Bab 12

39.8K 1.5K 75
                                    

Ais krim dikeluarkan daripada peti ais. Amsyar mengambil sebungkus roti Gardenia dan dihulurkan kepada Eliya. Projek hari ini ialah ais krim goreng!

Eliya mencedok ais krim dengan sudu lalu diletakkan di atas roti. Sekeping lagi roti ditindih di atas ais krim. Gelas ditekapkan di atas roti tersebut dan dia menarik roti yg berlebihan di luar gelas. Amsyar turut menolong kakaknya.

Arsyad sudah bersiap-sedia di depan kuali dengan minyak yg panas. Eliya memasukkan perlahan-lahan roti tadi ke dalam kuali. Dalam masa 10 saat, siaplah ais krim goreng homemade. Cehh dah macam berkongsi cara-cara nak buat ais krim goreng pulak.

Air teh panas turut dibancuh oleh Eliya. Mereka bertiga membawa makanan dan minuman ke luar rumah. Puan Hasmah sudah menunggu di luar. Tikar dihampar di bawah pokok mangga yg berdekatan dengan garaj kereta.

"Dah lama kita tak macam ni kan? Rindu sangat. Lagi-lagi masa arwah papa masih ada", Eliya bersuara memecah keheningan. Air matanya mula bertakung. Disebabkan Encik Amran terlalu memanjakannya, dia selalu meminta Encik Amran membelikan ais krim untuknya. Sampai sekarang dia masih tak boleh berpisah dengan ais krim.

"Kakak janganlah nangis, nanti mama pun rasa sedih. Papa sentiasa ada dalam hati dan ingatan kita. Kalau rindu, kita sedekahkan al-Fatihah. Malam ni kita baca yasin ramai-ramai untuk papa okey?". Puan Hasmah mengelap air mata yg masih bersisa di pipi Eliya.

"Bagus idea mama tu. Sekarang ni kita makan dulu ais krim goreng yg Am buat ni nanti cair pulak".

"Hei kita buat sama-samalah. Perasan betul abang Am ni". Arsyad mencubit lengan Amsyar. Maka bermula lah peperangan bersaudara antara mereka.

Eliya terhibur dengan gelagat adik-adiknya. Hilang sebentar masalah dia dengan Ziyyad dalam kepala. Eliya turut sama berlari mengejar Amsyar yg berlari mengelilingi pokok mangga.

Puan Hasmah letih hendak melarang. Mereka bukannya dengar, makin jadi adalah.

Keesokan harinya, Eliya akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan kereta MyVi. Puan Hasmah sempat membekalkan sambal udang petai untuk anak perempuan kesayangannya itu. Eliya memeluk erat Puan Hasmah seperti tidak mahu dilepaskan. Dengan keluarganya, dia dapat melupakan Ziyyad buat sementara waktu.

***

Sofa empuk di depan televisyen menjadi tempat rehat Ziyyad. Ziyyad menghempaskan badannya yg melekit kerana terlalu letih menguruskan kafe. Ketiadaan Eliya memaksa Ziyyad untuk melakukan tugasan Eliya.

Bunyi kereta dari luar menangkap pendengaran Ziyyad. 'Mesti budak tu dah balik. Bawak balik kereta sekali lah tu', desis hati Ziyyad. Dia malas hendak bangun dari sofa. Pintu rumah dikuak dan dia cepat-cepat memejamkan matanya.

Eliya terus ke dapur untuk memanaskan sambal udang petai. Dia malas hendak melihat muka Ziyyad. Menyakitkan hati saja. Nasi juga turut ditanak. Perutnya mula berkeroncong memainkan irama lagu K-Pop. EXO tengah buat konsert dalam perut agaknya.

Dengan sabar, Eliya menunggu sehingga nasi masak. Dia menjeling ke arah sofa di mana tempat Ziyyad tidur tetapi Ziyyad sudah tiada

"Cari aku ke?", sergah Ziyyad dari belakang. Eliya mula membuka langkah karatenya. Haiyaaak! Ziyyad sempat mengelak daripada menjadi mangsa Eliya.

