33 | friend

12.8K 887 35
                                    

"You have to fight to reach your dream. You have to sacrifice and work hard for it."

🌸


Kring! Semua murid berkumpul di dalam dewan selepas meletakkan bag masing-masing di dalam kelas. Pengawas mula mengambil tempat.

Seperti biasa perhimpunan dimulakan dengan sesi guru-guru menyuruh agar murid yang datang lambat agar berjalan lagi cepat, yelah ni siap jalan lenggang kangkung je tak ke mintak kaki tu?

"Seperti yang kamu semua sedia maklum, minggu depan akan bermulalah peperiksaan awal tahun sekolah kita. Jadi saya nak kamu semua lakukan yang terbaik terutama bagi murid tingkatan 5 yang akan menjalani peperiksaan SPM tak lama lagi. Dan satu lagi, saya harap takde kes meniru. Kalau ada saya bagi markah kosong!"

Hingar-bingar dewan itu dibuatnya. Yang pelajar nakal dah gelabah nak mati. Yang dah bersedia lebih awal hanya tersenyum. Siapa tak takut dengan perkatan peperiksaan itu? Dah nama pun peperiksaan.

"Baiklah saya serahkan semula majlis ni kepada pengawas yang bertugas." Ujar pengetua lalu perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah.

Kemudian semua murid diarahkan masuk ke dalam kelas masing-masing. Ketika Aileen ingin masuk ke dalam kelas. Seseorang menahan nya. Guees who? Yes it's Hilman.

"Nana kau pergi masuk kelas dulu." Kata gadis itu, Nana pun berlalu pergi dengan perasaan geram.

Kalau ikutkan hati nak bagi penampar kat muka Hilman. Disertakan juga dengan pakej tendangan. Dahlah buat orang menangis.

"Aileen aku nak mintak maaf. Kau maafkan aku tak?" Gadis itu tergamam, senang betul lah lelaki mintak maaf. Simple je ayat. Kalau perempuan siap bagi penjelasan lagi. Mudah nya lelaki.

"Aku maafkan kau, lagipun ni semua salah aku. Sorry sebab treat kau rudely." Hilman akhirnya tersenyum begitu juga Aileen. Akhirnya hubungan diorang dah kembali seperti biasa.

"Nah, hadiah mintak maaf." Ucap jejaka itu lalu menghulurkan chocolate cadbury.

"You seriously know me." Balas Aileen lalu mencapai chocolate itu.

"So friend?" Gadis itu mengangguk.

"Friend."

__ __ __

Semua ligat memandang kearah Cikgu Liyana yang dah tegak berdiri di depan meja Syameer. Farhan dan Hilman menahan ketawa mereka daripada meletus.

Jejaka itu langsung tak perasan, dia hanya memandang kaku ke arah luar tingkap. Apa yang best nya pon tak tahulah.

"Syameer kamu dah sampai mana dah?" Soal Cikgu Liyana. Tangan di layang-layangkan pada wajah Syameer.

"Hati Aileen." Selamba Syameer menjawab tanpa sedar. Tak dapat menahan diri daripada ketawa, Hilman dan Farhan ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Syameer.

Aileen pula dah menunduk kan wajah nya memandang lantai. Malu dengan pandangan pelajar lain terhadap nya. Cikgu Liyana pula menggeleng kepala memandang mereka berdua.

"Jauh sangat ke hati Aileen tu sampai awak termenung jauh ni. " Usik Cikgu Liyana, merah muka jejaka itu menahan malu.

his little princess | √ Where stories live. Discover now