Special Chapter I

12.9K 680 41
                                    

"It was only yesterday that you said you loved me. It was only yesterday when you said you never leave me. It was only yesterday you held me in your arms. You were mine yesterday, only for yesterday."

🌸


"Berdasarkan seksyen 364 kanun keseksaan - menculik atau melarikan untuk membunuh. Pihak tertuduh dihukum gantung sampai mati, tarikh hukuman dilaksanakan adalah tiga bulan dari tarikh perbicaraan."

Si tertuduh yang tak lain tak bukan adalah Danial Izwan hanya tersenyum apabila hukuman itu ditetapkan. Langsung tak gentar untuk ke tali gantung.

Bagi dia apa yang dia cita-cita kan berhasil. Aileen Kirana, gadis pujaan nya, kehilangan nyawa. Dan sudah tentu orang yang paling dia benci iaitu Syameer Anaqi akan terseksa seumur hidup nya.

Dengan dijatuhkan hukuman ini, dia akhirnya dapat bersatu juga dengan Aileen. Oh, tidakkah perkara itu begitu indah?

Danial langsung tak sedar orang yang dia sangkakan mati sebenarnya masih hidup. Turut bersama dirinya di dalam mahkamah ini. Menghirup udara yang sama dengan nya.

Titisan air yang terkena pada tangan kanan nya yang memegang erat tangan Aileen, menjadi tanda tanya buat Syameer. Terus dia menoleh memandang isteri nya itu.

"Sayang, kenapa menangis?" Soal nya. Tubuh kecil itu dimasukkan ke dalam pelukan nya. Rambut Aileen yang mulai panjang itu dibelai lembut.

"Saya tak sanggup tengok dia kena hukum gantung awak. Memang lah dia yang dah musnahkan hidup saya sebelum ni. But he is still young! Bukan dia yang mintak jadi macam ni."

Syameer yang mendengarnya mengeluh. Dia memang tak patut bawa Aileen ke sini. Tapi isteri nya itu tetap bertegas untuk melihat perbicaraan ini. Sudah puas Syameer menghalang tapi Aileen tetap degil.

"Kita balik okay?" Aileen mengangguk. Mereka yang duduk di bahagian tengah tempat duduk itu bangun menuju ke pintu keluar.

Baru sahaja menapak beberapa langkah, seseorang memanggil Aileen. Terus dia menoleh memandang gerangan punya suara itu.

"Aileen? No, this is impossible. You're suppose to die!" Jerkah Danial.

Hingar bingar terus mahkamah itu jadinya. Aileen pula dah menyorok belakang Syameer. Takut dengan wajah Danial yang dah membengis. Syameer pula segera menarik isteri nya itu ke pintu keluar.

Danial yang masih tak percaya dengan kenyataan Aileen masih hidup mula bertindak agresif. Hilang terus sikap tenang nya.

Polis yang bertugas untuk menjaga nya dibelasah sebelum dia berlari menuju ke arah Aileen dan Syameer. Tubuh kecil itu ditarik sebelum dipegang kedua belah bahu Aileen dengan ketat.

"Aileen Kirana. Kau patut nya dah mati. Kenapa kau hidup lagi? Kenapa?!" Digoncang nya tubuh Aileen sekuat hati.

"Danial..." Dia hendak berkata sesuatu tapi polis bertugas terlebih dahulu menarik Danial.

Menghalang nya daripada dekat dengan Aileen. Jatuh terduduk wanita itu ke lantai apabila Danial ditarik secara drastik begitu.

Sakit pada perut nya kembali mencucuk. Dia baru sahaja keluar daripada hospital beberapa jam lepas. Padan lah rasa sakit itu datang kembali.

his little princess | √ Where stories live. Discover now