Bab 5

41.3K 1.8K 50
                                    

Seperti yg dijanjikan, Tania datang menjemput Eliya pada pukul 7:45 malam. Persahabatan mereka sehingga ke hari ini masih kekal kerana mereka tidak merantau ke negeri lain. Kawan Eliya pun tidak ramai. Hanya Tania yg menjadi peneman sepanjang masa.

Eliya mencari kasut di dalam rak untuk dipakainya. Usai menyarung kasut, dia bergegas masuk ke perut kereta Tania. Seatbelt ditarik. Volume radio dikuatkan.

Hadir dirimu,
Memulihkanku...

Eliya berduet dengan Tania. Mereka memang suka menyanyi. Semasa sekolah menengah dahulu, mereka pernah mewakili pertandingan menyanyi pada umur 17 tahun. Banyak memori mereka bersama.

Setibanya mereka di sekolah, sudah banyak kereta di garaj. Tania terpaksa memarkir keretanya di luar pagar. Mereka berjalan beriringan memasuki kawasan sekolah. Terasa sebak pula bila teringat kenangan dahulu.

Lampu menerangi kawasan sekolah. Mereka berkumpul di tapak perhimpunan. Eliya sempat menegur dan beramah-mesra dengan rakan-rakan sekelasnya. Daniel menjadi pengacara pada malam itu. Satu mesej masuk ke telefon milik Eliya.

From: Lovely Brother Syad

Kak, nanti akak tolong ambik semua buku teks kat bawah meja Syad. Syad lupa nak bawak balik semalam.

What? Pandai Arsyad mengambil kesempatan. Laju Eliya membalas mesej adiknya.

Bunyi ringtone telefon bimbit menarik perhatian Arsyad. Dia tersengeh membaca mesej Eliya.

From: Kakak comel 💋

Banyak cantik! Kat mana kelas Syad? Kalau akak ingat akak pergi ambik tapi kalau tak ingat pandai-pandailah.

To: Kakak comel 💋

Kelas Syad kat tingkat 3 blok C. Yg hujung dekat dengan tandas tu.

"Lajunya menaip. Kau mesej dengan siapa?, soal Tania curiga. Takkan Eliya ada pakwe?

"Adik aku ni haa. Suruh pergi ambik buku teks dia. Boleh pulak tertinggal. Mentang-mentang cuti 2 minggu".

Kejap, tingkat 3 blok C dan dekat dengan tandas? Ni kelas Ziyyad dulu. Eliya teruja. Dia menarik tangan Tania agar mengikutnya. Sampai di tingkat 3 yg agak sunyi, Tania mula berasa seram sejuk. Nafasnya tercungap-cungap kerana letih menaiki tangga.

"Kau nak pergi mana ni? Tak takut ke? Dah lah gelap. Lampu kat koridor je terpasang ni". Tania mula risau. Seram beb kat tingkat 3 ni.

"Pergi kelas adik aku lah. Kelas dia kat kelas Ziyyad dulu. Ingat tak?".

"Oh aku ingat. Kenapa lampu kelas Ziyyad tu terpasang eh?". Eliya melihat ke arah yg ditunjukkan oleh Tania. Betul apa yg dikatakannya. Macam mana boleh terpasang?

Mereka menghampiri kelas 4 Alfa yg dahulunya kelas 5 Beta. Laju jantung Tania berdegup. Tangannya kemas menggenggam tangan Eliya.

Ada kelibat seorang lelaki yg sedang duduk di salah satu kerusi. Lelaki itu seperti sedang termenung. Dari belakang, mereka boleh lihat lelaki itu agak kacak orangnya.

"Err encik? Encik buat apa kat sini?", dengan berani Eliya menyoal.

Lelaki itu berpaling ke arah Eliya dan Tania. Dari reaksi mukanya, dia nampak terkejut. Mungkin tidak perasan kehadiran dua orang gadis yg manis itu.

