38 | fall

12.7K 844 92
                                    

"First time I bumping to you, I know you are made for me. Yes, only me."

🌸


Bunyi hon yang kuat serta kereta yang berbaris panjang di perkarangan sekolah itu tidak merimaskan langsung mereka berdua yang berjalan itu. Lagi-lagi buat Aileen, dia kelihatan sungguh ceria untuk kembali ke sekolah.

Di tambah lagi dengan cuaca yang baik pada hari serta sejuk sikit membuatkan mood nya terlebih baik harini. Keadaan sekolah yang masih sama seperti tahun lepas membuatkan gadis itu tersenyum kecil.

Kalau dulu dia hadir sebagai pelajar biasa yang punya kehidupan remaja biasa tapi kini dia hadir sebagai isteri orang. Wajarlah dia untuk menjaga batas pergaulan dengan lebih ketat tidak bukan? Maklumlah suami ada berdekatan.

Walau bagaimanapun, mereka berdua pada tahun ni duduk di kelas yang berasingan mengikut pilihan kerjaya masing-masing. Aileen ambik kelas Sastera manakala Syameer pula kelas Sains.

"Haih, kita dah masuk form 5 dah tapi awak still ketot lagi. Mesti orang lain pon dah bosan tengok awak." Ujar Syameer, ketika mereka berdua berjalan beriringan ke dewan.

Sesekali mata nya melilau melihat pelajar lain yang datang. First day je datang awal and then baju kemas, tengoklah lagi beberapa hari lagi. Memang tak berdisiplin langsung! Cubitan kecil diberi pada lengan jejaka itu.

"Sekecik-kecik saya pon, saya tak gatal macam awak! Berani lah awak usha orang lain selain saya. Siap saya kerjakan." Amaran gadis itu membuatkan Syameer tergelak.

"I smell jealously!"

"Ehem, pasangan yang kat depan sana tu. Tak boleh lambat lagi? Berkurun dah menunggu ni." Sindir seseorang menyebabkan mereka menoleh ke belakang.

Farhan dan Hilman melambai ke arah mereka dengan senyuman. Sengaja nak kacau pengantin baru ni pagi-pagi.

"Lama tak jumpa." Kata Syameer lalu menepuk-nepuk bahu kedua-dua rakan baik nya itu.

"Pale mu, lama tak jumpa apa benda nya. Baru semalam majlis, fon aku penuh lagi dengan gambar korang." Balas Farhan, gadis di depan nya itu dipandang atas bawah.

Okay, cute as always but I am kind of worry about him.

"Cikgu tengah cari korang tu, pergilah cepat wahai ketua pengawas dan penolong nya." Hilman menyampaikan pesanan Cikgu Lily kepada mereka.

"Yeke? Jom penolong saya." Ujar Syameer serta memegang erat tangan Aileen. Cemas gadis itu jadinya. Pegangan tadi dilepaskan segera.

"Hish, kalau orang lain nampak macam mana? Mesti orang salah faham nanti. Behave okay, kalau kat sekolah saya bukan isteri awak tapi-"

"Tapi apa?"

"Saya cuma penolong plus kawan awak je. Nak kata rakan sekelas bukan lah pulak."

"Eh awak yang kena behave. Kat sekolah awak tetap isteri saya tapi isteri dalam diam saya. Mana lah tahu ada junior good looking yang cuba tackle awak."

"Suami saya ni dah cukup good looking dah! Tak payah cari lain." Kedua belah tangan Aileen baik mencubit pipi Syameer. Geram sangat bila tengok lesung pipit suami nya itu.

"Himan, menyampah gila doh tengok diorang ni. Jomlah kita pergi! Ingat novel ni kisah pasal diorang je ke? Jom-jom tak sabar aku tunggu scene cinta aku pulak." Aileen mencebik tanda menyampah.

"Jealous ke? Dah shuh-shuh."

"Amboi, menghalau nampak gaya nya." Hilman enjawab sambil berpeluk tubuh.

"Haah, memang tengah menghalau pon. Okay lah bye." Ujar Aileen lalu menarik tangan Syameer untuk ke belakang pentas.

Jejaka itu meletakkan tangan nya diatas kepala gadis itu lalu mengusap lembut rambut itu.

"Good girl, I like it."

__ __ __

From: Princess💕
Jom rehat sama-sama? 😘

Syameer tersenyum membaca message daripada Aileen. Secepat mungkin dia membalas.

To: Princess💕
Jom! Kejap lagi saya sampai kelas awak okay.

Aileen yang berada di kelas 5 Diamond itu tersengih. Terharu sungguh rasanya. Siap nak datang sini pulak tu. Ish sweet betul lah. Mata gadis itu melihat ke arah jam di dinding.

Lagi 3 minit sebelum rehat pengawas bermula. Pengawas diberi waktu rehat nya sendiri supaya boleh berjaga dengan lebih berkesan ketika waktu rehat pelajar.

Syameer yang tergesa-gesa berlari untuk berjumpa dengan Aileen kerana dah terlambat 5 minit, tanpa sengaja telah terlanggar seorang gadis bertudung litup hitam yang dari tadi sibuk membaca sambil berjalan.

Buku itu sempat ditangkap oleh Syameer namun disebabkan terlanggar terlalu kuat, cermin mata gadis itu tercampak ke lantai.

"Saya mintak maaf sangat-sangat! Saya nak cepat sangat tadi." Syameer meminta maaf beberapa kali tetapi gadis itu tetap senyap. Dia meraba-raba kawasan sekelilingnya.

"It's okay, boleh tolong ambik kan cermin mata saya? Saya tak nampak." Dingin saja gadis itu membalas. Syameer segera mencapai cermin mata yang tersadai di atas lantai itu.

"Nah, saya mintak maaf sekali lagi." Ujar dia lalu memberikan cermin mata itu berserta buku tadi. Zapp- serta merta pandangan Syameer kaku pada gadis tersebut.

Kulit nya yang putih bersih, mata yang bundar, pipi yang memerah serta cermin mata bulat yang telah dipakai sebentar tadi membuatkan gadis itu nampak comel dari pandangan mata nya.

Sempat dia mengerling pada tag nama gadis itu. Dari rupanya, dia tahu bahawa gadis itu lebih muda dari nya dan seorang pelajar baru.

Buku yang dipegang oleh gadis itu dibaca tajuknya perlahan.

The Maze Runner: Scorch Trial.

Gadis itu terkejut apabila melihat orang yang dia langgar tadi, lagi-lagi bila orang tu tengah merenung nya sekarang ni.

"I am so sorry but I need to go now. Thank you for your help." Gadis bertudung hitam itu berjalan semula ke kelas nya. Dia menarik nafas lega sambil berjalan.

Tulah! Cuai lagi! Terlanggar ketua pengawas kot, tak gila ke wey. Tapi- lantaklah!

Fikiran Syameer menjadi kosong dan dalam fikiran nya hanya ada gambaran gadis itu sahaja. Niat nya untuk keluar rehat bersama Aileen terhapus dari minda nya.

Muncul lah satu sifat Syameer yang membuatkan Farhan sedikit risau pagi tadi, betul tu. Mudah jatuh cinta. Syameer tersenyum sebelum nama gadis itu meniti di bibirnya.

Wajiha Irdina.

his little princess | √ Where stories live. Discover now