10 | punch

19.7K 1.3K 89
                                    

"My trust is so messed up. I feel like everybody try to play with my feelings."

🌸


Syameer segera menekup mulut Aileen. Semua pelanggan di kedai tu memandang mereka berdua. Pelik dengan budak yang bersaiz kecil itu.

"Yang kau ni nak jerit kenapa? Rilek lah!" Marah Syameer. Dia lalu mengangkat tangan dan membuat isyarat meminta maaf.

"I am single, Mr Syameer. Hilman bukan boyfriend aku." Gumam Aileen. Segera Syameer mengalihkan tangan nya daripada mulut gadis itu.

Apa aku buat ni? Nasib baik dia tak marah.

Tak nak Aileen dengan si Hilman tu. Sekadar jadi fake girlfriend boleh terima lagi. Kalau betul jangan harap!

"Suka hati je, nak post gambar aku. Nasib baik aku comel dalam gambar tu." Bebel Aileen.

Cuba bayangkan kalau waktu tu tengah korek hidung ke apa? Tak ke nahas maksudnya tu.

Dia lalu melihat pantulan wajah nya daripada skrin telefon. Sempat buat gaya comel lagi bersama ayam goreng nya.

Syameer menggelengkan kepala sebelum mata nya terpandang akan satu adegan menarik di luar kedai itu.

Bagai nak tersembur ayam yang dimakan oleh Aileen apabila melihat kearah dimana mata Syameer terpaku.

Dayana sedang mesra berpegangan tangan dengan seorang lelaki. Siap bergelak sakan sambil tangan memegang kon aiskrim.

Aileen kemudian meneliti wajah lelaki itu. Dia kenal budak tu. Tu Zack, pemain bola sepak sekolah. Aileen lalu memandang semula kearah Syameer dengan pandangan mata yang sayu.

Syameer dah panas hati. Tangan digenggam kuat. Baru je tadi dia keluar bersama Dayana. Sekarang dah keluar dengan jantan lain.

Jejaka itu bangun dan entah kenapa Aileen turut mengikuti langkah nya. Selera Aileen terhadap ayam mati apabila melihat riak muka Syameer yang amat tegang.

"Nice date." Sape Syameer pada mereka berdua. Terkejut bukan kepalang Dayana dan Zack dibuatnya.

"So, can you explain this Dayana?" Tangan dimasukkan ke dalam poket. Mata menunjukkan kearah tangan mereka berdua.

Gadis tu dah terketar-ketar sebelum dia melihat kearah Aileen yang sedang berdiri statik di sebelah Syameer.

"What about you? Keluar dengan budak ketot tu. Sama je macam aku. Tak tahu malu." Tiada lagi penggunaan saya awak.

'Kenapa aku pulak yang kena? Dia tu yang tak tahu malu, bangang betul lah.' Monolog Aileen di dalam hati.

Dayana dengan sengaja melumur baju uniform Aileen dengan aiskrim perisa vanilla. Blazer yang berwarna hitam itu kini dihiasi dengan warna putih susu.

"Opps, sengaja!" Dayana tersenyum puas. Malas mahu melayan Syameer dan Aileen. Apa yang penting sekarang ialah boyfriend baru nya, Zack.

Aileen dah sakit hati. Mendongak dia menahan marah melihat wajah tak berapa nak cantik Dayana.

Syameer dah tercungap-cungap menahan marah. Kalau ikutkan hati, dah lama dia hadiahkan satu penampar. Istimewa buat Dayana. Tapi, takkanlah dia nak pukul perempuan.

"Maafkan lah, ya. Kelakuan girlfriend aku ni." Balas Zack lalu meletakkan tangan nya pada kepala Aileen dan mengusap rambut gadis kecil tu.

"Tu sebab rampas girlfriend aku." Satu tumbukan padu hinggap pada pipi Zack.

"Yang ni sebab. Sentuh. Aileen. Aku." Satu tumbukan lagi diberi. Dada Aileen berentak laju. Kata-kata itu menerpa masuk ke dalam jiwa.

his little princess | √ Where stories live. Discover now