40 | wifey

12.9K 969 215
                                    

"If you really love someone, you won't allow your eyes to look or follow another."

🌸


Hari demi hari. Minggu demi minggu. Sikap Syameer berubah daripada sweet talker kepada pendiam dan kurang bercakap. Boleh dikategori kan kurang bercakap dengan Aileen tapi bukan dengan orang lain.

Layanan nya pada gadis itu juga berubah. Kalau dulu hari-hari pun nak usik isteri nya itu tapi sekarang tak lagi.

Hidup nya hanya penuh dengan buku dan Wajiha Irdina. Tipu lah kalau dia tidak terasa dengan perlakuan Syameer ketika ini.

Puas juga Nana memujuk nya agar mengambil tindakan tapi dia hanya membiarkan sahaja. Kenapa tak halang?

Entah dia sendiri pun tidak tahu jawapan bagi soalan ini. Kadang kala dia akan sentiasa memerhatikan gadis bercermin mata bernama Wajiha Irdina itu.

Wajah polos itu membuatkan dia tak sanggup memberitahu hal sebenar tentang hubungan dia dan Syameer jikalau benar bahawa gadis itu dan suami nya punya hubungan istimewa.

Aileen mengeluh kecil sebelum masuk ke dalam kereta nya yang baru sahaja digunakan beberapa minggu lepas.

Dia tidak lagi pergi ke sekolah bersama Syameer akibat dari desakan suami nya itu yang mahu dia belajar berdikari dengan mengambil lesen dan memandu ke sekolah sendiri. Atas sebab dia makin hari makin sibuk dan tidak mahu menyusahkan Aileen.

Berdikari konon, alasan tak munasabah langsung. Fikir aku tak tahu yang dia nak menggatal dengan budak tu?

Belum sempat gadis itu menghidupkan enjin kereta, mata dia menangkap susuk tubuh seseorang yang amat dia kenali sedang berjalan dengan seorang gadis bertudung.

Kedua-dua mereka memegang buku dan saling bergelak ketawa. Aileen terasa hati apabila melihat nya. Dekat rumah asyik dengan buku, takde dah tersenyum-senyum macam tu.

Orang lain juga dah mula bercakap tentang apa hubungan Syameer dengan Wajiha.

Wajiha, pelajar yang datang nya dari Australia. Gadis itu dingin dengan orang yang dia tidak kenali tetapi sungguh suka jikalau ada orang lain minat dengan apa yang dia sukai.

Mungkin sebab itulah dia boleh rapat dengan Syameer yang nungkin sengaja mengubah sikap dan penampilan nya. Gadis itu juga fasih berbahasa inggeris.

Kalau dulu pelajar lain bercakap tentang Aileen dan Syameer tapi kini dah bertukar seratus peratus. Pasangan itu dikatakan amat padan bersama.

Bercermin mata, fasih berbahasa inggeris, cerdik dan yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketinggian Wajiha yang tidak terlalu jauh beza nya dengan Syameer.

Apa yang membuatkan kerisauan nya berganda ialah baru-baru ini Wajiha Irdina telah dilantik untuk menjadi pengawas apabila para guru perasan akan sikap kepimpinan dalam diri gadis tersebut.

Muka nya yang tegas dan perangai nya yang dingin, sedikit sebanyak membuatkan dia dipandang tinggi oleh pelajar lain.

Cause I know, I can treat you better🎶

Bunyi nada dering yang datang nya dari telefon itu, menyedarkan Aileen dari lamunan nya.

Dia seakan-akan seperti sedang berjalan di dalam otak nya sendiri. Melihat mental sendiri. Kalau lama-lama macam ni, mungkin dia akan ada masalah mental.

Dia membetulkan rambut nya sebelum jari dia jatuh pada pipi nya. Cermin sisi kereta memantul kan keadaan nya sekarang ini.

Titis demi titis air mata nya jatuh tanpa dapat di kawal. Aileen mengambil nafas panjang sebelum bermonolog sendiri.

his little princess | √ Where stories live. Discover now