Bab 24

38K 1.6K 25
                                    

"Panasnya hari ni", keluh Eliya. Dia mengesat peluhnya. Kain basah yg terisi di dalam bakul disidai sehingga habis.

Nasib baik hari ini kafe Ziyyad ditutup. Dapat juga dia berehat. Dia mengemas rumah yg agak bersepah kerana sibuk menguruskan kafe.

Ziyyad masih tidur walaupun matahari sudah menegak di atas kepala. Bulan puasa memang semua orang letih, tapi Ziyyad ni dah melampau.

Eliya mengetuk pintu bilik Ziyyad. Tiada respon. Dia terus memulas tombol pintu. Ziyyad masih terbaring di atas katil.

"Ya Allah, suhu berapa ni dia pasang air cond? Sejuknya. 20°C ?", omel Eliya sendirian. Dia menghampiri Ziyyad.

Rambut Ziyyad yg menutup dahinya diselak ke belakang. 'Panjangnya rambut dia, nak tutup mata dah'. Lama Eliya memerhati wajah Ziyyad yg sedang tidur.

Tiba-tiba mata Ziyyad terbuka. Eliya yg terkejut terus berdiri tegak seperti askar dalam barisan. Dia menjeling dinding bilik Ziyyad.

"Tak payah nak berlakon sangatlah. Aku tau kau renung muka aku yg handsome ni". Ziyyad menggeliat malas.

"Kalau ya pun kenapa? Tak berdosa kan? Abang tu suami sayang tau".

"Memanglah tak. Masalahnya aku tak selesa. Aku nak mandi ni. Baik kau keluar", arah Ziyyad dengan mata yg masih tertutup.

Cepat-cepat Eliya keluar dari bilik suaminya. Azan Zohor sudah berkumandang. Eliya masuk ke bilik untuk mengambil wuduk dan solat. Belum sempat dia keluar dari bilik air, Ziyyad sudah mengetuk pintu.

"Solat dengan aku. Aku tunggu kau kat ruang tamu", laung Ziyyad.

Eliya seperti tidak percaya. Ini kali pertama Ziyyad akan menjadi imam solatnya. Kain telekung disarung dan dia mengambil sejadah lalu dibentangkan di lantai ruang tamu.

Ziyyad yg sudah bersedia melihat sekilas ke arah Eliya. Sempat dia memuji isterinya, "Comel kau pakai telekung. Nampak macam isteri yg solehah".

"Abang janganlah puji sayang macam tu. Kang tak khusyuk sayang solat". Eliya tergelak kecil.

Usai solat, Eliya bersalam dengan Ziyyad. Lama dia mencium tangan suaminya. Ziyyad pula tidak mencium dahi Eliya. Dia terus melipat sejadah dan duduk meniarap di depan televisyen.

'Tak apa Eliya. Kau sabar. Nanti Ziyyad pulak yg lama cium dahi kau', ujar Eliya di dalam hati.

***

"Esok kita balik kampung kau dulu. Raya ke-2 baru kita balik kampung umi". Ziyyad bersuara sebaik sahaja mereka selesai solat terawih berjemaah di rumah.

"Betul ke? Yeay! Tak sabarnya. Sayang rindu sangat dengan mama". Eliya melompat-lompat seperti budak kecil.

Dia mengambil sebekas ais krim perisa oreo dari peti sejuk. Dua cawan dicapai. Dia mencedok ais krim ke dalam cawan-cawan itu. Satu untuk dia, satu untuk Ziyyad.

Ziyyad yg ralit bermain telefon bimbit tidak perasan dengan kehadiran Eliya. Dia tersenyum sendiri membaca mesej daripada Dina.

Eliya meletakkan cawan-cawan yg sudah diisi ais krim di atas meja batu. Angin luar menyapa lembut pipi Eliya malam itu. Sejuk!

Mata Ziyyad masih tertumpu di screen. Eliya merampas telefon bimbit Ziyyad lalu memasukkannya ke dalam poket seluar. Ziyyad terkejut dengan tindakan Eliya.

"Asal kau ni? Aku tengah mesej dengan Dina tu. Kacau betullah. Bak sini", tangan Ziyyad menghentak meja. Tangannya sendiri yg sakit. Padan muka!

"Makan ais krim yg sayang bawak ni. Kenapa abang susah sangat nak bagi perhatian kat sayang?". Eliya membuat muka sedih.

