17 | cold

16.7K 1.2K 64
                                    

"Fakehopes? Why are you exist?"

🌸


Aileen melihat pantulan wajah nya pada cermin. Mata coklat gelap seperti Dato Syed manakala bibir merah mungil seperti Datin Dahlia.

Hati nya diruntun pilu apabila teringatkan segala pengorbanan yang dilakukan oleh mama nya demi memastikan kelengkapan hidup mereka mencukupi dan selesa buat diri.

Kematian papa nya kekal sebagai satu misteri yang tidak boleh diselesaikan. Tiada satu bukti pun yang ditinggalkan. Dato Syed meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak selepas ditembak tepat pada bahagian dada.

Kes tu telah pun ditutup oleh pihak polis kerana segala penyiasatan yang dilakukan menemui jalan buntu. Pada pendapat mereka, penembak itu berniat untuk membunuh Datin Dahlia dan Aileen sekali.

Tetapi rancangan nya tidak diteruskan akibat tindakan pantas Aileen menelefon pihak polis apabila terjaga dari tidur kerana terkejut dengan bunyi tembakan.

Bagaimanapun, gadis itu tak pernah putus asa. Dia mengerah minda dan tenaga untuk sekurang-kurang nya menyenaraikan siapa yang sanggup menembak mati papa nya sedangkan Dato Syed merupakan ahli perniagaan yang disegani ramai.

Firasat nya mengatakan bahawa tak mungkin papa nya itu punya musuh mahupun menyakiti orang lain sampaikan sanggup diperlakukan seperti ini. Hanya satu nama sahaja berlegar-legar di minda nya. Dato Nazman.

Adik kembar kepada Dato Syed merangkap pakcik kepada Aileen. Ianya tidak kelihatan masuk akal tidak bukan? Sanggup ke seorang adik bunuh abang kandung dia sendiri?

Bagi Aileen, Dato Nazman punya motif yang kukuh untuk bunuh abang dia sendiri. Sebab dia nak kan syarikat yang selama ini dibangunkan oleh ayah mereka.

Tetapi selepas kematian ayah mereka, syarikat itu diturunkan pegangan nya pada Dato Syed kerana dia lah anak sulung dalam keluarga.

Satu motif yang agak biasa. Bunuh sebab nak kan harta dan pangkat. Yang tanggung kesengsaraan nya orang lain.

Aileen mengeluh, memori pahit itu segera diganti dengan yang lain. Sakit dada nya apabila terfikirkan hal tersebut. Jari nya beralih pula kearah pipi yang terdapat satu parut kecil, kesan daripada tumbukan Zack.

Moment sweet nya bersama Syameer berlayar dalam fikiran nya sampailah terhenti pada kejadian yang jadi malam tadi.

Arghh! Kenapa aku asyik teringatkan dia? Stop Leen, stop!

Kalau ikutkan hati cermin di depan nya sekarang ni, mahu sahaja ditumbuk sampai berkecai akibat geram dan terkilan dengan harapan palsu yang diberikan oleh Syameer.

Selama ini, dia sangkakan bahawa jejaka itu juga turut punya perasaan yang sama seperti nya tapi tidak.

Kalau tak suka aku, kenapa tak cakap? Kenapa asyik tegur aku? Kenapa layan aku? Kenapa hari-hari jumpa aku and kacau aku? Kenapa panggil aku princess kau? Such a crush dreamer!

Pasti ramai lagi perempuan lain yang pernah dipermainkan oleh Syameer. Desis Aileen di dalam hati.

"Aileen dahlah tu. Tengok cermin je dari tadi. Tahulah kau tu lawa orang nya. Cepat Syafiq tengah tunggu aku tu." Aileen tersenyum pahit.

"Okay, jom." Ringkas gadis itu menjawab. Dia lalu keluar dari dorm bersama Nadia.

Sepanjang perbualan kosong mereka yang lain sementara menunggu guru, Aileen hanya mendiamkan diri. Bila ditanya jawab sepatah. Muka Syameer langsung tak dipandang.

his little princess | √ Where stories live. Discover now