Bab 6

40.6K 1.6K 34
                                    

"Kau betul ke nak kahwin dengan aku?". Muka tak berperasaan Ziyyad agak menjengkelkan.

"Betul. Saya dah setuju dengan umi. Err awak tak kisah ke?", Eliya gugup. Dia tidak percaya Ziyyad hendak bertemu dengannya di kafe berhampiran dengan tempat kerjanya. Nasib baik dia tidak sibuk pada hari ini.

"Huh, tak kahwin dah panggil umi. Berbulu telinga aku dengar", Ziyyad tersenyum sinis. Jelas dia menyampah dengan Eliya.

Eliya menenangkan dirinya. Dia perlu bersabar. Tarik nafas, hembus nafas. Rileks Eliya. You can do it!

"Telinga awak berbulu? Mana nak tengok? Kalau ada bulu cukur je la. Senang".

"Kau ingat ni ketiak ke nak cukur bagai? Eh boring lah layan kau ni". Jelingan maut diberikan kepada Eliya. Eliya cuma mampu bersabar.

"Saya gurau je lah. Lagipun tak lama lagi kita nak kahwin kan? Saya saja je nak kenal-kenal dengan awak". Senyuman plastik ditayangkan oleh Eliya. Sakit hatinya mencucuk-cucuk jiwa Eliya. Boring? Sampai hati mamat ni cakap macam tu.

"Perasan betul kau ni. Kalau kita tak jadi kahwin? Dah lah aku nak balik. Buang masa je hadap kau kat sini". Kunci kereta dicapai dan Ziyyad berlalu pergi.

Hancur, remuk dan patah hati Eliya melihat sikap Ziyyad yg tidak menyukai dirinya. 'Benci sangat ke?'. Dia tahu dia tidak cantik dan bergaya seperti orang lain tapi dia masih mempunyai perasaan. Air mata dilap dengan hujung lengan baju kurungnya.

Eliya berjalan meninggalkan kafe. Dia terus menuju ke pejabat yg bertentangan dengan kafe tersebut. Bekerja di syarikat penerbitan buku tidak semudah yg disangka. Banyak kerja yg perlu dilakukan.

Selepas tamat pengajian di universiti, Eliya menolak tawaran kerja yg memaksa dirinya berpindah keluar dari negeri kerana dia hendak menjaga Puan Hasmah. Kebetulan dia ditawarkan untuk bekerja di syarikat Starlight Publication Sdn Bhd sebagai pengurus kewangan. Tawaran itu tidak disia-siakan olehnya.

Remy dan Hady menyapa Eliya sebaik saja dia melangkah masuk. Mereka ialah sepasang kembar. Muka agak seiras tetapi Hady lebih tinggi berbanding Remy. Ya, mereka memang kacak. Eliya sendiri tidak tahu bagaimana mereka boleh bekerja bersama.

Fail di atas meja dikemas. Kertas-kertas yg berselerakan disusun dan diletakkan di suatu tempat. Meja kerja Eliya agak bersepah. Serabut kepalanya memikirkan sikap Ziyyad.

"Kenapa badmood ni? Ada masalah ke? Boleh I tolong ?", Linda menegur dengan ramah. Muka Linda berkerut melihat Eliya yg seperti hendak menangis.

"Ada problem sikit dengan kawan. But, I'm okay. Don't worry Lin. Thanks for asking".

Linda kembali bergerak ke pejabatnya setelah berpuas-hati. Screen komputer dipandang lama oleh Eliya. Eliya mengelamun memikirkan masa depannya dengan Ziyyad. 'Aku kuat ke nak dengar dia maki aku hari-hari?'.

***

Pintu rumah dikuak. Cikgu Shida menyambut kepulangan anaknya. Mereka menumpang di rumah adik cikgu Shida, Saiful. Saiful hanya berbeza 2 tahun daripada umur Ziyyad. Mereka agak rapat kerana Ziyyad menganggap Saiful seperti abangnya walaupun itu ayah saudaranya.

"Macam mana date? Okey?", soalan yg sudah dijangka. Cikgu Shida tidak sabar mahu mendengar anaknya bercerita.

