55 | fever

10K 826 95
                                    

"As long as I can dream, I will dream of you."

🌸

Katil itu menjadi tempat nya untuk merebahkan diri. Langsung tidak punya rasa bersalah tentang perkara yang terjadi seketika tadi.

Air mata yang keluar dari gadis itu dianggap murah dan baginya perempuan memang sebegitu. Kuat menangis dan lemah. Jam di tangan ditilik.

Shit! Dah lambat, nanti kafe tu ramai dengan orang pulak.

Barang yang diperlukan di ambik sebelum dia keluar dari bilik. Sementara itu pula, Aileen yang telah selesai mengemas segala makanan yang tertumpah itu meninjau ke sekeliling rumah.

Selera makan nya telah lama hilang apabila melihat makanan yang jatuh ke atas lantai tadi. Gadis itu meneroka setiap inci rumah tersebut untuk mencari jalan keluar.

Namun usaha nya, sia-sia je. Setiap pintu dikunci, tingkap di pagar ibarat duduk dalam penjara. Dikelilingi palang besi.

Sedang dia berada di tandas tingkat bawah, Aileen terdengar bunyi pintu dihentak dengan kuat. Dia terlompat kerana terkejut. Bergema bunyi itu di dalam rumah. Aileen lalu berjalan kearah ruang tamu.

Dari kejauhan dia dapat mendengar bunyi televisyen dibuka dan suara orang mencarut dalam bahasa inggeris.

"Bagus kau ada kat sini. Aku haus, pergi ambik air sana." Suara dingin itu menyapa nya sebaik sahaja menjejakkan kaki di ruang tamu.

Kejadian tadi masih segar dalam ingatan nya. Tipulah kalau kata dia tidak berasa takut.

"Okay." Aileen segera ke dapur dan menuang air kosong ke dalam gelas.

Dia lalu berjalan kearah Qayyum dengan perasaan takut. Mengigil-gigil tangan gadis itu apabila meletakkan gelas tersebut ke atas meja.

Lagi-lagi dengan Qayyum yang memerhati setiap kelakuan nya. Dan menyebabkan gadis itu fikir yang Qayyum sedang mencari alasan bagi menyeksa nya lagi.

Jejaka itu tersenyum sinis. Sebelum sempat Aileen berlalu pergi, dia menarik pergelangan tangan gadis itu kearah nya sehingga menyebabkan Aileen terduduk pada riba Qayyum. Jantung berdegup dengan laju, air liur ditelan. Bau minyak wangi Qayyum menusuk masuk ke dalam hidung nya.

"Kau takut?" Soal nya seakan-akan mengejek. Aileen tidak menjawab akibat ketakutan.

Tidak mengangguk ataupun menggeleng. Dia hanya menunduk memandang lantai. Tidak berani memandang wajah Qayyum yang menyeramkan serta menyimpan beribu hal lain dalam fikiran.

"Aku paling pantang kalau aku tanya soalan orang tak jawab. Kau nak aku buat kau makin takut dengan aku?"

Qayyum tidak mengherdik hanya berbisik tetapi cukup mendalam ugutan nya. Terus Aileen mengangguk laju tanda dia takut.

"Kalau takut, jangan buat benda yang aku tak suka. Sekali kau dah buat aku marah, you are doom honey. Jadi jaga kelakuan kau, faham?"

"Faa...faham."

"Lagi satu, nampak air yang kau ambik tadi? Kalau ikutkan hati dah lama aku tuang air itu atas kepala kau. Mood aku betul-betul terganggu harini. Tapi sebabkan aku memang haus dan tak sedap badan, aku lepaskan kau harini. Naik atas, kunci pintu. Duduk je dalam bilik tu. Jangan keluar." Qayyum memberitahu satu persatu-satu arahan nya.

Sebaik sahaja diberi greenlight, terus mencicit gadis itu masuk ke dalam bilik nya. Dia merebahkan diri ke katil sambil memegang dada nya yang berentak laju.

his little princess | √ Where stories live. Discover now