cikgu Shida.

Ziyyad melentokkan kepalanya di bahu Eliya. Tangan Eliya digenggam dengan penuh kasih sayang. Dia tahu dia tidak salah membuat pilihan untuk mencintai Eliya.

***

Ziyyad termenung lama. Gambar cikgu Shida yg diletakkan di atas meja gurunya ditatap lama. Dia kasihan dengan uminya.

Ketua kelas 4 Sentosa datang ke meja Ziyyad. Dia memberi salam. "Assalamualaikum, cikgu. Sekarang ni masa cikgu. Cikgu tak nak masuk kelas ke?".

"Masa saya? Kejap lagi cikgu masuk. Awak jaga kelas. Jangan bagi bising, okey?". Jam di tangan dilihat sekilas. Ziyyad bangun untuk ke tandas. Dia membasuh muka untuk menyegarkan sedikit mukanya yg sugul.

Sampai di kelas, Ziyyad memegang kepalanya. Entah kenapa dia rasa hendak pengsan dan gedebuk! Ziyyad sudah tidak dapat mencelikkan matanya.

Bunyi nama Ziyyad dipanggil sedikit-sebanyak menyedarkan Ziyyad. Dia cuba membuka matanya tetapi sukar. Semakin lama dia dapat mendengar dengan jelas suara Eliya.

"Abang dah sedar ke? Alhamdulillah. Abang, sayang risau sangat". Tangan Ziyyad dicium banyak kali oleh Eliya.

Ziyyad melihat di sekeliling. Dia berbaring di atas katil di bilik tidurnya. Eliya yg masih bertudung diberikan senyuman.

Eliya membalas senyuman Ziyyad. "Abang, doktor cakap abang stress sangat sebab tu abang pengsan. Abang kena banyak rehat. Sayang ambikkan makanan ye".

Ziyyad tidak mampu bersuara. Dia masih merasa denyutan di kepalanya. Eliya mengangkat tubuh suaminya sedikit supaya dapat bersandar di kepala katil.

Sesudu bubur ayam disua ke mulut Ziyyad. Ziyyad membuka mulutnya sedikit. Bubur ayam buatan Eliya dimakan sehingga habis.

Eliya menghulurkan pula segelas air dan ubat kepada Ziyyad. Ziyyad hanya menurut. Dia tidak mahu Eliya risau dengan keadaannya.

"Terima kasih, Eliya". Tangan Eliya diraih dan didekatkan ke pipinya. Eliya mula berasa malu.

Ziyyad mencubit pipi Eliya. Dia ketawa kerana muka Eliya sudah bertukar warna.

"Asal merah muka tu? Tak payahlah malu sangat. Aku suami kau en".

"Yelah. Err, sayang nak letak mangkuk ni kat dapur kejap. Abang rehatlah dulu".

Ziyyad mengangguk. Dia tersenyum sendiri. Eliya sentiasa mengambil berat tentangnya. Dia harus menghargai Eliya. Dia tidak mahu menyesal dan tak akan membiarkan Eliya pergi daripada hidupnya.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now