53 | blood

10.1K 817 143
                                    

"The people with the brightest of faces, often end up in the darkest places."

🌸

Aileen terkedu. Kata-kata itu menusuk masuk ke dalam hati nya. Gadis itu merenung tajam wajah jejaka tersebut.

Bukan kah jejaka ini Syameer Anaqi? Suami nya yang hilang selama ini? Raut wajah, ketinggian, malah suara pun sama.

"What are you talking about? Syameer Anaqi, you are my husband! And I am your wife!" Lutut nya lemah selepas sahaja menuturkan ayat tersebut.

Pandangan nya mula berpinar. Dada nya terasa sesak. Jejaka yang disangka Syameer itu, keliru dengan situasi sekarang ini.

"I am sorry, but I am not Syameer." Itu yang sempat di dengari oleh Aileen sebelum pandangan nya menjadi gelap, sunyi dan kosong.

"Awak!" Gadis kecil itu berlari mendapatkan jejaka yang sedang mendepakan tangan nya, tanda ingin memberi satu pelukan.

"Mana awak pergi selama ni? Saya rindukan awak tau." Ujar Aileen lalu memeluk Syameer erat.

"Saya mintak maaf." Jejaka itu berkata perlahan. Pelukan nya terhenti apabila merasakan suami nya itu tidak membalas pelukan nya balik.

"Awak? Kenapa ni?" Baju putih yang dipakai Syameer mulai basah dengan darah merah pekat, baju Aileen juga turut terkena cecair itu.

Gadis itu bagai kena histeria, kepala suami nya itu diletakkan pada paha nya.

Keadaan sekeliling yang tadinya tenang dan damai bertukar kucar-kacir dengan bunyi tembakan yang bergema di situ.

"Awak bangun! Bangun!" Digoncang kuat tubuh kaku itu tapi tetap tidak bergerak. Takde tanda-tanda dia masih hidup.

"Syameer!" Gadis yang tadinya terbaring di atas katil itu terbangun.

Nafas nya turun naik. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Otak nya menjadi blank seketika.

Wad? Hospital? Macam mana aku boleh ada kat sini?

Fikir Aileen sebelum apa yang terjadi sebentar tadi kembali berlayar di fikiran nya.

Lelaki tadi! Dia ke yang bawak aku datang sini tadi?!

his little princess | √ Where stories live. Discover now