"Kau nak bunuh aku ke apa?! Elok-elok lah sikit. Ni bau apa? Asal bau busuk ni?", bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Ziyyad. Zip kang mulut tu baru tahu!

"Ha'ah memang nak bunuh pun. Dengan Dina sekali saya bunuh. Sambal udang petai lah. Tak nampak ke hijau tu petai? Kenal tak petai? Yg hijau tu", Eliya menarik kepala Ziyyad dan didekatkan ke arah bekas yg mengandungi sambal udang petai. Bau petai mula menusuk ke hidung Ziyyad.

"Berani ke kau nak bunuh aku? Dina kau jangan sentuh. Lepaskan aku! Busuklah wei. Tak nak cakap dengan kau. Mulut kau busuk makan benda tu". Ziyyad segera menutup hidungnya.

Terbeliak mata Eliya dengan komen spontan Ziyyad. 'Eee geramnya aku dengan mamat ni. Kau tengok apa aku buat nanti'.

Tanpa menghiraukan Ziyyad, Eliya terus mengambil pinggan. Selera makannya semakin membara bak api yg keluar dari mulut naga. Ziyyad hanya membuat muka geli-geleman melihat Eliya memakan petai. Yekk!

***

"Actually aku tak nak cakap dengan kau tapi aku terpaksa jugak cakap. Kau diam! Biar aku je cakap. Malam Ahad ni kawan aku ada buat majlis. Kau kena ikut. Okey bye", dengan tangannya yg masih menutup hidung dia berlari ke arah bilik. Gedebuk! Ziyyad tersepak kaki meja dan terus jatuh.

Eliya ketawa semahu-mahunya. "Padan muka! Cakap saya mulut busuk sangat, itulah akibatnya. Rasakan kuasa mulut busuk! Hahhhhhh". Semasa melintasi Ziyyad, Eliya membuka mulutnya dan menghembuskan nafas dengan kuat. Ziyyad tergolek-golek menahan sakit dan menahan bau petai. Padahal tak berbau pun sebab Eliya dah gosok gigi. 8 kali kot!

"Woi! Asal kau ni?! Busuk lah wei. Jangan seksa aku. Tolong aku jap. Kaki aku sakit gila ni". Merah muka Ziyyad menahan sakit. Eliya tetap menolong Ziyyad. Kasihan pula kalau dia membiarkan suaminya di situ.

Eliya cuba menampung berat badan suaminya dengan memapahnya ke bilik Ziyyad. Ternganga mulut Eliya melihat design bilik Ziyyad yg sudah semestinya hipster. Selain hipster, bilik Ziyyad sangat kemas dan bersih. 'Wuish, kalah bilik aku ni', bicara Eliya dalam hati.

Dia mengambil kotak first aid dan diletakkan di atas katil berhampiran Ziyyad. Kaki Ziyyad luka sedikit. Dia membersihkan luka lalu meletakkan plaster.

"Orang yg awak cakap mulut busuk ni lah yg tolong awak tau. Awak kena berterima kasih dekat saya", Eliya mengangkat keningnya.

"Thanks. Kau boleh keluar sekarang. Aku dah okey. Keluar cepat", sempat Ziyyad mengangkat tangannya seperti menghalau Eliya. Eliya mendengus geram dengan sikap suaminya.

Selepas Eliya menutup pintu, Ziyyad memegang dadanya. Degup jantung Ziyyad sangat laju tidak seperti biasa. 'Am I crazy? What's wrong with me? Takkan aku suka dia kot'.

Iphone 6s miliknya dicapai. Gambar perkahwinannya dengan Eliya ditatap satu-persatu. Eliya sangat gembira waktu itu. Senyuman lebar Eliya jelas menunjukkan betapa bahagianya dia. Ziyyad akui Eliya memang seorang wanita yg cantik. Tiba-tiba nama 'Medina Azreen 💕' terpampang di screen.

Ziyyad menjawab panggilan Dina. Ya, dia hanya cintakan Dina. Dia rasa bahagia bila bersama Dina. Tetapi apakah perasaan yg baru dirasainya tadi?

P/s: Gambar Ziyyad tengah jawab call tu kat atas. Ngehngeh

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now