1 | fight

58.7K 2.1K 248
                                    

"Sometimes you can't explain what you really feel for a person."

🌸

Mata memehatikan jam yang tergantung di dinding. Kalau lah dia punya kuasa manipulasi masa, pasti dicepatkan masa selama beberapa minit. Just a few minutes dan akhirnya dia boleh pulang ke rumah.

"Class dismissed." Suara Miss Lau bergema di dalam kelas.

Semua pelajar masih senyap. Apabila guru perempuan itu telah berlalu pergi, barulah semua pelajar berebut untuk keluar kecuali bagi Aileen Kirana.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata terakhir dari Miss Lau, terus sahaja gadis yang duduk di bahagian depan sekali menyumbat kedua-belah lubang telinga nya dengan earphone. Kepala disembamkan ke atas meja.

Suara Shawn Mendes, idola pujaan hati nya mula bergema di setiap pelosok minda nya.

Dia menggeliat kecil sementara menunggu pelajar lain keluar dari kelas. Malas mahu berebut untuk pulang ke rumah dengan pelajar lain.

Siapa tak kenal dengan budak-budak kelas 4 Violet, jenis yang nakal, bising, hyperactive dan golongan yang sangat beruntung kerana cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum.

Kalau lah turut serta dalam perebutan untuk keluar ke kelas, memang dah penyet dah Aileen.

"Nana, jangan lah kacau aku." Marah nya. Earphone yang dipakai nya tertanggal dek kerana cuba menepis tangan yang mencucuk-cucuk perlahan bahu nya. Mata dia beralih ke ke kerusi kosong di sebelah nya.

"Aileen, sejak bila aku ni lawa cam Nana." Terperanjat gadis itu jadinya. Selamba jejaka itu duduk di sebelah Aileen lalu menarik sebelah earphone dipakai Aileen. Disumbat earphone itu ke dalam telinga nya.

"Hilman! You're too much, kita kat sekolah kan. Kat sini mana ada Sofia." Ujar Aileen, tidak puas hati dengan kelakuan Hilman terhadap nya.

"What? You are my girlfriend right?"

"Fake. Fake girlfriend. Kau jangan ngada-ngada eh. Kalau bukan sebab Sofia yang psiko tu. Takde nya aku sanggup jadi fake girlfriend kau tau!" Aileen menjelaskan tujuan utama, mereka berdua terlibat dalam perhubungan palsu.

Gadis itu pada mulanya menolak tapi apabila melihat rakan baik nya itu, merayu-rayu meminta tolong. Terpaksa juga lah dia bersetuju dengan rancangan Hilman.

Kesian melihat Hilman yang takut benar dengan Sofia, peminat jejaka itu. Kata nya perempuan itu sanggup mengekori, mengintip Hilman sepanjang masa sekadar untuk menarik perhatian jejaka tersebut. Tak menakutkan ke tu?

"Dah, sila berambus sekarang." Aileen hendak menarik earphone nya semula pada telinga Hilman, tapi dihalang. Terus dijeling jejaka itu atas bawah.

"Apa? Aku pun minat Shawn Mendes."

"Malas aku nak layan orang yang tak faham bahasa macam kau ni. Bye, tuan puteri ni nak balik dulu." Buku dikemaskan sebelum dia bangun sambil menyandang beg sekolah yang berwarna ungu pastel itu.

"Perasan!" Ejek Hilman.

"Suka hati aku lah!" Lantang Aileen membalas. Dia mahu segera berangkat pergi dari situ apabila terpandangkan pelajar perempuan lain yang sedari tadi memerhatikan mereka berdua dari luar kelas.

his little princess | √ Where stories live. Discover now