Bab 31

38.8K 1.6K 14
                                    

Ziyyad diberi cuti selama 2 hari untuk berehat di rumah. Eliya sanggup pulang awal dari kafe untuk menjaga Ziyyad. Semakin hari semakin menjadi-jadi perangai manja suaminya itu.

"Sayang, nak bubur", minta Ziyyad dengan memuncungkan mulutnya. Alahai, comelnya!

Eliya menggeleng kepala. "Abang kan dah sihat. Tak nak makan nasi biasa ke? Sayang masak lauk favourite abang".

"Boleh jugak. Abang nak sambal udang petai lah. Nak try". Ziyyad cuba membiasakan dirinya dengan panggilan 'abang'.

"Serious ke abang? Kan abang tak suka petai. Kang muntah pulak".

"Betul lah. Pergi masak cepat. Banyak tanya pulak".

"Okey bos!", Eliya mengangkat tangannya tanda mengalah. Dia tidak tahu jika Ziyyad dapat menerima rasa petai atau tidak. Dengan bau pun Ziyyad tidak tahan.

Eliya mula ke dapur. Dia membawa keluar udang dari peti ais. Bahan-bahan untuk membuat sambal udang petai disediakan. Dengan bersemangat dan penuh kasih sayang, Eliya berjaya menyiapkan hidangan tersebut.

Ziyyad yg datang dengan senyap memeluk pinggang Eliya dari belakang. Eliya terkejut lalu tercampak gelas ke bawah. Nasib baik gelas itu tidak pecah. Mahu dibebelnya Ziyyad sampai berbulu telinga.

"Abang ni, terkejut sayang. Cubit baru tahu". Eliya membuat muka merajuk. Ziyyad ketawa dengan reaksi muka Eliya.

"Alaa, abang rindu sangat dengan sayang. Tu yg datang peluk tiba-tiba ni. Dah siap kan sambal udang petai?".

Eliya mengangguk. Dia mencapai pinggan untuk mencedok nasi. Ziyyad sudah tidak sabar untuk merasai air tangan Eliya. Sebenarnya bau petai tidaklah begitu menyakitkan hidungnya.

Bismillah, satu suapan masuk ke dalam mulut Ziyyad. Dia mengunyah perlahan menikmati masakan Eliya. Eliya menanti dengan penuh debaran komen daripada suaminya.

"Sayang! Sedapnya. Abang tak tahu pulak benda ni sedap. Ya Allah". Ziyyad terus menyuap nasi ke mulutnya dengan gelojoh.

Eliya tergelak dengan keterujaan Ziyyad. "Makan perlahan-lahan lah. Tak lari pun udang dengan petai tu".

Eliya bersuara lagi, "Abang, esok wedding Sarah. Kita pergi okey? Kat KL ni je".

"Boleh je. Kan Sarah tu kawan sayang. Lepas makan gulai kita pergi makan ais krim. Nak?".

Laju kepala Eliya mengangguk. Tidak sabar rasanya nak makan ais krim bersama suami tercinta. Hewhew.

***

"Abang, cantikkan Sarah tu? Sesuai dengan Amir. Diorang memang ada scandal sejak sekolah menengah lagi".

"Cantik. Flawless kot muka dia", komen Ziyyad. Amboi, bukan main lagi dia puji.

"Tapi dia dah kahwin dengan Amir. Dah kahwin. Kuat betul jodoh diorang". Sengaja diulang 'dah kahwin' supaya Ziyyad sedar. Cemburu pula apabila Ziyyad memuji Sarah. Tetapi dia sendiri yg tanya.

"Cemburu lah tu. Abang pun tak nak lah kahwin dengan Sarah. Kan dah ada sayang. Jodoh kita lagi kuat. Kita kahwin dulu". Ziyyad mengenyit mata. Terasa hendak pengsan Eliya di situ.

Usai makan dan bergambar, Eliya dan Ziyyad menuju ke kedai ais krim yg agak popular di kawasan rumah mereka. Ziyyad memilih untuk duduk di bawah pokok. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut pipi mereka.