"Dia tu boring umi. Nothing special about her". Tangan Ziyyad mencapai keropok. Dia mengunyah sambil tergelak melihat cerita kartun di televisyen.

Cikgu Shida seperti tidak berpuas hati dengan jawapan selamba Ziyyad.
Saiful ketawa melihat Ziyyad yg tiada perasaan itu.

"Betul ke dia tu boring? Pak su tengok gambar dia tadi. Cantik sangat. Kalau Zed tak nak meh kat pak su lah". Saiful membuat muka cute di hadapan Ziyyad. Ziyyad mengacah untuk menumbuk pak sunya. Sekali lagi ketawa Saiful terburai. Tahu pun jealous!

"Tak baik cakap macam tu Ziyyad. Nanti dia jadi bini kamu jugak. Mesti dia kecik hati tu". Riak wajah cikgu Shida membuatkan Ziyyad berasa serba salah. Dia tidak sanggup melihat uminya kecewa.

"Umi jangan risau. Ziyyad akan tetap ambik dia jadi isteri Ziyyad yg sah. Demi umi, Ziyyad sanggup", tangannya diangkat tanda mengalah.

Cikgu Shida tersengeh. Akhirnya, dapat juga dia bermenantukan si Eliya. Sudah lama hasrat itu dipendam. Tidak sabar pula menunggu saat mereka dinikahkan nanti.

***

Almari diselongkar. 'Mana ni?' Barang yg dicari oleh Eliya masih belum ditemui. Sudah sejam dia mencari namun sia-sia sahaja.

Tiba-tiba dia teringatkan buku motivasi yg diselit di rak buku pelajarannya dahulu. Dia mencapai buku tersebut dan membuka helaian 143. Gambar Ziyyad semasa sekolah menengah ditatap. Ziyyad sangat kacak pada masa itu kerana dia memakai cermin mata hitam dan berpakaian sekolah. P/s: Rujuk gambar di atas. Eliya mencuri gambar tersebut dari Facebook rakan Ziyyad.

"Ya Allah, rindunya saat dulu".

Throwback...

Eliya menyelinap masuk ke kelas 5 Beta. Pelajar tingkatan 5 berada di dewan kerana ada ceramah motivasi. Peluang keemasan ini digunakan oleh Eliya. Tania dan Sarah turut serta menemani Eliya.

"Kau nak buat apa Eliya?", soal Sarah. Dia duduk di salah satu kerusi.

"Aku nak susun buku dengan kertas bawah meja Ziyyad ni. Berterabur. Baik aku tolong kemaskan".

Buku dan kertas disusun kemas di bawah meja. Eliya mengambil penyapu dan menyapu lantai di sekitar tempat duduk Ziyyad. Bersih dan kemas.

Lamunannya hilang apabila pintu bilik diketuk. Suara Arsyad jelas kedengaran dari luar. Eliya membuka pintu dengan malas.

"Kak, ingat tau esok cikgu Shida dah nak datang meminang. Akak kuatkan semangat. Syad tak nak kehilangan akak tapi Syad tak mampu buat apa-apa". Suara Arsyad sedikit bergetar. Sedih barangkali.

"Sejak bila adik akak ni jadi emosional macam ni? Akak tak pergi jauhlah. Kahwin je kot. Jangan risau, akan sentiasa sayang adik akak". Hidung mancung Arsyad ditarik. Mesti dia akan merindukan adiknya yg nakal ini. Dia memeluk Arsyad dan menggosok kepala Arsyad.

"Adik akak belajar rajin-rajin tau. Jadi macam Am. Berjaya sampai menara gading dah dia sekarang. Alhamdulillah, rezeki dia".

"In shaa Allah kak. Tapi kalau akak nak kahwin, satu syarat?", Arsyad mengangkat keningnya.

"Syarat apa pulak?". Eliya menolak tubuh Arsyad. Main syarat-syarat apa entah budak kecik ni.

"Nak anak saudara cepat! Bye!". dengan laju selaju Usain Bolt mungkin, Arsyad berlari memasuki biliknya. Membuntang biji mata Eliya. Gatal punya adik!

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now