Bab 14

37.6K 1.7K 25
                                    

Sampai di rumah Izzati, Eliya menukar pakaian. Kepalanya sudah dibaluti kain putih. Dia berehat di depan televisyen. Denyutan di kepala masih terasa.

"Kau kenapa sampai macam ni Eliya? Kepala luka, mata bengkak sebab kuat menangis dan kaki kau pun luka sebab lari tanpa kasut. Teruk aku tengok keadaan kau ni", Izzati cuba mengorek cerita. Dia mengusap lembut pipi Eliya. Tisu dicapai dan dia mengelap sisa air mata.

"Ziyyad. Dia bela girlfriend dia. Padahal aku tak salah pun. Dina tu tiba-tiba serang aku, tolak aku. Aku tak buat apa-apa pun. Aku just menjawab je sebab aku geram dengan kata-kata dia. Lepas tu dia tolak aku sampai berdarah kepala aku. Ziyyad tengking aku depan semua orang. Dia cakap papa aku tak ajar cara hormat orang. Dia tak layak nak judge papa aku. Papa aku dah tak ada, Izzati. Aku tak kuat kalau ada orang sebut buruk-buruk pasal papa aku. Aku sayang papa sangat-sangat. Dia lah satu-satunya lelaki yg aku percaya, yg aku sayang sepenuh hati", luah Eliya dengan panjang. Air matanya kembali menuruni pipi. Izzati yg mendengar turut menangis bersama. Jiwa Izzati memang sensitif. Kalau dia nampak kucing kat depan tangga mintak makanan pun dia boleh menangis.

"Jahat gila Ziyyad. Aku tak sangka perangai dia macam tu. Dia tak layak untuk perempuan sebaik kau. Aku tak nak kawan aku ni sakit hati. Aku nak tengok kau bahagia. Kalau aku kat tempat kau aku mungkin tak setabah kau sekarang", ujar Izzati dengan tersedu-sedu menangis.

Eliya memeluk Izzati dengan kuat. Dia bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yg memahami dia. Tiba-tiba telefon bimbit Eliya bergetar tanda ada orang menelefon.
Nama Ziyyad ditatap penuh benci. Dia mencabut bateri telefon. Dia tidak mahu diganggu oleh suaminya waktu ini.

"Jangan jawab call dia. Tapi kau tak rasa kau bersalah ke sebab tak mintak izin dia datang sini?", soal Izzati.

"Tak langsung. Biarkan dia. Aku malas nak berhubung dengan dia buat masa ni".

Malam itu Eliya tidak dapat tidur. Dia menumpang di bilik housemate Izzati, Ain yg pulang ke kampung. Mungkin esok Ain akan pulang ke rumah.

Eliya cuba menutup matanya agar terlena. Dia hendak melupakan masalah yg dihadapinya. Bayangan Encik Amran menerjah ke dalam fikiran Eliya. Dia menangis lagi sehingga tertidur.

***

Sudah puas Ziyyad menelefon Eliya tetapi tidak diangkat. Dia mula geram dengan sikap Eliya yg mengabaikan panggilannya.

"Lantak kau lah! Ingat aku nak pujuk ke?", Ziyyad meraup mukanya. Dia mengucap dan cuba menenangkan diri. Dia tahu dia salah kerana menyebut tentang papa Eliya.

Menurut cerita uminya, Encik Amran bergegas ke bangunan yg terbakar selepas mendapat panggilan. Dia cuba menyelamatkan seorang bayi dan ibunya yg terperangkap di dalam bangunan. Bayi dan perempuan tersebut sempat keluar tetapi Encik Amran ditindih oleh tiang besar yg runtuh. Dia tidak dapat bergerak dan meninggal di tempat kejadian.

Ziyyad cuba memahami situasi Eliya. Kalau dia di tempat Eliya, sudah pasti dia juga sedih. Lagipun Eliya memang rapat dengan papanya. Ziyyad tidak pernah mendapat kasih sayang yg secukupnya dari seorang ayah.

Sekali lagi dia mendail nombor Eliya tetapi gagal juga. Dia mencampakkan telefonnya ke atas katil.

Bilik Eliya dituju. Dia membuka pintu bilik dengan perlahan-lahan. Gambar Eliya dan keluarganya memenuhi meja dan rak. Dia duduk di atas katil. Frame yg diletakkan gambar Eliya dan papanya sewaktu kecil ditatap. Eliya tersengeh di dalam dukungan Encik Amran.

Dia terus meneroka bilik Eliya. Eliya memang rapat dengan keluarganya. Tiada gambar dia dengan Eliya sewaktu berkahwin diletakkan. Semua gambar Eliya dan keluarganya.

Buku motivasi yg berada di celahan novel-novel ditarik keluar. Dia membuka halaman demi halaman. Sampai di halaman 143, dia berhenti membelek. 143? Bukankah itu bermaksud 'I love you'?

Ziyyad mengambil gambar dirinya itu. Ada terselit sekeping nota di halaman yg sama.

Dia first love aku dan sekarang dia dah jadi suami aku! I love him damn much! Aku harap aku takkan kehilangan dia. 143, Ziyyad Mazrul 😃

***

Throwback...

"Eliya, Ziyyad baru je lepas masuk makmal Bio. Kau pergilah intai dia. Mesti dia keluar nanti", Tania bersungguh-sungguh memberitahu Eliya.

"Yeke? Peluang aku ni. Kau nak ikut aku tak?".

"Tak nak! Kau pergi sorang je lah. Cepat weh nanti terlepas".

Eliya menuruni tangga. Dia menyorok di sebalik tangga menunggu kehadiran Ziyyad. Sergahan Munirah mengejutkan Eliya.

"Woi ponteng ke? Faz dengan Lin tulis nama Eliya ni. Dia ponteng", ujar Munirah.

Eliya membuat gaya ingin mencekik Munirah. Cepat-cepat Munirah and the gang lari. Tahu takut!

Ziyyad berjalan keluar dari makmal. Eliya membulatkan matanya agar dapat melihat Ziyyad dengan lebih jelas. Ziyyad menyanyi kecil dan di tangannya ada beberapa buah buku.

Tiba-tiba Ziyyad tersepak tong sampah dan buku-bukunya tepat jatuh ke dalam tong sampah. Ziyyad sudah semestinya sudah jatuh mencium lantai. Cepat-cepat dia berdiri dan membetulkan bajunya. Dia melihat sekeliling takut ada yg melihat. Mukanya merah menahan tangis. Sakit!

Dia teragak-agak hendak mengambil buku dari tong sampah. Apabila sudah memastikan line clear, Ziyyad menghulurkan tangannya ke dalam tong sampah. Dia sempat mengambil dua buku sahaja dan membiarkan buku yg satu lagi di dalam tong sampah itu.

Selepas Ziyyad berlalu ke kelasnya, Eliya menghampiri tong sampah. Buku Ziyyad diambil. Dia tersenyum girang. Yes, dapat buku Ziyyad!

Buku latihan karangan Bahasa Melayu dibelek oleh Ziyyad. Jelas nama dan kelasnya tertulis di depan buku itu. Dia tidak menyangka Eliya sempat mengambil buku ini dan disimpannya sehingga sekarang.

"Kau betul-betul suka aku ke Eliya? Tapi kenapa? Kenapa aku?".

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now