15 | night

17.7K 1.2K 49
                                    

"Dear dream, stop ending when i get to the good part."

🌸


Aileen mengikat rambut melepasi bahu nya dengan getah rambut yang mempunyai sepit berbentuk kunci. Dia melihat pantulan nya pada cermin sebelum tersenyum manis.

Kasut sukan berwarna pink, pemberian terakhir Dato Syed diambil daripada bawah katil dan disarung.

Handphone di atas katil, disilentkan sebelum dimasukkan ke dalam poket hoodie. Tidak mahu mengganggu acara pada malam ini.

Seperti biasa gadis itu akan memakai T-Shirt lengan pendek di dalam dan hoodie berwarna kelabu pink pekat di luar.

Aileen lalu berjalan menuju ke dataran bersama Nadia, yang dari tadi mendesak nya agar bergerak dengan lebih pantas sebab dia nak jumpa Syafiq.

Kata nya rindu dah tak boleh ditahan lagi. Macam mana agak nya diorang kalau kahwin? Pergi tandas sekejap pun dah rindu? Nak berkepit hari-hari, tak bosan ke.

Rindu melebih sangat! Kalau lah aku dengan Syameer macam tu. Eh?!

Segera pemikiran itu diketepikan. 24 jam fikir fasal dia je, boleh jadi sengal otak nanti. Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 10 malam.

Dan malam ni akan dijalankan aktiviti night walk. Agak menakutkan tapi dia dah pernah jalankan aktiviti ni dulu. Rasa takut tu berkurang lah sedikit.

Mereka berdua lalu menyertai perbualan antara Syameer dan Syafiq yang tak habis bersembang, gelak ketawa dengan kumpulan pelajar lain.

"Kau ni comel." Danial menegur Aileen, apabila sedar gadis itu turut berada disitu.

Dia kata aku comel! Aduh, dahlah Danial ni handsome orang nya!

Aileen tersipu-sipu malu apabila mendengarnya. Kaki menguis tanah, habis kotor hujung kasut pink tu. Tapi dia tak kisah. Seronok pula dipuji sebegitu.

Jarang nak dengar orang panggil dia comel. Kalau tunggu Syameer nak cakap macam tu, agaknya berjanggut Aileen nanti.

Entah-entah kalau kata benda tu pun, satu perlian je. Tapi nak buat macam mana kalau dah suka kan? Terima jelah perangai crush.

"Comel kau kata? Kalau berdiri sebelah dia, mesti kau sangka dia ni toyol!" Selamba Syameer berkata, dia ketawa kecil termasuk yang lain.

"Kau diamlah hantu galah!" Suara Aileen naik seoktaf, tak suka orang gelarkan dia seperti itu.

"Aipp! Korang tak tahu tak kita tak mana sekarang ni? Hutan tahu tak, hutan! Mulut tu masin sangat cakap han-han ni. Kang akak ponti keluar macam mana?" Celah Xinying, gadis berbangsa cina yang dari tadi hanya mendengar mereka bersuara. Aileen tersengih.

Tak sangka budak ni pon tahu jenis hantu Malaysia ni.

"Cakap pasal han-han ni. Aku dengar tempat ni keras tau!" Muka yang lain bertukar pucat apabila mendengarnya. Sesetengah berlagak tenang tapi dalam hati dah meracau-racau ketakutan.

"Apalah awak ni Syafiq! Sengaja nak takutkan kitaorang!" Marah Nadia, lengan jejaka itu dipegang sambil melihat sekeliling. Pokok je yang ada kot. Dah nama pun hutan, apa je ada?

his little princess | √ Where stories live. Discover now