Ziyyad menjeling tajam ke arah Eliya. Dia menyeluk poket seluar Eliya untuk mengambil telefon bimbitnya. Dia terus masuk ke rumah. Beberapa minit kemudian dia keluar bersama pakaian lengkap.

Enjin kereta dihidupkan. Eliya hanya memerhati. Ais krim di dalam cawan sudah cair. Eliya membawa masuk cawan-cawan itu selepas kereta Ziyyad hilang dari pandangannya.

Dia cuba menahan air matanya yg hampir gugur. Dia mengayun kakinya ke bilik tidur. Beg besar diambil untuk menyimpan baju-baju. Lebih kurang 5 hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya.

Selesai menyimpan baju, dia masuk pula ke bilik Ziyyad. Baju-baju Ziyyad turut dikemas. Radio yg berada di atas meja dihidupkan. Lagu-lagu raya menyapa pendengarannya.

Eliya meletakkan kepala di atas bantal milik Ziyyad. Air matanya jatuh bercucuran. Tahun ini tahun pertama dia menyambut bulan Ramadhan dan hari raya bersama Ziyyad. Tetapi bukan kesedihan yg sepatutnya dia rasai.

Tangannya mengelap pipi yg sudah basah. Entah pukul berapa, dia tertidur di situ.

***

"Eliya, bangun solat Subuh. Lepas ni nak bertolak balik kampung kau". Ziyyad menolak bahu Eliya dengan sebatang penyapu.

Eliya yg merasakan bahunya sakit terus mencelikkan matanya. Mengenangkan Ziyyad yg tidak menghiraukannya semalam, hati dia kembali sakit. Dia terus ke biliknya tanpa berpaling ke arah Ziyyad.

Ziyyad terpinga-pinga dengan sikap Eliya. Eliya jarang dingin dengannya. Eliya ialah perempuan yg sentiasa cuba untuk menarik perhatiannya.

Selepas bersahur, mereka mula bertolak. Eliya hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Dia malas hendak melayan Ziyyad.

Ziyyad pula tidak mahu menegur Eliya. Dia membiarkan Eliya melayan rajuknya. Dia juga malas.

Hampir tengah hari baru mereka sampai ke rumah Puan Hasmah. Amsyar dan Arsyad sudah menunggu di pintu pagar. Di tangan mereka ada kertas A4 yg bertulis 'Welcome back, sister'. Mereka sengaja mengangkatnya tinggi-tinggi.

Eliya yg terhibur dengan perangai Amsyar dengan Arsyad terus ketawa terbahak-bahak. Pintu kereta dibuka dan dia meluru ke arah adik-adiknya.

"Korang ingat ni airport ke apa? Buat macam akak ni artis Korea pulak", Eliya menekan perutnya yg sakit kerana ketawa.

Amsyar tersengeh. "Alaa. Am kan ada pengalaman. Saja je nak buat surprise kat akak. Annyeonghaseyo, nuna!".

"Ada-ada je lah korang berdua ni. Meh nak peluk sikit. Mama mana?", Eliya mendepa tangannya untuk dipeluk oleh adik-adiknya.

"Mama kat dalam rumah. Rindulah kat akak. Lama dah Syad tak manja-manja dengan akak". Eliya menggosok kepala adiknya itu. Dia juga rindu.

Ziyyad berdehem dari belakang. Sejak dari tadi dia hanya menjadi penonton. Amsyar dengan Arsyad bersalaman dengan abang iparnya. Mereka berempat masuk ke rumah.

"Mama! Kakak miss you damn much! Hug me please. I want to kiss you". Eliya memeluk mamanya. Kemudian, dia mencium pipi dan dahi puan Hasmah.

Puan Hasmah tergelak kecil dengan perangai anak sulungnya. Dia juga mencium pipi Eliya. Air mata yg mengalir di pipi Eliya diseka.

Eliya juga tidak tahu kenapa dia menangis. Mungkin stress dengan perangai unpredictable Ziyyad.

Beg-beg dipunggah ke dalam biliknya. Bilik yg penuh dengan memori ketika dia meminati Ziyyad semasa sekolah. Bukan buku sahaja barang Ziyyad yg diambil, tetapi banyak lagi. Muehehe.

Crush Series : Crush Aku Suami AkuWhere stories live. Discover now