20 | pickupline

17.3K 1.1K 24
                                    

"I am naughty girl, you are naughty boy. OMG! We are perfect together!"

🌸


Datin Dahlia menunggu dengan perasaan yang resah di Sanctuary Café. Mata nya sesekali akan melilau melihat keadaan sekeliling.

Sengaja dia pilih untuk berjumpa dengan dia disini kerana tempat ni agak sesak dan kalau ada terjadi sesuatu yang tidak patut, senang dia untuk dia meminta pertolongan.

"Dahlia, kenapa nak jumpa Naz?" dia mengambil tempat berhadapan dengan Datin Dahlia.

"Aileen kee.. na.. tembak." Tergagap-gagap wanita itu berkata.

"Apa?!" suara nya naik seoktaf. Semua mata memandang kearah nya. Dia mengangkat tangan tanda minta maaf.

"Jangan risau, Aileen tak apa-apa. Cuma Dahlia rasa dah tiba masa kita teruskan rancangan kita tu." Dia menarik nafas lega apabila mendengarnya.

"Tapi, Dahlia rasa diorang akan setuju dengan hal ni? Macam mana dengan Aileen? Dahlia tahu kan salah faham yang terjadi selama ni?"

"Ya, Dahlia tahu. Tapi kita buat ni demi keselamatan Aileen, dik. Dahlia tak nak apa-apa jadi kat dia." Wanita itu menahan sebak.

Sepanjang hidup nya, dia seakan-akan melarikan diri daripada musuh yang halimunan dan baru sekarang lah musuh tersebut menunjukkan dirinya.

"Baiklah. Naz setuju dengan keputusan Dahlia. Benda ni dah tak boleh tahan lagi lama dah. Semua ni soal hidup dan mati."


"Assalammualaikum mama."

"Waalaikummussalam sayang. Kenapa sekarang baru call mama? Aileen tahu tak, mama risau tau."

"Aileen okay jelah, mama sebenarnya Aileen dalam perjalanan nak pergi hospital ni."

"Apa?! Sayang ada sakit ke apa ni?" Cemas wanita tua berumur itu apabila mendengarnya.

Di hujung talian gadis itu berkira-kira hendak memberitahu hal yang sebenar pada Datin Dahlia.

"Sebenarnya Aileen kena tembak." Terbuntang mata Datin Dahlia dibuatnya.

"Apa?! Aileen okay ke tak ni? Hospital mana? Bagitahu mama, sekarang jugak mama pergi sana."

"Ehhh! Tak payah, sikit je lah Aileen kena. Please mama, Aileen okay je. Mama fokus je kerja dekat pejabat tu. Kejap lagi Aileen sampai lah rumah." Pujuk gadis itu.

Tak mahu menyusahkan Datin Dahlia untuk hadir ke hospital. Lagipun kecederaan yang dialaminya tidak lah terlalu serius seperti kecederaan Syameer. Sekadar akan meninggalkan parut pada masa hadapan.

"Tapi-"

"Tak payah datang, Aileen okay je."

Datin Dahlia berasa agak berat hati untuk membiarkan Aileen tapi apabila sedar bahawa anak gadis itu bersungguh-sungguh menegah nya daripada datang ke hospital, dia akhirnya mengalah juga.

"Baiklah mama ikut cakap kamu tapi ingat, lepas selesai je dekat hospital tu, terus balik rumah. Jangan singgah mana-mana!" Tegas Datin Dahlia berkata.

"Okay mama! Aileen pergi dulu. Sayang mam. Bye." Balas Aileen lalu mematikan talian.

__ __ __


"Nah, call lah cepat. Mesti keluarga kau dah risau." Aileen menghulurkan Iphone 6 nya kepada Syameer.

"Thanks." Segera jejaka itu menyambut telefon tersebut. Nombor telefon ayah nya didail. Dia lalu menjauhkan sedikit jarak nya dari Aileen.

his little princess | √ Where stories live. Discover now