7 | meet

20.8K 1.4K 38
                                    

"You still make me smile even if you are the reason why I am sad."

🌸

Aileen duduk termenung disitu sambil merenung ke luar tingkap. Sesekali dia akan menyanyi kecil. Mata ditenyeh, cuba menghilangkan rasa mengantuk.


Sibuk menunggu Dato Syed pulang dari tempat kerja. Mata nya makin lama makin kuyu.

Tanpa dia sedari, ada seseorang sedang memerhatikan nya dari belakang. Siapa lagi kalau bukan papa kesayangan nya.

Terjengket-jengket lelaki itu berjalan kearah Aileen. Berhati-hati, tak mahu anak gadis nya itu sedar akan kehadiran nya.

"Hah! Termenung apa tu?!" Sergah Dato Syed menyebabkan Aileen terus terjatuh dari kerusi empuk itu. Terkejut disergah sebegitu.

"Papa!" Marah Aileen dengan mulut nya muncung sedepa. Geram dengan kelakuan papa nya. Makin terkekek-kekek Dato Syed ketawa.

Aduh! Dah lama sangat tak kenakan anak sendiri.

"Tak nak kawan dengan papa!" Aileen merajuk. Kaki dihentak tanda tak puas hati. Dato Syed tersengih.

Kotak hadiah yang cantik berbalut diberikan kepada Aileen. Hadiah itu dibeli sempena hari jadi Aileen yang ke-13.

"Sayang papa!" Aileen kembali tersenyum semula, hadiah itu segera dirampas. Senyuman manis dihadiahkan pada Dato Syed.

"Cehh, nampak hadiah je. Hilang terus merajuk nya." Pipi gebu Aileen dicubit manja.

"Mestilah." Jawapan Aileen, mengundang ketawa Dato Syed. Mereka berdua lalu berpelukan erat. Dicium lembut ubun-ubun puteri kesayangan nya itu.

Rindu sangat dengan anak nya itu. Kesibukan bekerja sebagai CEO di syarikat selalu membuatkan dia jarang berjumpa dengan keluarga.

"Mama nak join boleh tak?" Kelihatan Datin Dahlia berdiri di muka pintu sambil menggaru-garu kepala nya yang tidak gatal.

"Boleh, boleh, boleh." Balas Aileen, tangan didepa. Makin gembira dia jadinya.

Lama juga tiga beranak itu berpelukan tetapi pelukan terhenti apabila Aileen bertanya soalan yang agak sensitif.

"Papa, Aileen nak adik boleh?" Dato Syed dan Datin Dahlia berpandangan antara satu sama lain.

"Eh, mestilah boleh. Tengok dulu kalau mama bendera hijau malam ni." Jawapan Dato Syed dibalas dengan satu cubitan.

"Ish! Apa sayang ni? Sakitlah!" Dato Syed mengaduh kesakitan.

"Abang lah! Sapa suruh gatal sangat." Muka Datin Dahlia dah bertukar merah padam.

Dikibar-kibarkan tangan pada muka. Aileen hanya ketawa melihat papa dan mama nya bergaduh manja.

"Dahlah, jom kita pergi makan. Mama dah masak semua makanan kegemaran Aileen." Bersinar-sinar mata Aileen apabila mendengar nya.

Fikiran nya terbayang akan kelazatan ayam goreng. Aileen ni memang suka makan ayam. Terus gadis bersaiz kecil itu menarik tangan Datin Dahlia dan Dato Syed keluar dari bilik.

Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepala nya. Tak padan sungguh dengan umur yang masih meningkat masih lagi bersaiz kecil.

Kuat jugak anak aku ni, haihhh. Kecil-kecil cili padi nampak gaya nya ni.

his little princess | √ Where stories live. Discover now