"Sayang nak ais krim apa?", soal Ziyyad. Dia sudah bersedia untuk memesan.

"Vanilla dengan chocolate lepas tu letak marshmallow okey".

Ziyyad mengangguk lalu ke van ais krim untuk memesan. Ziyyad kembali dengan dua bekas besar ais krim di tangannya. Eliya sudah lama menanti kehadiran Ziyyad. Eh, kehadiran ais krim!

Sedang ralit Eliya menyuap ais krim ke mulutnya, Ziyyad menangkap gambar Eliya. Eliya cuba untuk menghalang Ziyyad.

"Abang, janganlah. Sayang comot ni. Tak cantik", rengek Eliya.

"Mana ada. Isteri abang ni selalu cantik tau". Ziyyad tersenyum lalu melihat ke dalam mata Eliya. Eliya menunduk malu. Senyuman Ziyyad boleh membuat dia terkena heart attack.

"Makan cepat. Ais krim abang ni sayang habiskanlah. Abang dah tak larat", ujar Ziyyad sambil menggosok perutnya.

Encik Khairi yg sudah lama memerhati datang ke meja mereka. Ziyyad terkejut dengan kehadiran ayahnya.

"Ayah buat apa kat sini? Bukan ke ayah sibuk nak uruskan majlis pernikahan ayah yg ke 3?", sindir Ziyyad.

"Zed, jangan macam ni. Ayah tetap ayah Zed. Jangan mengelak daripada ayah. Zed dah tak sayang ayah ke?", tanya Encik Khairi dengan suara sayu.

Ziyyad ketawa seperti ada benda yg melucukan. "Ayah, macam mana ayah dah buang kasih sayang kami dulu, macam tu jugaklah Zed sekarang ni. Buat apa Zed sayang ayah?".

"Ayah tahu ayah salah. Tapi semua tu dah berlalu. Ayah dah tak mungkin dapat bersama dengan umi Zed lagi. Ayah cuma nak minta maaf. Maafkan ayah ye nak?".

"Zed pun tak nak ayah getback dengan umi. Zed boleh maafkan ayah tapi ayah kena janji untuk minta maaf dengan umi dan jangan kacau hidup kami lagi", tutur Ziyyad dengan suara mendatar.

Encik Khairi akur. Ini semua kerana kesalahannya sendiri juga. Eliya yg terdiam daripada tadi hampir ternganga dengan perubahan sikap Ziyyad yg agak dingin. Sudah lama dia tidak melihat Ziyyad begini.

Ziyyad menarik tangan Eliya meninggalkan Encik Khairi. Dia tidak betah duduk lama-lama di situ. Dia takut dia tidak dapat mengawal dirinya. Kisah ayahnya yg meninggalkan uminya sungguh membuatkan dia sakit hati.

"Abang, sakit tangan sayang. Jangan macam ni please", pinta Eliya. Dia cuba melonggarkan pegangan tangan Ziyyad yg seakan mencengkam nadinya.

"Sorry. Kita balik ye?".

Eliya mengangguk kecil. Dia tidak mahu mengganggu Ziyyad yg sedang kusut sekarang. Dia tahu Ziyyad perlukan masa untuk menenangkan dirinya.

Sampai sahaja di rumah, Ziyyad mengalirkan air matanya. Eliya cuba memujuk Ziyyad. Dia memeluk Ziyyad lalu menggosok bahunya.

"Abang tak nak benci ayah tapi ayah dah melampau. Dia tak tahu penderitaan yg umi tanggung selama ni. Abang yg selalu ada di sisi umi. Abang dapat rasa apa yg umi rasa", luah Ziyyad dalam sendu. Dia memang manja. Nampak sahaja kuat dari luar tetapi hatinya sangat lembut.

"Ye, sayang tahu. Abang kena banyak bersabar dan berdoa supaya ayah dan umi bahagia. Allah dah bagi mereka kebahagiaan masing-masing. Mungkin bukan dengan cara mereka bersama". Eliya mengelap sisa air mata Ziyyad di pipinya.

"Terima kasih, sayang". Satu kucupan hinggap di ubun-ubun Eliya.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now