Bab 21

37.5K 1.5K 17
                                    

"Apa yg cikgu dah buat dekat anak saya sampai dia nak bunuh diri? Cikgu dah melampau!", tengking Dato' Ismail. Ziyyad menundukkan mukanya. Dia bimbang jika tangannya naik menampar pipi lelaki itu.

"Saya tak ada buat apa-apa. Anak Dato' tu yg melampau. Dia fitnah saya cuba nak sentuh dia. Dia ingat saya hadap sangat nak sentuh pelajar saya? Dato' tu kena ajar dia jaga perangai elok-elok". Merah muka Ziyyad menahan geram. Fasha betul-betul menguji kesabarannya.

"Huh! Awak nak tuduh saya ni tak pandai jaga anaklah ye? Saya kenal anak saya. Dia tak akan buat benda macam tu kalau cikgu tak mulakan dulu. Semua ni salah cikgu".

"Dato' jangan cuba cabar kesabaran saya. Saya dah banyak bersabar selama ni. Anak Dato' yg mengaku cintakan saya. Dato' dengar rakaman ni", telefon bimbit miliknya dihulurkan kepada Dato' Ismail.

Reaksi Dato' Ismail berubah. Dia tidak menyangka anaknya begitu. Perasaan malu mula terbit dari dalam diri.

"Maafkan saya cikgu. Saya tak tahu Fasha menaruh hati kepada cikgu. Sekali lagi, maafkan saya. Saya akan pastikan perkara ni tak akan berlaku lagi". Dengan rasa bersalah, Dato' Ismail bersungguh-sungguh meminta maaf.

"Tak apa Dato'. Saya faham. Fasha perlukan kasih sayang. Dato' sibuk bekerja sedangkan dia di rumah memerlukan perhatian Dato' dengan Datin. Saya harap Dato' dapat meluangkan masa yg lebih banyak dengan Fasha".

Selesai sudah kes fitnah Ziyyad. Ziyyad berasa begitu lega. Dato' Ismail mengambil keputusan untuk memindahkan Fasha ke sekolah lain.

Ziyyad melangkah kaki ke dewan sekolah. Hari ini ada ceramah motivasi untuk pelajar tingkatan 5. Ziyyad juga terlibat sama untuk memberi ceramah.

Pelajar di dalam dewan mula berbisik-bisik tatkala Ziyyad duduk di kerusi yg sudah disediakan. Ziyyad sudah lali dengan suasana begini. Surat dan mesej dari pelajar tingkatan 5 adalah paling banyak diterimanya.

Tiba giliran Ziyyad, pelajar perempuan bersiul nakal. Pelajar perempuan okey, bukan lelaki.

"Jaga perangai kamu semua. Saya tak suka kamu buat perangai macam ni. Sila dengar apa yg saya hendak sampaikan", kata Ziyyad dengan muka serius.

Seluruh dewan kembali senyap. Mudahnya pelajar-pelajar mendengar arahan daripada seorang cikgu yg kacak. Muehehe.

***

Ziyyad sampai ke rumah pada pukul 3 petang. Dia tidak mahu singgah di kafe. Dia terus membaringkan badannya di atas katil setelah selesai menunaikan solat Zuhur.

Sedang lena Ziyyad diulit mimpi, bahunya dirasakan digoncang oleh seseorang. Dia membuka mata perlahan-lahan.

"Abang, dah nak dekat pukul 7 ni. Abang tak solat Asar lagi. Cepat pergi solat", arah Eliya. Ziyyad bingkas bangun kerana dia tidak mahu terlepas solat Asar.

Eliya ke dapur untuk sambung memasak. Menu berbuka puasa hari ini ialah paprik, ayam goreng dan telur dadar. Dia menghidangkan nasi di atas meja. Air bandung dibancuh di dalam jag.

"Asal kau masak banyak-banyak ni? Aku nak berbuka puasa dengan Dina", tutur Ziyyad apabila dia terbau paprik dari dapur. Jujur dia ingin sekali merasa paprik itu.

"Sayang letih-letih masak untuk abang tau. Abang tak boleh keluar. Makan dengan sayang kat rumah". Eliya memuncungkan mulutnya tanda dia merajuk. Dia cuba menarik tangan Ziyyad tetapi cepat-cepat Ziyyad melarikan tangannya.

"Aku dah cakap kan aku nak makan dengan Dina. Kau makanlah sorang-sorang. Macam tak biasa pulak", kaki Ziyyad terus melangkah meninggalkan Eliya.

Air mata Eliya mula mengalir. Sampai hati Ziyyad tidak mengendahkannya. Perut Eliya yg tadi berkeroncong kerana kosong sudah kenyang. Seleranya mati untuk makan. Dia kecewa dengan suaminya.

Dia mengambil beberapa bekas untuk mengisi paprik dan ayam goreng. Dia memberi sedikit lauk kepada jirannya. Nombor Joe dicari dan dia menghantar sekeping mesej.

