Bab 40

58K 1.9K 127
                                    

Ziyyad menggaru hidungnya seperti biasa. Selepas subuh, Eliya kembali menyambung tidur. Penat katanya. Ziyyad tahu Eliya masih merajuk dengannya. Padan muka kau Ziyyad! Layan lagi si Ikha tu.

Dia memandang di sekeliling bilik Eliya. Susun atur bilik isterinya itu sungguh kemas. Ziyyad menghampiri almari baju Eliya. Pintu almari dibuka. Terdapat satu tabung di rak bawah sekali. Dia mengambil tabung tersebut.

Collection of Ziyyad's Pen

Jelas tertampal di depan tabung itu. Ziyyad membuka tabung dan dia terkejut. Banyak sungguh pen yg disimpan oleh Eliya. Semua adalah miliknya. Patutlah pen miliknya selalu hilang. Rupa-rupanya Eliya yg mencuri. Dia tergelak kecil.

Tidak sangka Eliya sungguh meminatinya. Dia memandang Eliya yg lena tidur di atas katil. Air matanya hampir menitis. Dia tidak sepatutnya melukakan hati Eliya. Dia berasa sungguh bersalah. Terus disimpan 'tabung pen' itu ke tempat asal.

"Sayang, tak nak bangun ke?". Ziyyad menggoncang bahu Eliya. Eliya menggosok matanya.

"Apa ni? Orang nak tidurlah. Jangan ganggu". Geram pula apabila ada orang yg mengganggu tidurnya.

"Sayang, abang minta maaf. Abang tak sepatutnya buat sayang macam ni. Abang salah. Abang...abang sayang sangat Nur Eliya binti Amran. Abang tak nak kehilangan dia". Ziyyad mula menangis. Ya, dia menangis.

Eliya terkejut. Ziyyad menangis? "Eh, janganlah nangis". Dia tidak tahu hendak berbuat apa.

Diam.

Tangisan Ziyyad semakin kuat. Adakah dia akan kehilangan Eliya? Eliya sudah tawar hatikah?

Eliya buntu. Dia memegang tangan Ziyyad. "Abang, cuba abang bagitahu sayang, jujur. Abang sebenarnya ikhlas ke dengan sayang? Atau hanya nak main-main? Sayang keliru. Sekejap abang okey sekejap abang curang".

Makin laju pula tangisan Ziyyad. "Sayang, sayang rasa abang main-main ke? Ya Allah, apa yg abang dah buat ni". Ziyyad meraup mukanya. Kalau dia tahu benda ini akan terjadi, dia tak akan melayan Ikha. Wajah Eliya yg tenang seolah-olah menyakitkan lagi hatinya. Seperti Eliya sudah bersedia untuk hidup tanpanya.

Suara Ziyyad menjadi serak. Dia takut. Cukuplah dia sakitkan hati Eliya selama ini. "Demi Allah, abang ikhlas dengan sayang. Abang nak sayang jadi ibu kepada anak-anak abang. Abang nak besarkan anak-anak kita dengan sayang. Abang nak jaga sayang sampai abang hembuskan nafas terakhir abang. Abang minta maaf".

"Sayang maafkan abang. Abang kena jaga perasaan sayang. Sayang kan tengah mengandung ni. Mudah terasa. Promise me that you will take a good care of me?".

"Yes, I promise my love. Love you so much". Dahi Eliya menjadi sasaran bibirnya. Lama dia mencium dahi Eliya.

"Dah lah abang. Seganlah", Eliya bersuara.

Ziyyad tergelak. "Pemalu betul isteri abang ni. Tak ada orang tengok pun".

"Memanglah tak ada orang tengok tapi sayang tetap malu. Abang tu tak malu ke nangis depan sayang? Manja".

Ziyyad mengusap lembut pipi Eliya. "Tak malu pun. Abang manja dengan sayang je tau".

Eliya menepis tangan Ziyyad. Ish, tahu tak orang malu ni? Walaupun sudah lama bersama Ziyyad tetapi dia masih malu-malu kerbau. Malu tapi mahu. Eh gedik!

***

3 tahun kemudian...

"Adira! Jangan lari! Mama dah letih kejar awak. Ya Allah, budak sorang ni". Eliya cuba mengejar anak sulungnya itu dengan perut yg semakin membesar.

Ziyyad pula mengejar Eliya dari belakang. "Sayang! Jangan lari lah. Sayang kan mengandung tu. Dah nak beranak dah bulan depan". Ganas betul isterinya itu.

Upacara berkejar-kejaran di antara ibu dan anak itu terhenti. Eliya tercungap-cungap kerana tidak cukup nafas. Izzati mendukung Adira. Adira ketawa mengekek.

"Sorry weh aku rosakkan majlis kau. Anak aku ni nakal dia kau faham-fahamlah", ujar Eliya. Dia memandang Adira yg tersenyum manja itu.

Izzati menepuk bahu Eliya. "Tak ada apa lah. Adira ni aku dah anggap macam anak aku sendiri".

Kasihan Izzati terpaksa mendukung Adira. Nasib baik baju pengantinnya itu tidak kotor. Kalau tidak, jenuh Eliya hendak memberus.

Hafiz, suami kepada Izzati menghampiri mereka. "Adira ni nakal betul. Mesti Izzati selalu kena buli dengan mak dia kan?"

Amboi pak cik ni, tahulah sayang bini. "Tak. Mak dia baik. Dah, ambik Izzati ni bawak pergi main jauh-jauh". Eliya mengambil Adira daripada dukungan Izzati. Hafiz memegang tangan isterinya itu untuk beramah-mesra dengan tetamu.

Ziyyad mencubit pipi gebu Adira. "Jangan nakal-nakal. Kesian mama ni letih nak bawa baby lagi. Meh dekat papa".

Adira hanya menurut. Bajunya sudah kotor terkena air sirap. Nasiblah dapat anak macam ni.

Usai mereka bersalaman dengan pengantin baru itu, mereka menuju ke kereta Ziyyad. Eliya terbaring lesu di tempat duduk. Penat. Sangat penat.

"Sayang letih ye? Kita balik sekarang eh?". Eliya hanya tersenyum. Tidak larat dia hendak mengangguk.

Tiba-tiba...

"Abang!", jerit Eliya dengan kuat.

Ziyyad menjadi kalut. "Kenapa sayang? Dah nak keluar ke? Kena pergi hospital ni".

"Anak kita lah! Tadi dia dengan mak su Izzati tu. Abang tak ambik pun dia. Anak sendiri pun dah lupa ye?".

Ziyyad menepuk dahinya. Ya Allah, macam mana dia boleh terlupa tentang Adira. Mereka kembali ke rumah Izzati. Adira melambai tangannya dari jauh.

Eliya hanya menjadi pemerhati. Dia tersenyum sendiri. Walaupun Ziyyad ni agak bingai, dia tetap suami yg baik. Eliya sudah masak dengan perangai pelupa suaminya.

Semua benda dia tidak ingat. Eliya yg penat kerana sudah sarat mengandung terpaksa menjadi 'sticky notes' versi manusia. Dia tidak kisah. Yg penting keluarganya bahagia.

'Terima kasih ya Allah kerana telah memberikanku seorang suami yg bertanggungjawab'.

TAMAT 🎉

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now