4 | shit

22.6K 1.5K 26
                                    

"Smile and let everyone know that today, you are a lot stronger than you were yesterday."

🌸

Setiap langkah yang dilakukan oleh Cikgu Maisara menaikkan rasa cemas di dalam dada.

Aileen yang duduk di sebelah nya disiku beberapa kali, agar kembali sedar semula ke alam realiti. Rasanya dah cukup lama gadis itu berada dalam alam mimpi.

"Aileen, bangun lah cepat." Gesa Nana.

Kini kaki Aileen di bawah meja menjadi sasaran Nana untuk mengejutkan rakan nya itu.

Disepak dengan kuat namun tiada satu tanda pun bahawa gadis itu akan bangun dari tidur lena nya. Apabila Cikgu Maisara dah sampai di meja mereka, Nana mengalah.

"Aileen Kirana!" Meja yang menjadi tempat persinggahan kepala gadis itu dihentak kuat.

"What the f-" Terus terbangun Aileen jadinya.

Hampir sahaja dia mencarut tetapi sempat ditahan. Kalau tidak mungkin dia akan dihukum kerana mencarut. Dan itu tidak baik bagi reputasi nya sebagai pengawas sekolah.

"Kamu ni Aileen. Saya tahu kamu memang dah power dalam subjek bahasa melayu ni. Tapi kamu sekurang-kurangnya kena respect saya yang mengajar kat depan." Tegur Cikgu Maisara. Kepala digelengkan melihat pelajar nya itu.

"Saya mintak maaf, cikgu." Balas Aileen sambil menunduk memandang lantai. Tidak mahu memandang semua mata yang seakan memperli diri nya.

Dia bukan sengaja tidur di dalam kelas. Dia terlalu penat disebabkan bermain bola jaring tadi. Actually bukan main pun. Dia hanya menjadi pengutip bola. Dan ianya memang memenatkan.

Di dalam hati dia berharap agar ada seseorang yang akan membantu nya lari dari situasi ini.

Dan doa nya dimakbulkan! Bunyi ketukan yang datang nya dari pintu menjadi perhatian semua orang.

"Cikgu, saya nak pinjam Aileen sekejap boleh?" Kelihatan susuk tubuh Syameer dari muka pintu yang dibuka tadi.

Kelihatan Syameer sedang berdiri disitu dengan muka yang serius. Melonjak lega perasaan di hati Aileen jadinya, langkah kaki dipercepatkan ke muka pintu.

Ya Allah! Terima kasih, walaupun aku benci kau tapi aku memang terdesak sangat nak lari dari sini.

"Haihh. kamu ni dari tadi keluar dari kelas saya. Sekarang ni nak pinjam rakan sekelas kamu pulak. Yelah-yelah, tapi jangan lama-lama sangat. Nanti saya fikir kamu pergi dating pulak."

Kata-kata Cikgu Maisara mengundang ketawa pelajar lelaki tapi bukan bagi pelajar perempuan terutama Dayana.

"Lagi satu, jangan lupa singgah tandas dulu. Basuh muka kami yang sembab tu Aileen." Pesan Cikgu Maisara lagi.

"Note it. Dan saya janji cikgu, saya takkan buat hal." Lengan Aileen yang berlapik ditarik. Pintu ditutup.

"Ish, tak payah pegang-pegang lah. Aku tahu nak jalan sendiri." Aileen merentap tangan nya. Tersenyum Syameer jadinya.

Wild kid oops i mean girl.

"Ada apa hal nak main pinjam-pinjam aku ni? Ingat aku ni barang ke apa?" Dingin Aileen bertanya. Kejadian memalukan tadi dibuang jauh dari kotak fikiran nya.

"Aku ada kes besar dan kali ni aku nak libatkan kau. Nak tengok sejauh mana kemampuan kau, layak ke tak nak jadi pengawas." Kata-kata Syameer disambut dengan roll eyes Aileen.

his little princess | √ Where stories live. Discover now