Bab 35

36K 1.4K 82
                                    

Farah tersenyum sinis melihat Arsyad yg sedang berjalan ke arah bilik guru. Dendamya terhadap Arsyad masih belum terbalas.

Tangan Farah didepa untuk menghentikan langkah Arsyad. Arsyad yg terkejut melihat Farah yg datang entah dari mana terus berhenti. "Kau nak apa?".

"Aku nak balas dendam". Sejurus itu Farah terus rebah ke lantai sambil menjerit. "Cikgu! Arsyad pukul saya!". Dia menangis sekuat hati.

Cikgu Azlan yg kebetulan terdengar jeritan Farah keluar dari bilik guru. "Kenapa ni Farah? Arsyad? Kamu buat apa kat dia?", soal cikgu Azlan yg juga cikgu disiplin sekolah.

Arsyad terpinga-pinga. Dia disuruh oleh cikgu Laila untuk membeli makanan di kantin. Sebab itu dia ke bilik guru untuk menghantarnya.

"Saya dah banyak kali pesan. Jangan membeli makanan di kantin kecuali pada waktu rehat. Seperti yg sudah saya katakan, saya rampas makanan kamu. Ikut saya ke balai. Eh, ke bilik disiplin sekarang". Arsyad terpaksa membuntuti langkah cikgu Azlan. Farah menjelirkan lidah kepada Arsyad.

"Duduk", arah cikgu Azlan. Dia meletakkan makanan di atas mejanya. "Baik kamu terangkan kepada saya apa yg berlaku".

Baru sahaja Arsyad hendak membuka mulut, cikgu Azlan terus memotong. "Sebelum tu, saya nak minta maaf pasal balai tadi. Saya dulu pernah bercita-cita nak jadi polis tapi dah jadi cikgu nak buat macam mana? Kita tak boleh lawan takdir. Okey, kita sambung!".

"Sambung apa cikgu?". Pening lalat Arsyad dibuatnya. Sungguh Arsyad pelik dengan cikgu ini.

"Sambung cerita kamu lah. Takkan sambung makan pulak. Makanan ni hak kamu. Saya tak boleh makan".

Arsyad menggaru kepalanya. Memang pelik sungguh cikgu ini. "Err. Saya difitnah cikgu. Saya beli makanan ni pun sebab cikgu Laila yg suruh. Lepas tu masa saya on the way nak ke bilik guru tiba-tiba Farah cakap saya pukul dia. Sumpah saya tak pukul dia. Tak baik lelaki pukul perempuan", terang Arsyad panjang lebar.

"Kita sambung esok saja lah. Saya nak round sekolah takut ada pelajar ponteng. Bawak ibu bapa atau penjaga kamu esok. Kita bincang elok-elok. Makanan ni kamu bagi dekat cikgu Laila. Terima kasih". Arsyad mengerutkan dahinya. Habislah kalau mama tahu!

Dia meluru ke kelas mencari Farah. "Farah, kau sini jap". Semua mata tertumpu ke arah mereka berdua.

"Tak cukup lagi ke kau dah pukul aku? Kau nak buat apa lagi? Malukan aku depan semua orang macam hari tu?". Baru Arsyad tahu kenapa Farah berdendam dengannya.

Dia menghela nafas. "Aku usik kau sebab aku suka kau, Farah. Tak sangka kau buat aku macam ni".

Terdiam Farah mendengar pengakuan jujur Arsyad. Dia seolah-olah tidak boleh bercakap. Arsyad yg kecewa terus keluar dari kelas. Rakan-rakan yg lain terkejut dengan apa yg baru mereka dengar terutama sekali Johan. Johan terus mengejar Arsyad.

"Syad! Tunggu aku woi!", jerit Johan. Pelajar yg lalu lalang di situ memandang pelik ke arah Johan.

Arsyad berhenti berjalan. Dia memusingkan badannya untuk melihat Johan. Johan yg tidak sempat membrek kakinya terus melanggar badan Arsyad hingga jatuh. "Weh, geli lah! Aku bukan gay!". Arsyad meronta-ronta.

Johan menjentik dahi Arsyad. "Aku tak sengaja bongok. Kau ingat aku nak sangat ke kat kau?".

