Bab 39

39.5K 1.5K 34
                                    

Eliya keluar mencari pemilik suara yg memanggilnya. 'Mak aii, freehair minah ni?'. Dia memandang Ikha dari atas sampai bawah.

"Awak Eliya kan?", soal Ikha dengan teruja. Eh asal teruja pulak? Eliya menjeling menyampah.

"Ya, saya wife Ziyyad. Ada apa?", jawab Eliya. Sakit hati pula melihat Ikha menayangkan senyuman plastik.

"Zed cakap saya boleh makan apa-apa je kat sini. Dia belanja".

Patutlah teruja, boleh makan free! Tak ada duit sendiri ke nak bayar? Kesiannya. "Hm pesanlah apa yg awak nak. Ni pekerja saya ada".

Tik tok tik tok.

Sudah dua jam Ikha berada di kafe. Eliya pelik kenapa Ikha masih belum pulang. Agaknya tunggu Ziyyad kot. Dasar minah gedik!

Eliya memberanikan diri untuk bertanya. "Kenapa awak tak balik lagi?".

"Saya tunggu Zed".

Hamboi minah ni, siap boleh senyum lagi. Ni bini Ziyyad tau? Eliya menenangkan dirinya. "Esok awak boleh jumpa dia lagi. Mungkin dia sampai lambat".

Ikha menunjukkan mesej Ziyyad yg dihantar kepadanya.

From: Zed

Saya nak sampai dah. Tunggu tau.

Eliya menganggukkan kepalanya dan memberikan senyuman yg sangat tidak ikhlas kepada Ikha. Ya Allah, sakitnya hati!

Dia kembali ke dapur kafe. Syamimi yg sedang menghidangkan makanan berpaling ke arah bosnya. "Dia tak reti nak balik ke kak? Naik muak dah saya tengok dia".

"Entah. Orang tak tahu malu memang macam tu".

Tidak lama kemudian Ikhmal pula masuk ke dapur. "Kak Liya, bos dah balik. Dia ada kat luar dengan minah tu". Terus membara hati Eliya.

Dia keluar untuk melihat kedua-dua manusia itu. Ziyyad ralit bercakap dengan Ikha sambil bergelak ketawa. 'Bini dia ni dia tak hiraukan. Perempuan tu pulak dia cari'. Eliya mengepal penumbuk.

"Abang! Sayang kat dapur tengah pening ni abang tak peduli pun. Kenapa abang cari minah ni dulu?". Eliya sudah betul-betul hilang sabar.

"Sayang, calm down. Orang tengok nanti. Ikha kan jarang datang sini. Salah ke abang layan dia?".

"Mana boleh. Abang tu suami sayang. Abang kena jaga batas pergaulan dengan perempuan lain". Kembang kempis hidung Eliya menahan marah. Dia sudah membayangkan meja melayang ke udara di dalam fikirannya.

"But she's my friend. Takkan abang nak biarkan dia? Sayang ni cemburu buta lah. Penat abang macam ni. Dah dah lah berperangai macam budak-budak. Kita dah besar, dah boleh fikir kan?".

"You say me what?! Childish? Abang, isteri mana yg tak cemburu kalau suami dia layan perempuan lain". Ikha menggelengkan kepalanya. Makin geram Eliya dengan si Ikha ni. Patahkan leher baru tahu!

Ziyyad mendengus. "Kalau nak buat kacau, nak cemburu buta, balik rumah. Tak payah duduk kat kafe ni".

Tersentak Eliya apabila Ziyyad berkata begitu. Hatinya remuk. Sampai begitu sekali Ziyyad mempertahankan Ikha. Eliya mengambil beg tangannya. Apron yg dipakai dilempar ke lantai. Dia terus mengambil kunci kereta lalu meninggalkan kafe milik Ziyyad.

Dia bercadang untuk pulang ke rumah Puan Hasmah. Dia mahu menangis di bahu mamanya. Sampai sahaja di rumah, Eliya mengemas pakaian dan keperluan yg lain. Dia menahan sebak.

Usai mengemas, dia meneruskan perjalanannya ke Selangor. Hampir sejam lebih dia memandu akhirnya dia tiba di rumah Puan Hasmah.