Cantik! Desis hati Ziyyad. Eliya yg memakai baju kurung moden warna cream dan selendang pink belacan sungguh ayu di mata Ziyyad.

Eliya terkesima. "Ziyyad Mazrul kan?". Ziyyad hanya mengangguk. Ini adalah kali pertama Eliya bercakap dengan Ziyyad.

"Aku datang sini teman umi aku. Saja aku naik ke kelas ni. Rindu", ujar Ziyyad sambil menggaru hidung. Memang sudah menjadi tabiatnya.

"Cikgu Shida datang jugak ke? Seriously?". Jelas terpancar riak teruja pada muka Eliya.

Selepas mengambil buku teks Arsyad, mereka bertiga turun bersama. Hati Eliya berdegup kencang. Bukan kerana takut tetapi kerana melihat Ziyyad yg sungguh kacak pada malam itu dengan mengenakan kot hitam. P/s: Sila tengok gambar kat atas.

***

Eliya dan cikgu Shida saling berpelukan. Mereka melepaskan rindu terhadap diri masing-masing. Air mata Eliya tidak dapat ditahan lagi.

"Liya, umi datang sini bukan saja-saja tau. Umi nak masuk meminang Liya. Kan dulu Liya dah janji dengan umi nak kahwin dengan Ziyyad? Umi takkan mungkir janji". Cikgu Shida mengesat air matanya dengan tisu yg dihulurkan oleh Tania.

Eliya ternganga. Betul ke apa yg dia dengar tadi? Dia seperti bermimpi. Cikgu Shida masih ingat dengan janjinya?

"Jangan bergurau umi. Ziyyad tak suka Liya. Mana boleh kitorang kk ka kahwin", tergagap Eliya menutur kata. Dari jauh dia dapat melihat Ziyyad yg sedang berbual dengan beberapa orang lelaki.

"Siapa cakap? Umi tak kira. Umi nak Liya jadi menantu umi. Pasal Ziyyad tu jangan risau. Umi tahu nak buat apa. Umi dah tak nak jauh dari Liya".

Tangan cikgu Shida diraih. Dia terharu. Tidak sangka cikgu Shida akan menunaikan janjinya walaupun sudah 8 tahun berlalu.

"Liya dah ada boyfriend ke? Kenapa macam tak suka ni?". Cikgu Shida mula cuak.

"Eh mana ada. Dari dulu sampai sekarang, Ziyyad masih di hati Liya. Cuma Liya takut Ziyyad tak boleh terima Liya", jujur Eliya berkata.

Sungguh Eliya tidak percaya. Mimpi? Tapi sudah merah lengannya dicubit. Sakit. Maknanya bukan mimpi.

Selesai majlis reunion, Tania menghantar Eliya pulang ke rumah. Arsyad membuka pintu dan terus bertanyakan buku teks. Eliya menggeleng kepala dengan karena adiknya.

Malam itu, Eliya tidak dapat tidur dengan lena. Banyak benda yg mengganggu fikiran Eliya. Kehadiran Ziyyad dan cikgu Shida betul-betul menggembirakan dirinya.

Permintaan yg disampaikan oleh cikgu Shida begitu mengejutkan diri Eliya. Adakah dia akan menerima pinangan itu nanti? Dia tidak pasti. Wudhuk diambil dan dia membentangkan sejadah. Hanya satu jawapan yg pasti, solat istikharah.

Dia berharap Allah memberikan petunjuk dalam mimpinya nanti. Menurut cikgu Shida, rombongan meminang akan datang pada hari Selasa minggu depan. Dia ingin segera meminang Eliya kerana dia terpaksa pulang ke Pahang untuk mengajar.

Eliya memejam mata. Dia tidak tahu sama ada gembira atau sedih dengan kejutan tadi. Dia terima jika jodohnya dengan Ziyyad. Tapi adakah Ziyyad dapat menerima perempuan biasa sepertinya sebagai isteri? Dia buntu.

"Ziyyad, saya harap awak boleh jadi suami yg baik untuk saya".

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now