48 | run

10.5K 796 34
                                    

"Life is a balance of holding on and letting go."

🌸

Syameer cuba untuk menghidupkan kereta beberapa kali tapi kereta nya masih tidak hidup jugak.

Dahi nya berkerut tanda pelik dengan apa yang berlaku sekarang. Sebentar tadi elok sahaja, entah macam mana boleh jadi macam ini pula.

"Syameer kenapa ni?" Soal Aileen dengan rambut nya yang sesekali akan bergoyang ke kanan dan ke kiri.

Gula-gula kapas berwarna pink yang dipegang nya membuatkan dia betul-betul kelihatan seperti budak umur enam tahun.

"Kereta tak boleh hidup lah sayang." Balas Syameer seraya tangan nya naik menggosok rambut isteri nya itu sehingga serabai.

"Alah! Macam mana boleh jadi macam ni pulak? Nak balik rumah, penat!" Rengek gadis itu manja.

Naik geram Syameer jadinya. Macam nak cubit-cubit je isteri nya itu, terlebih comel!

"Nak buat macam mana? Benda dah jadi pun."

"Camtu kita nak balik macam mana?"

"Naik teksi lah apa lagi. Jom, kita pergi depan. Cari teksi." Syameer bangun sebelum mula berjalan tapi langkah nya terhenti apabila seseorang menarik-narik hujung lengan nya. Dia menoleh.

Serupa betul macam kanak-kanak, haih.

"Kenapa?"

"Kaki saya sakit. Banyak sangat berjalan and lompat."

"Dah tu, nak saya buat apa?" Muncung terus mulut Aileen apabila mendengarnya. Syameer ketawa kecil melihat reaksi Aileen.

"Angkatlah saya, lama dah awak tak dukung. Saya bukan berat pun." Terang Aileen.

Dia rindu akan rasa kebahagiaan bila Syameer mendukung nya. Jejaka itu terus mencangkung di hadapan isteri nya itu.

Harini ialah hari dimana mereka patut ceria sentiasa jadi tak salah kalau dia patuh dengan arahan Aileen. Setakat nak angkat Aileen, bukan berat sangat pun.

"Cepat naik, saya tutup offer nanti." Senyuman gadis itu terus melebar sampai ke telinga.

Terus dia melompat naik ke atas badan Syameer. Dia terjerit kecil apabila suami nya itu tiba-tiba sahaja menggoncang-goncang badan nya.

"Kalau saya jatuh, siap saya kerjakan awak!" Marah Aileen.

Sebelah tangan memukul bahu Syameer manakala sebelah tangan lagi ligat memakan gula-gula kapas yang lembut itu.

Hari yang makin senja itu, tidak langsung mengganggu mood mereka untuk kekal gembira pada setiap masa.

"Kerjakan apa? Kerjakan saya atas katil?" Bulat mata Aileen mendengarnya. Darah merah menyerbu wajah putih nya.

"Syameer!" Jerit gadis itu pada telinga suami nya itu sekuat hati.

Yang si Syameer pula tak berhenti-henti ketawa. Apa yang lawak? Tu tak boleh dikategorikan sebagai lawak, tapi gatal!

Bergema suara mereka ketawa dan berbual di sekitar tempat tersebut. Disebabkan Syameer dah tempah satu funfair tu khas untuk mereka berdua, kosong lah tempat tersebut tanpa ada kehadiran manusia lain langsung.

"Syameer go fast!" Jerit Aileen sambil tangan nya naik.

Dia kelihatan sungguh teruja, lagi-lagi bila dapat menggunakan Syameer sebagai alat nya untuk berjalan. Dari kejauhan, telinga mereka dapat menangkap bunyi kereta yang sedang lalu lalang.

his little princess | √ Where stories live. Discover now