Baju dan seluar dikibas oleh Arsyad. Nasib baik tidak kotor. "Apahal kau ikut aku?".

"Kau kan kawan baik aku. Aku nak tahu jugaklah apa yg terjadi sebenarnya".

"Tak payah sibuk. Yg penting kau tahu Farah tu hak aku".

***

Arsyad menelefon Eliya. Dia hendak bertanyakan petua cinta dari Eliya. Cehh!

"Assalamualaikum akak yg disayangi. Sihat tak?".

Eliya memandang skrin telefonnya. Memang betul nombor Arsyad tetapi kenapa Arsyad baik sangat ni?

"Waalaikumussalam. Akak sihat je. Kenapa tiba-tiba jadi baik macam ni?", soal Eliya curiga.

"Syad nak mintak petua sikit".

"Petua apa?".

"Petua cinta. Hehe. Syad ada suka kat sorang budak perempuan ni tapi dia macam dah benci Syad. Nak buat macam mana eh?".

"Bertuah punya budak. Okey okey akak share apa yg akak tahu". Sejam mereka bercakap di telefon akhirnya Arsyad mematikan talian.

Eliya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Kunci kafe ditinggalkan kepada Syamimi. Baru sahaja dia hendak melangkah ke kereta tetapi dihalang oleh seseorang.

"I nak cakap dengan you sikit. Bukan kat sini".

Sampai sahaja di depan restoran yg agak mewah itu Eliya mematikan enjin kereta. Dina menyuruh Eliya untuk mengikutnya.

Setelah duduk, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan. Eliya hanya memesan fresh orange. Tiada selera dia hendak makan.

"I dah kahwin dengan ayah mertua you so you kena anggap I macam mama you. Kelakar kan? Tapi tak apa. I bahagia dengan Khai", ujar Dina. Dia melihat jarinya yg masih merah. Pengantin baru lah katakan.

"You nak cakap apa sebenarnya? Just straight to the point". Eliya mengerling jam tangannya. Sudah hampir pukul 6:30 petang.

"Tak payah tengok sangatlah jam tu. Tak lari pun suami you kat rumah. I cuma nak cakap, jangan sesekali you bagitahu umi Ziyyad pasal I dengan Khai. Kalau tak, nahas you".

"Kalau Ziyyad sendiri yg cakap? And one more, kenapa takut sangat kalau umi tahu?".

"Kalau Ziyyad yg cakap, you tetap bersalah. None of your bussiness. I pergi dulu". Dina meninggalkan Eliya sendirian.

"Ni siapa nak bayar? Amboi, aku jugak yg kena. Dah lah tak sentuh langsung air dia tu. Tak boleh jadi ni. Aku kena habiskan".

***

"Sayang pergi mana tadi?", soal Ziyyad. Dia risau jika berlaku perkara buruk kepada isterinya.

"Pergi jumpa Dina. Dia cakap jangan bagitahu umi pasal dia kahwin dengan ayah. Kenapa eh?".

Ziyyad mendengus kecil. "Nanti kalau ada masa abang cerita kat sayang. Malaslah nak cakap pasal dia. Buat abang bad mood je".

"Okey nanti abang cerita tau. Abang nak makan apa-apa tak? Sayang nak masak ni".

"Abang nak mi sup. Boleh buat tak?", soal Ziyyad sambil mengangkat keningnya.

Eliya tertawa kecil. "Eleh senang je. Sayang boleh buatlah. Lepas solat maghrib sayang buat ye?".

"Yelah. Jom solat sama-sama. Sayang pergi mandi dulu. Badan ni dah berbau apa entah". Ziyyad menutup hidungnya. Eliya memukul lengan Ziyyad.

"Mana ada sayang busuk! Dah lah, tak nak kawan".

"Sayang! Habis tu siapa nak kawan dengan abang ni? Abang mana ada kawan. Sedihnya". Eliya menjelirkan lidahnya lalu berlari ke bilik. Ziyyad cuba mengejar Eliya namun Eliya sempat menutup pintu bilik. Bunyi gelak tawa Eliya membuat Ziyyad tersenyum sendiri. Comel betul!

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now