Bab 33

36.2K 1.4K 23
                                    

Hujan turun renyai-renyai membasahi bumi. Tempias hujan melicinkan lantai sekolah. Arsyad berhati-hati semasa berjalan takut tergelincir.

"Weh, janganlah pegang bahu aku", marah Arsyad apabila Johan merangkul bahunya.

Johan tersengeh. "Aku takut jatuh. Kau je insan yg aku boleh percayai. Pimpinlah aku ke kelas". Tangan Johan dihulurkan agar Arsyad menyambutnya.

Arsyad membuat muka geli-geleman. Sempat pula si Johan ni nak bergurau. Bunyi loceng menandakan waktu rehat sudah tamat kedengaran. Mereka berdua mencuba sedaya upaya agar dapat sampai ke kelas dengan cepat.

Sewaktu mereka tiba di depan kelas, seorang pelajar perempuan tergelincir lalu jatuh terduduk di depan pintu. Satu kelas mentertawakan dia. Dia bangun lalu mengibas bajunya yg sudah kotor. Mahu sahaja dia pulang pada waktu ini.

Arsyad ketawa berdekah-dekah. Begitu juga dengan Johan. "Kelakar la Farah ni. Kesian awak jatuh ye. Lain kali, ukir sendiri bunga kat tapak kasut tu baru tak licin". Arsyad tersenyum sinis. Rakan-rakan lain terus mentertawakan Farah.

Farah yg menahan malu daripada tadi cuba bertahan daripada menumpahkan air matanya. Dia berlari menuju ke tandas. Nasib baik dia tidak tergelincir sekali lagi.

"Aku benci kau Arsyad!", bergema jeritan Farah di dalam tandas.

"Oi ke kiri ke kanan ke depan ke belakang. Ehh, apa aku merapu ni".Terkejut mak cik cleaner dibuatnya. "Kenapa ni, nak? Boleh mak cik tolong".

"Maaf buat mak cik terkejut. Baju saya ni kotor sikit. Terima kasih tapi saya okey je. Err saya keluar dulu ye".

***

Air sejuk dituangkan ke dalam gelas. Arsyad meneguk sedikit demi sedikit. Terasa nyaman sedikit tekaknya. Dia mengintai Puan Hasmah yg sedang memasak di dapur. Bau enak menusuk ke dalam rongga hidung Arsyad.

"Mama goreng sotong celup tepung? Sedapnya! Eh, gulai ayam pun ada", ujar Arsyad dengan teruja. Perutnya tiba-tiba berbunyi.

"Yelah. Nak bagi Jung Shin rasa. Esok kan dia dah nak balik". Arsyad mengangguk perlahan.

"Ma, macam mana eh rasa jatuh cinta tu? Kita jadi selalu nak usik dia ke?", soal Arsyad.

Puan Hasmah mengangkat keningnya. Setahu dia, Arsyad tidak pernah suka pada mana-mana gadis cuma dia pantang tengok perempuan cantik. Pasti dipujinya.

"Syad jatuh cinta ke? Amboi, biar betul anak mama sorang ni".

"Anak mama ni kan gatal. Orang suruh belajar dulu, dia sibuk nak bercinta". Tiba-tiba Amsyar muncul dari belakang lalu menyiku pinggang Arsyad.

"Mana ada. Syad tanya je. Lagipun, akak dulu suka kat abang Ziyyad masa sekolah menengah lah. Tak salah Syad suka kat someone. Mama kan?". Puan Hasmah tersenyum. Dia mengiyakan sahaja kata-kata anaknya itu.

Telinga Arsyad dipulas oleh Amsyar. "Syad ni bukannya boleh percaya. Belajar dulu. Dah jadi macam abang Am ni carilah girlfriend. Tengok abang Am ni sampai sekarang tak ada awek lagi tau. Girlfriend abang mama je". Arsyad menggosok telinganya yg pedih.

"Eleh, yelah tu. Syad tanya Jung Shin hyung dia cakap abang selalu usha awek kat Korea tu".

