59 | again

10K 743 80
                                    

"Some walks you have to take it alone. So be strong and never look back."

🌸


Bermacam-macam bunyi serta suara yang menakutkan bermain di dalam fikiran nya.

Dan perkara terakhir yang bermain dalam minda nya ialah macam mana keadaan Aileen, jikalau dia kembali ke sisi gelap nya semula.

Syameer terduduk di atas lantai sambil tangan nya memicit kuat kepala nya agar rasa sakit yang mencucuk-cucuk itu hilang.

Gadis kecil yang berasa risau itu, tidak lagi mempedulikan kehadiran lelaki tadi. Fikiran nya dah cukup kusut dan dia tidak mampu untuk berfikir dengan baik sekarang ini.

Lagi-lagi dengan identiti orang yang selama ni telah menculik nya serta Syameer. Kaki nya yang agak lemah, diheret menuju ke suami nya itu. Tangan naik ke bahu.

"Danial! Kau buat apa kat dia?! Kau nak apa dari kitaorang sekarang ni?!" Tengking Aileen sekuat hati. Betul tu, lelaki tadi ialah Danial Izwan.

Masih ingat lagi dengan salah seorang peserta lelaki kem tahun lepas? Ye itulah dia.

Dan inilah yang membuatkan gadis itu keliru. Apa kaitan dia dengan jejaka tersebut, sehingga dirinya diperlakukan sebegini rupa?

"Bila aku petik jari semuanya akan berakhir, menjadi kosong dan senyap sunyi." Soalan Aileen tidak dijawab. Danial lalu memetikkan jari nya. Syameer yang tadi nya terduduk bangun.

Riak muka nya kosong dan tidak berperasaan. Aileen pun turut bangun lalu segera memeriksa keadaan suami nya itu.

"Awak okay tak?"

"Not just okay sweetheart. I feel wonderful." Ujar nya sambil menyeringai.

Oh tidak, cara dia bercakap dan pandangan mata nya. Qayyum Haikal is back.

Ketakutan, gadis itu mula menapak satu persatu ke belakang.

Panik melanda diri, Aileen terus sahaja berlari laju meninggalkan mereka. Danial hanya tersenyum sinis melihat nya. Bahu Syameer ditepuk perlahan.

"Uruskan dia." Beberapa patah kata tulah yang akan menentukan hidup mati Aileen.

Syameer atau lagi tepat untuk dipanggil Qayyum ketika ini, mula berjalan di sekeliling rumah mencari di mana mangsa nya itu bersembunyi.

Aileen memandang keadaan sekeliling, tidak tahu ke mana harus dituju. Terlalu panik untuk berfikir secara rasional.

Melarikan diri, entah macam mana idea itu boleh timbul dalam kepala otak nya sedangkan dia tahu rumah ini tidak lah terlalu besar untuk dia menyembunyikan diri.

"Aileen Kirana!" Suara Qayyum bergema memenuhi kekosongan ruang udara.

Spontan tangan Aileen menekup mulut nya kuat untuk mengelakkan daripada satu suara pun yang keluar. Semakin terdesak, setiap pintu yang tertutup rapat cuba dibuka nya.

Gadis itu terus sahaja memasukkan diri nya ke dalam almari yang sesak dengan barang itu.

Cukup berhati-hati agar tidak membuat sebarang bunyi yang akan menarik perhatian pemangsa di luar sana.

Emosi nya terganggu lagi. Danial Izwan, dia hanya pernah jumpa jejaka itu dua kali sahaja dalam hidup nya. Bersembang pun hanya tiga kali.

Jadi sekarang ini, mengapa dia berada di sini? Serta membuatkan Syameer berada dalam kawalan nya tanpa disedari.

Puas dia berfikir namun tiada apa yang keluar. Bunyi tapak kaki yang semakin menghampiri membuatkan tangisan dia hampir pecah. Mulut ditekup dengan kuat.

his little princess | √ Where stories live. Discover now