19 | confess

17.4K 1.2K 53
                                    

"You did the wrong thing, to the right girl."

🌸


Kunci kereta yang dipegang hampir terjatuh akibat tangan nya menggigil kuat tapi kunci itu sempat disambut balik. Hati nya terlampau cemas dengan apa yang terjadi sekarang ni.

Terketar-ketar wanita itu menghidupkan kereta. Dua pelajar yang cedera tadi, duduk di seat belakang. Mata mereka ligat memerhatikan kelakuan guru itu.

"Cikgu, rilek. Kami tak apa-apa lah. Sikit je ni." Ucap Syameer.

Dia cuba untuk menenangkan Cikgu Hasliza yang berada dalam keadaan cemas. Silap hari bulan nyawa mereka betul-betul melayang dek kereta terbabas masuk gaung.

"Betul tu cikgu. Breath in breath out." Kata Aileen pulak. Wanita itu menarik dan menghembus nafas dengan tenang dan perlahan.

Otak nya kembali mencerna apa yang terjadi sebentar tadi. Dua orang murid pulang ke pangkalan dengan bahu yang berdarah teruk serta badan dan baju dilumuri dengan darah pekat akibat ditembak pulak tu? Sape yang tak cemas?

Pihak polis dihubungi dengan kadar segera manakala murid lain dikumpulkan di dalam bas demi mengelakkan kejadian lain berlaku.

Macam mana kalau penembak tu masih ada kat sini? Tak ke ramai lagi yang akan cedera seperti mereka.

Dan sekarang kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan perkhemahan menuju ke hospital berdekatan.

Nasib baik pendarahan dan berhenti akibat tindakan pantas Aileen mengikat luka tu dengan kain.


__ __ __

Aircond dibuka pada tahap maksimum. Walaupun begitu nasih terasa kebahangan yang amat di dalam kereta itu. Keadaan senyap sunyi dengan masing-masing melayan perasaan sendiri.

Sesekali Syameer akan mengintai wajah Aileen dari ekor mata nya. Berbagai persoalan tentang gadis itu bermain dalam fikiran nya.

Aileen menjadi agak tidak selesa apabila perasan dengan renungan mata Syameer. Jarak antara mereka makin rapat akibat dari selekoh tajam yang dilalui.

"Kenapa pandang aku? Blah boleh tak? Muka aku bukan wayang, kau boleh tengok je." Dingin gadis itu bertanya.

"Aileen." Syameer berkata sepatah. Aileen menangkat kening. Menyampah dengan balasan Syameer terhadap soalan nya.

Lembap! Jawablah soalan aku dulu.

"Apa?" Lama baru gadis itu menjawab.

"Aku nak mintak maaf."

"Kenapa kau mintak maaf?" Aileen bertanya soalan sama yang pernah ditanya Syameer kepada dirinya.

"Cause make you cry." Gadis itu tersenyum sinis. Dalam hati dia dah memberikan kata-kata 'pujian' khas buat Nadia kerana memberitahu Syameer tentang hal ni.

"Best tak? Sakitkan hati aku?" Jujur Aileen bertanya. Buat apa nak tipu tentang benda ni kan? Biar playboy ni sedar sikit diri dia tu!

"Tak! Bukan macam tu, a..kk.." Gadis itu memotong ayat Syameer.

"Jadi macam apa? Macam one? Macam three?" Perli Aileen, makin sakit hati dia kerana hati nya masih berkata bahawa dia still sukakan Syameer.

his little princess | √ Where stories live. Discover now