"Jadi Syad percayakan dia lagi lah daripada abang? Sampai hati. Abang Am nak pergi kat batu belah batu bertangkup". Amsyar pura-pura merajuk. Dia berlari ke ruang tamu dengan slow motion. 'Entah apa-apa abang aku sorang ni', desis Arsyad dalam hati.

"Tak payah nak merajuk sangatlah. Minggu depan dah nak pergi interview kerja. Tak pasal-pasal kena reject awal-awal lagi. Perangai childish betul", perli Puan Hasmah dengan kuat. Arsyad ketawa mengekek.

"Mama perli Am ye? Dah lah perli dalam bahasa Inggeris. Mana Am faham".

"Am ingat Am sorang je ke reti bahasa Inggeris? Me too okay. Jangan pandang sebelah mata je mama ni".

***

Baju-baju kemeja disusun di atas katil. 'Hm, nak pakai baju mana ye?'. Ziyyad memilih baju kemeja kelabu kosong dan dipadankan dengan tali leher hitam. Dah macam perempuan je pilih baju.

Eliya menjenguk suaminya selepas menyediakan sarapan. Sarapan ringkas sahaja tetapi penuh kasih sayang. Cewah! "Abang buat apa tu?", tegur Eliya.

"Pilih baju. Hari ni ada menteri pelajaran nak datang sekolah. Kena nampak kemas dan handsome. Eh, abang memang selalu handsome pun".

Eliya mencebik. "Selalu puji diri sendiri kan? Meh sini baju tu sayang nak gosok. Lewat pulak nanti abang pergi sekolah".

"Bukan puji tapi memang kenyataan nak buat macam mana. Sayang gosok elok-elok tau", pesan Ziyyad sebelum pergi ke dapur untuk bersarapan.

Sedang asyik Eliya menggosok, kedengaran Ziyyad menjerit dari dapur. "Sayang! Abang tercekik ni. Tolong!".

Dengan sepantas cheetah, Eliya ke dapur untuk memeriksa Ziyyad. Muka Ziyyad merah padam menahan sakit. Eliya terus menepuk lembut belakang Ziyyad.

"Abang, tak jadi ni. Sayang kena tepuk kuat-kuat kalau tak memang tak jadi". Bismillah, gedebuk! Secebis roti keluar dari mulut Ziyyad.

"Aduh! Ganasnya sayang. Benjol belakang abang".

"Belakang pun boleh benjol ke? Kalau sayang tak buat macam tu abang dah mati tercekik tau. Makan roti pun boleh tercekik".

Ziyyad menjeling isterinya. "Apa? Bukan salah abang pun".

Tiba-tiba Eliya teringatkan baju Ziyyad. "Alamak! Baju abang!".

Dia memandang baju Ziyyad yg sudah hangus terbakar berbentuk seterika. Ni dah boleh buat lap kaki ni. Bukan selalu lap kaki dari kain yg mahal.

"Sayang, ni baju kesayangan abang tau. Kenapa sayang buat macam ni?", keluh Ziyyad dengan kecewa.

"Maaflah. Abang sendiri kan yg tercekik tadi. Sayang cepat-cepatlah nak pergi tolong abang. Sayang gosok baju lain eh?".

Ziyyad terdiam. Dia memeluk kemeja kesayangannya dengan penuh kesedihan. Eliya menggeleng kepala melihat suaminya.

"Dah lah tu abang. Pakai yg ni. Lewat nanti abang jugak yg susah", arah Eliya sambil menghulurkan kemeja hitam kepada Ziyyad. Ziyyad menyambutnya lalu terus ke bilik tanpa sepatah kata.

"Ya Allah, boleh pulak dia merajuk sebab kemeja tu je. Macam mana aku nak pujuk?".

Sebelum Ziyyad ke sekolah, Eliya bersalam dengan Ziyyad seperti biasa. Ziyyad juga mencium dahi Eliya seperti biasa tetapi keadannya seolah-olah disilentkan. Ziyyad diam membisu.

Eliya menggaru kepalanya. Entah bagaimana dia hendak memujuk Ziyyad. Dia belum pernah ada pengalaman bercinta. Sudah tentu dia tidak tahu caranya.

"Haa! Esok kan picnic. Bolehlah aku pujuk dia nanti", ujar Eliya. Dia tersenyum sendiri.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now