5 | trap

21.2K 1.4K 37
                                    

"Never judge anyone on the outside because you have no idea what they are going through."

🌸

"Aileen? Kau kat mana?!" Mata Syameer meliar mencari keberadaan musuh dalam diam nya itu. Tadi dia terus pergi sahaja tanpa memikirkan soal Aileen.

"Syameer?" Suara seseorang yang sayup-sayup memanggil nya, terus membuatkan dia terbangun. Dari bukaan kecil yang berada pada pintu, dia dapat melihat Syameer.

"Tolong! Aku kat dalam ni!" Pintu dihentak dan disepak beberapa kali. Dia pasti dengan cara ini, Syameer perasan bahawa dia terperangkap di dalam.

Jejaka itu menoleh ke belakang apabila terdengar seseorang memanggilnya. Terkejut tak kepalang dia jadinya, apabila melihat wajah Aileen pada bukaan kecil pada pintu.

Pintu itu dibuka dengan kadar segera. Tanpa berlengah gadis di dalam keluar. Walaupun baru berada di dalam untuk beberapa minit, rasa bagai hendak beku dia di dalam.

"Aku takut." Ujar Aileen sambil memeluk erat Syameer. Jantung Syameer mula berdetak laju. Tak sangka Aileen akan memeluknya.

Dia dapat rasa baju kemeja yang dipakai nya basah sedikit. Mungkin akibat terkena air mata Aileen.

"Dahlah tu. Kau dah selamat. Jangan nangis lagi." Balas nya. Tangan naik membelai rambut Aileen.

Tanpa disedari oleh mereka berdua, ada seseorang di belakang melihat mereka dengan penuh rasa geram. Tangan dikepal menjadi penumbuk.

__ __ __

Syameer memandang Aileen yang sedang menangis dengan kuat. Pasti gadis itu takut akan keselamatan diri nya buat masa ni.

Terbit rasa bersalah di hatinya apabila melihat manik-manik jernih yang mengalir deras kerana kecuaian nya.

Manalah dia sedar bahawa pelajar yang melarikan diri tadi, sanggup menolak mereka berdua kembali ke dalam bilik beku tadi.

Kepala dialihkan kearah lain, tak sanggup melihat Aileen. Dia cuba menenangkan dirinya sebelum memandang Aileen semula. Nafas dihela perlahan.

"Aku mintak maaf okay? Aku janji, kita mesti keluar dari sini." Itu saja yang mampu diucapkan oleh Syameer. Tetapi tiada balasan daripada Aileen.

She need time maybe.

Syameer membuat anggapan nya sendiri. Dia lalu duduk di sebelah Aileen tapi dengan jarak 20cm antara satu sama lain.

Beberapa minit dibiar berlalu tanpa ada bicara. Tiba-tiba terlintas satu perkataan dalam mindanya.

"Handphone." Syameer mula meraba-raba dirinya sendiri.

Damn! Phone ada kat bawah meja.

"Aileen, phone. Phone kau mana?" Tergesa-gesa Syameer bertanya. Aileen yang baru tersedar dengan keadaan ni terus menghulurkan Iphone 6 nya pada Syameer.

Otak dia memang tengah panik sekarang. Hanya jejaka itu harapan nya sekarang. Nombor Farhan didail pantas.

Di dalam kelas 4 Violet, phone yang disimpan di dalam poket bergetar perlahan. Pemilik nya pula berada dalam keadaan tak berapa sedar. Dia tak tahu, kehadiran dia amat diperlukan.

"Apa ni gelilah." Farhan tersengih sendirian dengan mata nya tertutup rapat.

Mimpi apatah budak ni. Kepala memang dah selamat jalan romeo, landing atas meja. Matapelajaran Sejarah buatkan dia mengantuk, mengantuk dan akhirnya tertidur.

his little princess | √ Where stories live. Discover now