To: Joe

Datang rumah saya jap. Nak bagi lauk sikit 😃

Tinggal setengah jam lagi untuk berbuka. Kereta Joe terparkir di depan rumah Ziyyad. Eliya terus menyarung tudung. Bekas-bekas sudah diletakkan di dalam plastik.

"Hai Joe. Nasib baik awak datang cepat. Ni lauk untuk awak", plastik tadi dihulurkan kepada Joe.

"Sedapnya bau! Terima kasih Eliya. Suami awak tak ada kat rumah ke?", soal Joe kerana dia tidak nampak kereta Ziyyad di halaman rumah.

"Dia berbuka dengan girlfriend dia. Tak apalah, saya masuk dulu. Dah nak berbuka ni. Baik awak balik cepat".

Eliya berlari anak memasuki rumahnya. Joe hanya memerhati Eliya sehingga dia masuk ke dalam rumah. Dia bersimpati dengan nasib yg menimpa Eliya.

Azan Maghrib mula berkumandang. Eliya menguis-nguis nasi yg berada di dalam pinggannya. Dia perlu juga mengisi perutnya yg kosong. Air bandung diteguk beberapa kali.

Tidak lama kemudian Ziyyad tiba di rumah. Dia terus masuk ke bilik untuk menunaikan solat Maghrib. Usai solat, Ziyyad ke dapur mencari Eliya tetapi Eliya sudah tiada di situ.

Dia membuka tudung saji untuk mencari paprik. Paprik juga tiada. Yg tinggal hanya telur dadar. 'Takkan dia makan sorang kot paprik tu? Banyak weh. Dengan ayam goreng lagi', omel Ziyyad di dalam hati.

Ziyyad mengetuk pintu bilik Eliya. Eliya menjengulkan kepalanya sahaja. Dia malas hendak membuka pintu. "Abang nak apa?", soal Eliya dingin.

"Paprik yg kau masak tu dah habis ke?".

"Ha'ah. Saya bagi dekat jiran sebelah sikit lepas tu kat Joe sikit. Okey bye", belum sempat Eliya menutup pintu Ziyyad terlebih dahulu menolak pintu bilik Eliya.

"Kau cakap apa? Bagi dekat Joe? Joe datang sini? Eh kau tu isteri aku. Nanti apa pulak orang cakap kalau diorang nampak".

"Sayang tak larat nak habiskan lauk tu. Sayang bagi je lah dekat dia. Tak salah kan? Dia tu kawan sayang je", Eliya mula rimas dengan Ziyyad.

"Masalah sekarang dia tu tetap orang luar. Orang tak kenal dia. Kau ada apa-apa ke dengan dia?", Ziyyad bercekak pinggang.

"Tak ada dan tak akan pernah ada. Sayang cuma cintakan abang sorang. Abang je yg tak pernah pedulikan sayang. It's very hurt, Ziyyad. Keluar sekarang. Sayang tak ada mood".

Ziyyad akur dengan permintaan Eliya. Dia menggaru hidungnya. Entah kenapa sekejap dia rasa kasihan kepada Eliya tetapi perasaan itu tidak lama.

Dia masuk ke biliknya. Dia teringatkan peristiwa dia dengan Eliya masa sekolah dahulu.

Throwback...

Ziyyad berjalan ke kelas sambil menyanyi kecil. Sebentar lagi loceng rehat akan berbunyi tetapi dia memilih untuk masuk ke kelas.

Rakan-rakannya yg lain sudah bergerak ke kantin. Tiba di kelas, dia ternampak tiga orang gadis keluar dari kelasnya mengikut pintu belakang dan terus menghilangkan diri.

Dia tidak mempedulikannya. Pencil case diletakkan di bawah meja. Dia melihat lantai di sekitar mejanya bersih tanpa debu seperti biasa. Dia menjengukkan pula kepalanya ke laci meja.

"Eh?! Tersusun je buku-buku aku. Sampah pun tak ada ni. Siapa punya kerja?", soal Ziyyad seorang diri.

Terus fikirannya memikirkan tiga orang gadis tadi. Mesti salah seorang daripada mereka yg mengemas mejanya.

Eliya, Tania dan Sarah berlari sekuat mungkin. Dengan nafas yg tercungap-cungap, Eliya menggigit bibirnya.

"Kau rasa dia nampak tak? Aku risau". Eliya menutup muka dan dia duduk di kerusi yg berada di lorong blok B itu.

"Entahlah. Harap-harap dia tak nampak. Tapi kalau dia nampak apa salahnya kan?".

Eliya mencubit lengan Tania. Tania mencubit pula lengan Sarah.

"Aduh! Aku pulak kena. Jom masuk kelas. Aku dah penat sangat ni. Nak coffee", Sarah mula merengek.

Mereka bertiga berjalan masuk ke kelas. Tanpa disedari, Ziyyad sudah lama memerhatikan mereka.

"Nur Eliya".

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now