52 | confused

9.5K 814 128
                                    

"Do you know what your problem is? You can't live with the idea that someone might leave."

🌸


Senyuman Aileen mati apabila melihat insan yang berada di depan nya sekarang ini. Apa yang ditunggu, lain pula yang datang.

Punah harapan gadis itu. Dia fikir yang datang tadi ialah Syameer. Dia fikir yang Syameer sudah pulang ke pangkuan nya dalam keadaan selamat.

Dia fikir segala rasa rindu yang dia rasakan pada Syameer selama ini akan hilang begitu sahaja. Dia fikir satu bulan dah cukup buat Syameer untuk kembali, rupanya rupanya tidak.

"Aileen?" Lelaki itu membawa kembali gadis yang sudah terpesong jauh ke dalam minda nya, kembali ke alam realiti. Tangan di lambai-lambai pada wajah Aileen.

"Aaaa...ye, Hilman. Kenapa kau datang sini?" Senyuman manis dipamerkan. Perasaan sedih dan hampa itu disimpan.

Aileen mendongak melihat wajah Hilman yang kelihatan agak serius. Di tangan nya terdapat satu sampul surat berwarna coklat.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau. Penting." Balas jejaka itu lalu berjalan kearah kerusi dan meja yang disediakan di halaman depan diikuti oleh Aileen.

Tidak manis kalau mereka berdua duduk berdua sahaja di dalam rumah, lagi-lagi dengan status Aileen sebagai isteri orang.

Sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi, soalan pertama yang keluar dari mulut Hilman membuatkan darah nya berderau.

"Kau masih tunggu dia?"

"Aaaa...apa maksud kau? Mestilah aku tunggu dia. Hari-hari pun rindu tau! Maybe next holiday, aku pergi jumpa dia kat sana." Bohong gadis itu panjang lebar.

Mata dikalihkan memandang tempat lain. Walaupun sukar, dia dah berjanji akan merahsiakan hal sebenar daripada orang lain.

Penipu besar, Aileen.

"Stop all the lying girl! Aku tak bodoh sampai terpedaya dengan segala penipuan yang korang dah buat. Aku kenal Syameer, aku kawan rapat dia. Dia takkan pergi sekelip mata macam tu tanpa bagitau apa-apa." Aileen tersentak serta merta pandangan nya beralih semula pada Hilman.

"Jadi, aku nak kau bagitau perkara yang sebenar." Daripada gaya percakapan Hilman, gadis itu dapat menghidu perkara lain yang mahu diperkatakan oleh jejaka tersebut.

"Tak payah berdalih lagi Hilman. Apa yang kau cuba nak cakap sebenarnya ni?" Dingin Aileen menyoal.

Mata nya menikam tepat anak mata rakan nya itu, mencari kebenaran. Hilman menarik nafas panjang sebelum sampul tadi diletakkan diatas meja.

Aileen lalu mengeluarkan segala isi sampul itu keatas meja. Terdapat beberapa keping gambar di dalam nya.

Terketar-ketar dia memegang gambar tersebut, jantung nya berdegup kencang.

"Aku ternampak dia kat kafe haritu. Aku jujur cakap dengan kau. Aku nampak dia, dengan mata kepala aku sendiri dan aku tahu tu dia. Takde orang lain dah."

"Kau ni dah kenapa? Kalau betul orang dalam gambar ni Syameer, dia dah lama balik sini. Dia dah janji dengan aku."

"Wake up yourself! Tengok tarikh kat gambar tu. Kalau betul dia sayang kan kau, cinta kan kau. Dia akan balik tapi kenapa dia tak balik? Jauhkan diri dari Syameer, dia bukan orang yang sama kau kenal sebelum ni."

his little princess | √ Where stories live. Discover now