"Mama!", laung Eliya. Dia terus mendapatkan Puan Hasmah lalu memeluk mamanya. Air mata Eliya terus mengalir.

"Kakak rindu mama ye? Janganlah menangis", Puan Hasmah memujuk puterinya itu. Dia menepuk belakang Eliya.

"Gila tak rindu? Mama, tak lama lagi mama dapat cucu tau. Kakak tengah pregnant sekarang".

"Alhamdulillah. Eh, mana Ziyyad?", soal Puan Hasmah. Dari tadi dia mencari kelibat menantunya itu.

Eliya tersenyum kelat. "Ziyyad kat KL. Am dengan Syad mana? Rindunya mereka".

Puan Hasmah membantu Eliya membawa beg ke dalam rumah. Amsyar dengan Arsyad sedang bermain game. Terdengar mereka menjerit keseronokan. Game lumba kereta je kot.

"Hoi, korang ni akak balik bukannya nak sambut", sergah Eliya.

"Kejap kak, sikit lagi nak menang ni", ujar Arsyad.

"Abang Am tak akan sesekali membiarkan penjenayah menang". Amsyar menolak bahu Arsyad.

"Main kasar nampak! Ambik ni". Arsyad pula menyiku pinggang Amsyar.

Eliya menarik telinga kedua-dua adiknya. "Akak balik ni adik-adik oii. Hargai sikit. Dah lah akak pregnant ni".

Amsyar dan Arsyad berpaling serentak. "Yeay!", mereka bersorak. "Abang Ziyyad mana kak?", tanya Amsyar.

Eliya mengeluh kecil. "Tak payahlah tanya pasal dia".

***

Ziyyad mundar-mandir di rumahnya. Sudah puas dia menelefon Eliya tetapi tidak dijawab. 'Mana Eliya pergi ni?'.

Dia menyesal pula mengabaikan Eliya. Betul ke dia sakit? Ziyyad menggaru hidungnya. Dia perlu segera mencari Eliya.

Tiba-tiba dia teringatkan Puan Hasmah. Sudah pasti Eliya pulang ke rumah mamanya. 'Mampus aku kalau mama tahu aku buat Eliya sakit hati!'.

Ziyyad mengemas barang-barangnya. Dia nekad untuk ke Selangor. Malam itu juga dia bertolak menandangkan rumah Puan Hasmah tidak begitu jauh.

"Esok jaga kafe elok-elok. Saya ke Selangor", kata Ziyyad. Dia mematikan panggilan selepas bercakap dengan Fattah.

Lewat malam baru Ziyyad sampai ke rumah Puan Hasmah. Kereta Eliya tersadai di halaman rumah. Sah Eliya ada di sini. Ziyyad memberi salam.

"Abang Ziyyad! Masuklah. Akak dah tidur. Letih sangat agaknya sebab dia kan pregnant". Arsyad yg masih belum tidur membukakan pintu kepada abang iparnya.

"Eliya mengandung?", soal Ziyyad terkejut. Dia tidak tahu pun. Patutlah Eliya pening.

Ziyyad masuk ke bilik Eliya. Isterinya itu sedang nyenyak tidur. Dia menggosok perut Eliya. Eliya yg berasa terganggu membuka matanya. "Buat apa kat sini?". Dia menepis tangan Ziyyad.

"Sayang, jangan macam ni. Abang minta maaf pasal tadi. Abang tahu abang salah. Abang janji abang tak akan ulang balik perangai abang tu. Sayang tak cakap pun kita nak dapat baby. Sampai hati".

Eliya mencebik. "Abang sendiri yg tak hiraukan sayang. Buat apa sayang cakap? Mesti abang tak dengar jugak. Yelah, Ikha je dalam fikiran abang tu".

"No! Sayang isteri abang. Abang cintakan sayang sorang je. Ikha tu kawan abang. Tak lebih dari tu".

"Masih nak bela Ikha dia tu. Suka hati abanglah. Nak tidur. Ngantuk".

Eliya menarik selimut supaya menutupi badannya. Ziyyad memegang rambutnya yg kusut. Dia pening. Bagaimana hendak memujuk Eliya?

Crush Series : Crush Aku Suami AkuTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon