63 | dark

10.8K 718 76
                                    

"Without light, there is no darkness."

🌸


"Takyah nak pegang-pegang tangan sangat lah! Meluat aku tengok!" Tengking Danial seraya menolak tubuh pasangan itu sehingga terdorong ke belakang.

Tangan yang tadi nya bersatu, terpisah. Pistol diacukan pula ke arah Syameer yang cuba mendapatkan kembali Aileen. Terhenti terus perlakuan nya.

"Danial..." Pujukan cuba dilakukan tapi cara itu terus ditolak mentah-mentah oleh jejaka yang pernah dipuji nya itu.

"Kau diam!" Tengking nya sekali lagi. Syameer mengisyaratkan Aileen agar kekal senyap. Biar dia sahaja yang uruskan situasi ini.

Tindakan Danial yang seterusnya amatlah dinantikan. Kalau sekarang jejaka itu lah yang sedang mendominasi kan permainan ni, dia juga pasti boleh menterbalik kan kembali permain tersebut ke pihak nya semula.

"What is your next games?" Soal Syameer tanpa gentar.

Danial yang mendengarnya terus menyeringai sehingga mampu menaikkan semua bulu yang ada pada badan Aileen.

Dia berjalan mengelilingi dua buah kerusi kayu yang diletak berhadapan, sebelum berhenti di tengah-tengah laluan di antara kerusi tersebut.

"Syameer. Sit here. Aileen. Kau pulak ikat dia kat kerusi ni okay?" Lembut sungguh nada percakapan nya.

Walaupun teragak-agak jejaka itu tetap duduk disitu, manakala Aileen mengikat kedua belah tangan Syameer pada kerusi tersebut.

Sorry.

Dapat jejaka itu membaca perkataan itu dari gerak bibir Aileen ketika pergelangan tangan nya diikat dengan kuat. Pasti akan meninggalkan kesan merah tak lama lagi.

Syameer membalas dengan menuturkan bahawa dia okay. Ikatan tadi tidak menyakitkan nya langsung.

Kelalaian daripada Danial adalah apa yang ditunggu mereka. Dan jejaka itu membuat kesilapan dengan menyuruh Aileen mengikat nya.

Suasana menjadi senyap sunyi sahaja apabila kerja yang dilakukan Danial selesai.

Berhati-hati dia mengikat Aileen pada kerusi. Tak terlalu ketat, tak terlalu longgar. Sekarang hanya tinggal menunggu tindakan seterusnya.

"So Aileen, I heard that you are afraid with darkness right?" Soalan Daniel memecahkan kesunyian yang melanda.

Membulat mata gadis itu apabila mendengarnya. Peluh sejuk mula turun.

Pandangan dikalihkan ke arah Syameer yang menyuruhnya untuk bertenang. Namun perasaan panik mengatasi segala benda yang terjadi.

Dari riak wajah Aileen, dia sendiri dah tahu ketakutan sebenar gadis tersebut.

Kegelapan. Ah sungguh serasi dengan diri nya!

Alat kawalan jauh yang mengawal lampu dan juga penghawa dingin di dalam bilik itu ditekan.

Jeritan Aileen bergema. Kalau tadi pergerakan nya yang terbatas. Kini, penglihatan nya pula. Keadaan di bilik itu memang gelap gelita, langsung tiada sumber cahaya langsung.

his little princess | √ Where stories live. Discover now